Pada 26 Feb yang lalu, sebelum kami bertolak ke IKEA Cheras untuk mencari rak buku putih siri Billy, kami telah terlebih dahulu merayau di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi di dalam daerah Sepang di Selangor di Malaysia untuk mencari beberapa suap sarapan pagi atau makanan tengahari.

Gambar suasana di HR Street Cafe di Salak Tinggi di Sepang di Malaysia

Entah bagaimana, dengan qada dan qadar Allah subhanahu wa ta'ala, kami telah dipandu oleh-Nya ke HR Street Cafe yang beralamat di 286, Jalan Haji Jumani, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia. Peta dari Google Map ke lokasi HR Street Cafe ni ada Tedi sertakan di bahagian hujung kiriman ini.

Makanan Habis Awal

Mengikut komen mereka yang pernah ke sini, HR Street Cafe ni dibuka hanya sampai jam 11 pagi. Tedi tidak pasti akan kesahihan cerita itu tapi jika diperhatikan memang makanan yang mereka jual adalah lebih fokus kepada sarapan pagi.

Master cuba memesan Mi Bandung tapi telah kehabisan maka Master terpaksa memesan Soto Ayam (Master tidak berapa menggemari ayam) dan juga Roti Telur.

Makanannya biasa seperti tipikal sarapan pagi di Malaysia. Tiada yang istimewa untuk dipuji-puji dan tidaklah teruk untuk dikutuk dan dikeji. Lagipun perbuatan mengeji makanan itu bukan sunnah Rasulullah sollallahu alaihi wassalam.

Lagipun Master tak minat makan Soto Ayam itu kerana pertama ia ada ayam dan kedua ia ada tauge yang banyak.... hihihi...

Dikatakan bahawa makanan habis awal kerana telah dibungkus oleh mereka yang mahu ke Pasar Pagi Salak Tinggi.

Gambar roti telur di HR Street Cafe Salak Tinggi

Kedai makan HR Street Cafe ini memberikan alternatif kepada para penggemar roti canai untuk menikmati roti canai bukan di kedai-kedai mamak, almaklumlah bukan semua orang boleh telan air tangan kedai mamak ni sebab para pekerja mereka kita tak tahu import dari mana (rasanya dari India), dan sama ada mereka beragama Islam atau tidak.

Bukanlah bertujuan racist atau perkauman atau assobiyah, tapi nak jaga bab halal kerana orang bukan Islam mungkin takkan faham apa syarat-syarat makanan yang Muslimin boleh makan.

gambar soto ayam di HR Street Cafe

Suasana di HR Street Cafe

Persekitaran cafe ini biasa sahajalah, bersih dan ringkas.

Menu dan Harga Hidangan di HR Street Cafe

Ini adalah beberapa menu yang Tedi sempat snap semasa berada di sana.

  1. Nasi Lemak ... RM 2.00++
  2. Nasi Lemak Ayam ... RM 5.00++
  3. Nasi Lemak Paru ... RM 5.00++
  4. Nasi Lemak Sotong Kembang ... RM 5.00++
  5. Nasi Lemak Sotong Putih ... RM 5.50++
  6. Nasi Lemak Kerang ... RM 5.00++
  7. Nasi Lemak Telur Mata ... RM 3.00++
  8. Nasi Lemak Rendang Ayam ... RM 6.00++
  9. Kuew Tiaw ... RM 3.00+
  10. Nasi Goreng ... RM 3.00++
  11. Bihun Goreng ... RM 3.00++
  12. Maggi Goreng ... RM 3.50++
  13. Mee Goreng ... RM 3.00++
  14. Laksam ... RM 4.50++
  15. Soto / Lontong ... RM 4.00++
  16. Mee Jawa ... RM 4.50++
  17. Mee Bandung ... RM 5.00++
  18. Mee Kari ... RM 4.00++
  19. Mee Sup ... RM 4.00++
  20. Bihun Sup ... RM 4.00++
  21. Telur Goreng ... RM 1.00
  22. Telur Separuh Masak ... RM 2.00

Ini pula menu Roti Canai:

  1. Roti Canai Kosong ... RM 1.00
  2. Roti Canai Telur ... RM 1.70
  3. Roti Canai Telur Bawang ... RM 2.20
  4. Roti Canai Telur Bawang Cili ... RM 2.20
  5. Roti Tampal ... RM 1.70
  6. Roti Milo ... RM 2.00
  7. Roti Planta ... RM 1.50
  8. Roti Bom ... RM 1.50
  9. Roti Canai Bawang ... RM 1.50
  10. Roti Canai Sardin ... RM 3.50
  11. Roti Canai Double Layer ... RM 2.70

Lokasi HR Street Cafe

Kawan-kawan boleh gunakan peta di bawah untuk ke HR Street Cafe. Ia terletak tidak jauh dari jalan besar tetapi tidak kelihatan dari jalan besar.

Jika dilihat dalam peta ia berdekatan dengan Taman Salak Idaman, Kampung Giching, Komplek Balai Polis Daerah Sepang, Tiara Heights, Desa Salak Damai, Desa Seri Setia, Taman Chempaka, Kawasan Perindustrian Bandar Baru Salak Tinggi dan banyak lagi.

20170226, HR Street Cafe Sepang, Selangor