Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Lorong Kanan Bukan untuk Pemanduan Laju

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, dan salam buat keluarga Baginda, dan juga para sahabat Baginda.Karangan Tedi kali ini adalah hasil pemikiran Tedi apabila terbaca papan tanda dalam Bahasa Melayu yang berbunyi "Ikut Kiri Kecuali Memotong", ditambah dengan perbincangan dan perbahasan bersama beberapa rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.Ikut Kiri Kecuali Memotong Sumber gambar: Destinasi Bajet ke Air Terjun Sungai Pisang di Gombak di Malaysia Ini adalah papan tanda yang sinonim kepada para pemandu di Malaysia. Mereka memahami daripada mesej di papan tanda tersebut sebagai "jangan bawa perlahan di lorong kanan".Dalam erti kata lain pemandu di Malaysia memahami bahawa lorong kanan adalah lorong untuk pemanduan laju. Jika mereka berasa bahawa mereka sedang memandu laju, maka mereka harus kekal memandu di lorong kanan.Seorang pakcik dari United Kingdom telah mengutuk pemahaman mereka itu. Maksud mesej di …

Newcastle United naik liga

Imej
Tadi sekitar jam 2.30 pagi Master terkejut sebab bayi Aina menangis. Ironinya dalam mimpi Master sebelum terkejut tu dia mimpi pasal pujuk bayi menangis.Perkara pertama Master buat ialah tanggalkan bedung si bayi Aina tu sebab nampak sangat bayi Aina berpeluh dan badannya pun panas.Perkara kedua Master buat ialah bancuh susu formula Lactogen sebanyak 60 mililiter dan dua scoop setengah untuk bayi Aina sebab dia dah lama menangis, mesti haus punya. Lagipun apabila Master letak jari ke bibir bayi Aina, dia sibuk nak hisap jari Master tersebut.Selepas itu bayi Aina disendawakan, dan kemudian bayi Aina duk main-main seorang diri, senyum-senyum sendiri, mata cerah tak mahu tidur. Akhirnya bayi Aina tidur juga, tapi sebelum tu dia muntah susu dua kali. Jadi selepas bayi Aina tidur tu, Master selimutkan dia dan perhatikan dia sekejap takut dia tersedak susu.Bayi Aina tidur agak tidak lena sebab nampak macam hidung dia ada hingus. Master cuba cari alat sedut hingus tu tapi tidak ketemu.Newcas…

Budak Baik 2

Imej
Ya, hari ni seharian Master di Desa Mentari untuk menguruskan rumah pangsa di sana. Urusan beliau di sana petang tadi adalah mengecat bilik tengah, tukar paip bilik air, tukar paip sinki dapur, basuh lantai dapur sikit, basuh table top, dan buang sampah sarap termasuk tilam permaisuri.Sebab apa dipanggil tilam permaisuri? Tiada pernah Tedi ambil tahu. Nanti kalau ada masa Tedi akan mengambil tahu kisah tilam permaisuri tersebut dan harapan Tedi agar tilam permaisuri akan membantu memahsyurkan blog Tedi ini.... hihihi...Erm... malam ni Master dah keletihan benar, kalau Master jadi Aina ni mau dah meraung nak beritahu badan letih. Tapi sebelum Master melelapkan matanya yang tidak mahu lelap sebab badan letih, beliau telah mengepilkan satu nota buat Tedi untuk dikirim ke dalam interpretZZ di bawah seksyen Karya Master.Nukilan Master kali ini adalah bertajuk Budak Baik 2, satu karangan yang mungkin sesiapa sahaja boleh faham. Nukilan Master ini adalah berasaskan bit yang serupa dengan kar…

Harga tayar Viking Malaysia 2017

Imej
Kereta Proton Persona Tok abah bocor tepi, maka kenalah selidik harga tayar kali ini daripada jenama Viking sebab Master pun dah guna tayar Viking CT5.Orang kata kalau bocor tepi memang tak boleh tampal dah, tapi Pak Lang kata boleh tampal tapi guna cara lama iaitu tampal dari dalam tayar, bukan guna cacing macam zaman sekarang ni.Proton Persona guna saiz tayar 195/60/R15 iaitu tayar lebar 195 inci dan rim 15 inci, jadi tayar yang sesuai adalah Viking ProTech PT5.Subaru XV pula guna saiz tayar 225/55/R17 iaitu tayar lebar 225 inci dan rim 17 inci, jadi tayar yang sesuai juga Viking ProTech PT5.Ini adalah senarai harga tayar Viking terkini untuk panduan semasa menyerbu kedai tayar berhampiran.~~~ jika anda berasakan artikel ini bermanfaat, tolong klik iklan yang ada ya... tq ~~~ 155/70R12 CITY TECH CT5    RM108.00165/50R15 CITY TECH CT5    RM153.00165/60R13 CITY TECH CT5 RM127.00165/60R14 CITY TECH CT5 RM151.00175/50R15 CITY TECH CT5    RM154.00175/60R13 CITY TECH CT5    RM148.00175/65R…

Komuter Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Kepada kawan-kawan yang mahu ke Bandar Baru Salak Tinggi menggunakan kemudahan transit Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), anda tidak boleh turun di daerah Sepang di mana terletaknya Bandar Baru Salak Tinggi.Ini adalah kerana Sepang tiada stesen Komuter, yang ada hanyalah Stesen ERL Salak Tinggi. Memandangkan tiket ERL adalah mahal iaitu lebih RM 15, jadi orang ramai yang mahu ke Salak Tinggi mungkin mahu mengelakkan menggunakan keretapi laju ERL tersebut.Berita baik bagi pengguna Komuter kerana mereka punyai pilihan untuk menaiki Komuter untuk ke Salak Tinggi. Bagaimana ke Bandar Baru Salak Tinggi dengan Komuter?Tapi jangan ralat kerana anda masih boleh ke Bandar Baru Salak Tinggi dengan menaiki Komuter.Pilihan yang anda ada ialah untuk turun sama ada di Stesen KTMB Komuter Batang Benar dalam daerah Mantin atau Stesen KTMB Komuter Nilai di pekan lama Nilai. Kedua-dua stesen komuter ini terletak dalam Negeri Sembilan.Ini adalah kerana Bandar Baru Salak Tin…

Kenapa beratur di lorong tambah nilai?

