Budak Baik 2

Ya, hari ni seharian Master di Desa Mentari untuk menguruskan rumah pangsa di sana. Urusan beliau di sana petang tadi adalah mengecat bilik tengah, tukar paip bilik air, tukar paip sinki dapur, basuh lantai dapur sikit, basuh table top, dan buang sampah sarap termasuk tilam permaisuri.

Sebab apa dipanggil tilam permaisuri? Tiada pernah Tedi ambil tahu. Nanti kalau ada masa Tedi akan mengambil tahu kisah tilam permaisuri tersebut dan harapan Tedi agar tilam permaisuri akan membantu memahsyurkan blog Tedi ini.... hihihi...

Erm... malam ni Master dah keletihan benar, kalau Master jadi Aina ni mau dah meraung nak beritahu badan letih. Tapi sebelum Master melelapkan matanya yang tidak mahu lelap sebab badan letih, beliau telah mengepilkan satu nota buat Tedi untuk dikirim ke dalam interpretZZ di bawah seksyen Karya Master.

Nukilan Master kali ini adalah bertajuk Budak Baik 2, satu karangan yang mungkin sesiapa sahaja boleh faham. Nukilan Master ini adalah berasaskan bit yang serupa dengan karangan nukilan Tedi sebelum ini iaitu Budak Baik - Cinta Pertamaku, cuma ceritanya berbeza sebab Budak Baik tu Tedi yang karang... hihihi... \(^0^)/

Budak Baik 2

ini adalah satu ceritera

yang tiada penglipur lara

namun mungkin akan jadi catatan

dalam sejarah hidup

 

moga takkan jadi debu

tersimpan rapi dalam bungkusan hidupmu

 

budak baik dikau kisah baru dalam hidupku

kau luaskan definisi cinta

tika kau aman kau tenangkanku

senyummu buatku rindu

 

rezekiku

mungkin ujian buat dirimu

mungkin juga ia adalah perkara sebaliknya

perjalanan hidup mungkin masih panjang

bersamakah redahinya?

 

kita selalu mencari

apa yang kita tak punya

apabila diamanahkan anugerah-Nya

moga tak terleka

 

dirimu mungkin satu anugerah

pastinya ia satu amanah

jangan yang pertama menindan yang kemudian

 

gembira mudah dikongsi

deritamu mungkin sendiri

moga takkan terjadi

 

budak baik dikau insan baru dalam hidupku

kau luaskan definisi cinta

tika kau aman kau tenangkanku

senyummu buatku rindu

 

tika meragam ku dodoikanmu

walaupun keras kaku seolah batu

moga dirimu lena

aman bahagia

tidak runsingkan apa jua

 

ku tidak keruan

memastikan apa inginmu

kadang rasa geram rasa sayu

silih berganti

 

ini adalah satu ceritera

yang tiada penglipur lara

namun mungkin akan jadi catatan

dalam sejarah hidup

 

ku berdoa kepada Allah

moga terlindung dari fitnah dunia

kita sekeluarga

 

Karangan: Master of Tedi | Salak Tinggi | 22:21 24 April 2017

Ulasan

Trending