• Ini semua adalah gambar yang diambil oleh Mommy pada 9 April 2017.
  • Tedi tak tahu apakah function yang ada pada hari tersebut... Mungkin sahaja Mommy mencuba gaun denim biru dan ikat kepala pink ke atas Aina.
  • Inilah sudut bilik tidur master di rumah kami, ada rak pakaian IKEA Brimnes yang Tedi swapasang sebelum ni, ada sofa yang tinggal satu sahaja dan tak tahulah apa nasibnya akan dibuang atau tidak, kalau nak dibuang pun, buang ke mana? Ada gambar plastik AEON, inner curtain warna coklat muda (kalau Tedi tak silap) dan ada juga jam dinding hijau muda.

gambar rak baju IKEA Brimnes putih di sebelah sofa coklat, day curtain warna coklat muda, plastik AEON, cadar

  • Inilah gaun denim dan ikat kepala pink buat Nor Aina yang baru berumur 1 bulan lebih.

gambar gaun jaket denim biru dan ikat kepala pink untuk bayi berusia kurang setahun.

  • Bayi Nor Aina dengan pakaian jaket denim biru dan ikat kepala pink.
  • Doktor sebenarnya tak bagi pakaikan head band tu sebab akan ganggu pengaliran darah bayi. aliran darah yang terganggu akan sebabkan kekurangan oksigen ke otak.
  • Tedi sebenarnya tak tahu sama ada tu jaket denim atau gaun denim? Gaun kot?

gambar bayi Nor Aina dipakaikan gaun denim biru dan headband pink

  • Gambar Nor Aina daripada dekat jika zoom terlebih akan nampak air liur basi dia, hihihi.
  • Moga gambar ni dapatlah dia tengok pada masa dia besar nanti supaya dia tahu betapa comotnya dia.

gambar bayi Nor Aina sedap tidur air liur meleleh