Imej
Baiklah, mungkin ramai rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan mula melaksanakan kutipan tol elektronik sepenuhnya di sepanjang lebuhraya mereka dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia.Inisiatif yang disebut sebagai ETC (electronic toll collection) itu bermaksud tiada bayaran tunai akan diterima di lebuhraya PLUS bermula 26 April 2017.Kesesakan di Lorong Tambah Nilai Touch 'n Go di Plaza TolBagi menjayakan inisiatif ETC tersebut, pihak konsesi lebuhraya lazimnya akan menyediakan lorong-lorong khusus di plaza tol mereka yang menyediakan khidmat tambah nilai atau top-up kad Touch 'n Go di samping Pusat Khidmat Pelanggan sedia ada.Kehadiran lorong tambah nilai Touch 'n Go di plaza-plaza tol itu sudah tentulah akan memudahkan para pengguna, tetapi sering kali ia menyusahkan pengguna yang lain apabila berlaku kesesakan di plaza tol kerana ramai pengguna menambah nilai kad Touch 'n Go mereka.Menyedari hakikat ini, pihak Touch '…

Sendawa Rasa Asap

Imej
Pada petang Ahad, 9 April yang lalu, semasa Tedi temani Master ke TESCO Bandar Baru Nilai, Master telah mengalami kesakitan kepala yang dahsyat. Sebenarnya dari semalam Master sudah sakit kepala tapi dia berjaya menahannya, cuma dia banyak melepek tidurlah. Sumber: Cara Hindari Sendawa

Sukar cari pengganti Tan Cheng Hoe

Imej
Tedi memang sangat bersetuju dengan keratan berita dari Sinar Harian ni. Bukannya mudah untuk menggilap Tan Cheng Hoe sehingga dia serasi mengemudi pasukan Kedah FA pada hari ini. Alih-alih FAM nak ambil dia pula dengan alasan untuk membantu skuad Harimau Malaysia.
Alasan tu bukannya tidak relevan, tapi masanya tak betul, macam main terjun lombong aja gayanya.Gomez pun dah tarik diri dari jadi jurulatih Skuad Bolasepak Malaysia, pada Ong Kim Swee dah diturunkan jawatan kemudi skuad bawah 23 tahun, betul-betul macam sarkas...Nak membentuk skuad bolasepak kenalah ada asasnya dan juga ketabahan, kena digilap dan diasah. Ada duit tidak bermakna semua jadi, boleh main beli, pilih itu ini.

Kenapa Bayi Menangis?

Imej
Petang Ahad, 2 April yang lalu, Aina sampai dari Sungai Besar, dibawa oleh Tok Ma dan Tok Abah.Dia tidur sahaja pada waktu petang tersebut, sehinggalah ketika Master sedang melakukan kerja-kerja mengalihkan dua pohon kurma di belakang rumah, Aina sibuk melalak.Master menghentikan kerja-kerja mengalihkan pohon-pohon kurma untuk membancuh susu, manakala Mommy pula tak habis-habis merungut kenapa Master lambat siapkan susu formula si Aina.Tapi bila diberi susu si Aina ni macam tak mahu minum pula dah. Ditolaknya botol susu tersebut. Fenomena ini menyebabkan Tedi tertanya-tanya apakah punca bayi menangis?

TMJ Khianati Bolasepak Malaysia

Imej
Tengku Mahkota Johor seperti mana diketahui rakyat jelata dan peminat bolasepak Malaysia kini adalah presiden Persatuan Bolasepak Malaysia.Berita ini adalah satu berita yang pada awalnya menggembirakan Tedi kerana Tedi adalah salah seorang peminat beliau dalam usaha memajukan bolasepak Malaysia, tatkala Tedi melihat ramai wakil dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah orang yang hanya mahu menumpang nama dan glamour sukan bolasepak.

Perbelanjaan Petrol Tanpa Tunai Februari 2017

Imej
Sebelum ini Tedi ada mengirim jumlah belanja petrol keluarga kami pada bulan Januari 2017.Kali ini disenaraikan pula perbelanjaan petrol tanpa tunai keluarga kami pada bulan Februari pula.Pada bulan Februari 2017, Master telah mengambil inisiatif untuk melakukan pembayaran tunai bagi mengurangkan kebergantungan kepada kad kredit. selain itu Master juga mengelakkan pengisian petrol penuh bagi setiap tangki kereta-kereta kami.

Melayu itu bak lalang

Imej
Apabila memerhatikan tanaman bunga-bunga Mommy dan juga sayur-sayuran Master, Tedi selalu terlihat kelibat sejenis tumbuhan yang dipanggil lalang.Tedi mengkagumi tumbuhan lalang tersebut kerana ia sangat nekad dan degil.

Master Gagal Naik Pangkat

Imej
KecewaItu sahajalah perasaan Master pada hari ini, walaupun dia mengukir senyuman dan mengucapkan tahniah kepada kawan sepejabat di atas kenaikan pangkat mereka. Masih ada sedikit rasa ralat dalam jiwanya.Pada 22 Mac lalu, Master sedang mengejar tarikh akhir Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test) untuk sebuah sistem yang diwarisinya daripada teman sepejabat yang lain.