Tadi sekitar jam 2.30 pagi Master terkejut sebab bayi Aina menangis. Ironinya dalam mimpi Master sebelum terkejut tu dia mimpi pasal pujuk bayi menangis.

Perkara pertama Master buat ialah tanggalkan bedung si bayi Aina tu sebab nampak sangat bayi Aina berpeluh dan badannya pun panas.

Perkara kedua Master buat ialah bancuh susu formula Lactogen sebanyak 60 mililiter dan dua scoop setengah untuk bayi Aina sebab dia dah lama menangis, mesti haus punya. Lagipun apabila Master letak jari ke bibir bayi Aina, dia sibuk nak hisap jari Master tersebut.

Selepas itu bayi Aina disendawakan, dan kemudian bayi Aina duk main-main seorang diri, senyum-senyum sendiri, mata cerah tak mahu tidur. Akhirnya bayi Aina tidur juga, tapi sebelum tu dia muntah susu dua kali. Jadi selepas bayi Aina tidur tu, Master selimutkan dia dan perhatikan dia sekejap takut dia tersedak susu.

Bayi Aina tidur agak tidak lena sebab nampak macam hidung dia ada hingus. Master cuba cari alat sedut hingus tu tapi tidak ketemu.

Newcastle United naik liga

Akhirnya Master layan bola sepak Championship League di antara Newcastle United dan Preston North End.

Perlawanan pagi ini adalah perlawanan yang penting kerana jika menang, Newcastle United akan dapat naik liga secara automatik pada musim depan.

Itulah yang terjadi apabila Newcastle United menang 4-1 ke atas Preston North End. Newcastle United menggunakan formasi 4-4-1-1 untuk menewaskan formasi 4-4-2 yang digunakan Preston North End.

Tahniah Tedi ucapkan kepada Newcastle United, dan semoga terus maju di bawah bimbingan Rafael Benitez dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League) musim depan.

Sekarang ini berita sibuk memaparkan berita kejayaan Newcastle United di seperti berita bertajuk Lima sebab NUFC naik liga selepas menang ke atas Preston.

Kini cuma tinggal dua perlawanan di mana Newcastle perlukan dua kemenangan dan mengharapkan Brighton takkan dapat lebih daripada 2 mata untuk membolehkan Newcastle menjuarai Championship League. Ironinya Brighton dipimpin Chris Hughton yang pernah membimbing Newcastle menjuarai Championship League sebelum ini.

Howay the lad \(^0^)/