Baiklah, mungkin ramai rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan mula melaksanakan kutipan tol elektronik sepenuhnya di sepanjang lebuhraya mereka dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia.

Inisiatif yang disebut sebagai ETC (electronic toll collection) itu bermaksud tiada bayaran tunai akan diterima di lebuhraya PLUS bermula 26 April 2017.

Kesesakan di Lorong Tambah Nilai Touch 'n Go di Plaza Tol

Bagi menjayakan inisiatif ETC tersebut, pihak konsesi lebuhraya lazimnya akan menyediakan lorong-lorong khusus di plaza tol mereka yang menyediakan khidmat tambah nilai atau top-up kad Touch 'n Go di samping Pusat Khidmat Pelanggan sedia ada.

gambar lokasi tambah nilai kad Touch 'n Go

Kehadiran lorong tambah nilai Touch 'n Go di plaza-plaza tol itu sudah tentulah akan memudahkan para pengguna, tetapi sering kali ia menyusahkan pengguna yang lain apabila berlaku kesesakan di plaza tol kerana ramai pengguna menambah nilai kad Touch 'n Go mereka.

Menyedari hakikat ini, pihak Touch 'n Go berusaha untuk mempromosikan lokasi-lokasi tambah nilai kad Touch 'n Go yang tidak mengenakan sebarang caj seperti di Caring Pharmacy, Giant, Guardian, KK, MPH Bookstores, TESCO dan Watsons.

Malangnya perkhidmatan ini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja kecuali Watsons.

20170421