Taman Kenangan

Ku amati jingga mentari,
Ianya akan sirna sebentar nanti,
Begitulah pertemuan kita ini, akhirnya berpisah.

gambar gadis muslimah bertudung labuh di tepi pantai pada waktu senja melihat matahari terbenam

Kegelapan malam mula menyelubungi,
Sayu sunyi terjah hati,
Tanpa dirimu di sisiku, hambar senyuman.

Tatkala daku tiada daya
Kau kuatkanku dengan sokongan,
Walaupun daku sering kelewatan,
Bersama waktu dikau menanti... kesabaran.

Damainya renungi laut membiru,
Terjatuh lemas ditelan ombak,
Engkau terjun menghulurkan tangan,
Menarikku ke daratan... Taman Kenangan.

Gerun meredahi ribut menggila,
Menyambar diriku masih merangkak,
Kau berlari melindungi, pasir kaburi mata.

Tika riang tertawa bersama,
Kedukaan engkau pendamkan,
Tidak adil begitu,
Tak pernah kau suakan gelisahmu, wahai teman.

Damainya renungi laut membiru,
Terjatuh lemas ditelan ombak,
Engkau terjun menghulurkan tangan,
Menarikku ke daratan... Taman Kenangan.

Begitulah kita, Peribadi berbeza,
Kau serasikan ia seolah kita sama,
Insan yang sama, di Taman Kenangan,
Terima kasih duhai teman...

Kau serasikan kita, seolah sejiwa
Ingatan di Taman Kenangan.

TAMAN KENANGAN | 30 Mac 2005 Rabu 16:18 | Master of Tedi | UTM Skudai

Ulasan

Trending