TMJ Khianati Bolasepak Malaysia

Tengku Mahkota Johor seperti mana diketahui rakyat jelata dan peminat bolasepak Malaysia kini adalah presiden Persatuan Bolasepak Malaysia.

Berita ini adalah satu berita yang pada awalnya menggembirakan Tedi kerana Tedi adalah salah seorang peminat beliau dalam usaha memajukan bolasepak Malaysia, tatkala Tedi melihat ramai wakil dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah orang yang hanya mahu menumpang nama dan glamour sukan bolasepak.

Benarkah FAM sekali lagi mengkhianat penyokong Kedah dengan tawaran jawatan kepada Tan Cheng Hoe?

Ketika itu Tedi melihat TMJ boleh mengubah nasib sukan bolasepak Malaysia yang dipalit pelbagai kontroversi.

Sebagai penyokong Kedah, Master Tedi juga masih terkesan dengan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperkenalkan peraturan tiada pemain import ketika Kedah berada di zaman kegemilangannya. FAM dilihat sebagai bapa pengkhianat bolasepak Kedah.

Tidak kurang juga beberapa peraturan dan juga hukuman yang dilihat sebagai satu usaha untuk melindungi Pasukan Bolasepak Pahang sepatutnya beberapa kali telah jatuh ke Liga Perdana. Ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berada di bawah naungan Sultan Pahang.

Kini, ketika Kedah berada di tangga teratas Liga Super Malaysia, tiba-tiba sahaja hadir berita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu melamar jurulatih Kedah FA, Tan Cheng Hoe sebagai pembantu jurulatih pasukan Harimau Malaysia.

Langkah ini Tedi lihat sebagai satu usaha untuk mencantas pasukan Kedah FA sekali lagi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Barangkali ada pihak yang takut malu jika JDT ditewaskan pasukan Kedah FA yang dibentuk oleh pemain-pemain kelahiran negeri Jelapang Padi Malaysia tersebut?

Tedi mula berasa tidak berapa kena apabila beberapa kronologi sebelum peristiwa terbaru ini kelihatan sebagai percaturan politik untuk TMJ menguasai FAM, dan kini Kedah pula terpalit.

1. Pemain JDT bersara dari beraksi di mewakili Malaysia.

Ini adalah satu pengkhianatan yang amat nyata buat skuad Malaysia apabila empat pemain JDT mengumumkan diri mereka bersara dari mewakili pasukan kebangsaan.

Tapi apabila TMJ jadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tiba-tiba sahaja mereka sedia beraksi untuk Harimau Malaysia. Pengkhianat sebegini tak patut diambil semula walau sehebat manapun mereka. Hebat tahi kucing. Permainan bolasepak adalah permainan berpasukan yang tidak membenarkan untuk pengkhianat beraksi bersama.

Apabila mereka tidak mahu sertai skuad Harimau Malaysia, ia menyebabkan jurulatih pasukan kebangsaan ketika itu kelihatan goyah di bawah pimpinan Ong Kim Swee. Tedi melihat hal ini adalah satu unsur sabotaj merosakkan nama negara sekaligus menggoyahkan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika itu.

2. Mario Gomez berhenti urus JDT.

Mario Gomez tiba-tiba sahaja meletakkan jawatan sebagai pengurus JDT. Ketika itu perkara itu kelihatan biasa sahaja. Tetapi tiba-tiba sahaja Gomez dilantik sebagai jurulatih kebangsaan apabila TMJ naik takhta presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ong Kim Swee pula diturunkan pangkat sebagai jurulatih skuad B-23 negara.

Kelihatan seolah-olah telah diatur keadaan ini. Kenapa Gomez tidak terus terajui JDT sebelum sertai FAM? Nama Ong Kim Swee pula telah membusuk ketika ini apabila prestasi skuad kebangsaan Malaysia mempamerkan aksi tidak menentu setelah kehilangan beberapa tonggak yang "bersara" menyebabkan perlantikan Gomez nampak mudah untuk diterima.

3. TMJ perang saraf pengadil Malaysia.

TMJ selama ini sibuk menghentam pengadil di Malaysia. Kini TMJ adalah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Gila pengadil tidak tertekan? Nampak gaya selepas ini keputusan pengadil sudah tentu akan memihak JDT.

4. TMJ letak jawatan presiden JDT.

Tedi tak tahulah sama ada TMJ sebelum ini Presiden JDT atau pengurus atau penasihat. Yang pasti TMJ letak jawatan seolah-olah tak mahu terlibat dengan bolasepak dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tapi tiba-tiba jadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).... erm... tak tahulah nak kata apa.

5. Tan Cheng Hoe khabarnya dilamar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Tak perlu cakap apalah. Jurulatih pasukan yang sedang di puncak liga dilamar pasukan kebangsaan?

Memanglah jika ikut kelayakan Tan Cheng Hoe memang calon yang sesuai untuk membantu pasukan negara, tapi perbuatan itu adalah mengkhianati sukan bolasepak negara Malaysia sendiri.

Kesimpulannya?

Malas Tedi nak mengarut lagi. Tedi harap Tan Cheng Hoe semakin maju bersama skuad kebangsaan, dan Tedi harapkan pemain Kedah FA akan beraksi baik dan memenangi Liga Super pada tahun ini. Buktikan kepada JDT bahawa duit bukan segalanya.

Selain itu Tedi masih berharap idea-idea TMJ untuk memajukan bolasepak Malaysia itu dilaksanakan, dan jangan TMJ main wayang politik seperti kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Ulasan