Komuter Bandar Baru Salak Tinggi

Kepada kawan-kawan yang mahu ke Bandar Baru Salak Tinggi menggunakan kemudahan transit Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), anda tidak boleh turun di daerah Sepang di mana terletaknya Bandar Baru Salak Tinggi.

Ini adalah kerana Sepang tiada stesen Komuter, yang ada hanyalah Stesen ERL Salak Tinggi. Memandangkan tiket ERL adalah mahal iaitu lebih RM 15, jadi orang ramai yang mahu ke Salak Tinggi mungkin mahu mengelakkan menggunakan keretapi laju ERL tersebut.

Berita baik bagi pengguna Komuter kerana mereka punyai pilihan untuk menaiki Komuter untuk ke Salak Tinggi.

Gambar stesen Komuter Batang Benar yang berdekatan Salak Tinggi

 

Bagaimana ke Bandar Baru Salak Tinggi dengan Komuter?

Tapi jangan ralat kerana anda masih boleh ke Bandar Baru Salak Tinggi dengan menaiki Komuter.

Pilihan yang anda ada ialah untuk turun sama ada di Stesen KTMB Komuter Batang Benar dalam daerah Mantin atau Stesen KTMB Komuter Nilai di pekan lama Nilai. Kedua-dua stesen komuter ini terletak dalam Negeri Sembilan.

Ini adalah kerana Bandar Baru Salak Tinggi adalah bersempadan dengan Nilai jadi kedua-dua stesen ini tidaklah terlalu jauh dari Bandar Baru Salak Tinggi.

Kedua-dua Stesen KTMB Batang Benar dan Stesen KTMB Nilai mempunyai perkhidmatan teksi yang sedia menunggu di sana.

Stesen Batang Benar terletak terasing di kawasan perindustrian, jadi tiada apa-apa di sini jika anda perlu menunggu sesiapa.

Stesen Komuter Nilai pula terletak di Stesen Bas Nilai, Balai Polis Nilai dan terdapat deretan kedai di sana sama ada kedai makan dan minum, kedai runcit, malahan juga pasaraya.

Jika anda dari Kuala Lumpur, anda akan temui Stesen Komuter KTM Batang Benar dahulu sebelum Stesen KTMB Nilai.

Jika anda dari Seremban, anda akan temui Stesen Komuter Nilai dahulu sebelum Stesen KTM Batang Benar.

Jarak di antara kedua-dua stesen adalah dekat sahaja, jadi anda mungkin mahu merangka perjalanan anda untuk jimatkan tambang.

Jika anda mahu ke Kuala Lumpur dan mahu duduk dengan selesa, adalah lebih sesuai anda naik di Stesen KTM Nilai kerana masih banyak kerusi kosong dalam Komuter jika anda naik di sana.

Lokasi Stesen Komuter Batang Benar

Stesen Komuter Batang Benar ni sunyi pada waktu malam dan gelap gelita kerana kekurangan lampu, maka anda dinasihatkan berhati-hati di sana. Stesen Komuter Nilai mungkin pilihan lebih baik untuk perjalanan waktu malam. Ada berita seorang wanita hampir dirogol di Stesen KTMB Batang Benar.

Lokasi Stesen Komuter Nilai

Ulasan