Pagi ini Master menerima email daripada pembantu COO atau Chief Operating Officer atau Ketua Pegawai Operasi syarikat beliau. Email itu menjemput Master untuk bertemu mata ke mata dengan beliau di mana pertemuan itu dijadualkan akan berlangsung hanya selama 5 (lima) minit.

Chief Operating Officer (COO) adalah pegawai korporat yang memantau operasi perniagaan sesebuah syarikat. COO melapor kepada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan kebiasaannya adalah individu kedua paling berkuasa dalam sesebuah syarikat. Sehingga Januari 2017, purata gaji seorang Chief Operating Officer (COO) adalah RM 286545 setahun atau hampir RM 24000 sebulan.

Bukan senang bertemu COO, tapi kalau dipanggil, memang gabra dibuatnya

Ralat juga Master dibuatnya kerana dia tidak pernah dipanggil bertemu dengan COO. Mungkin ada berita tergempar yang mahu disampaikannya, tidak kisahlah sama ada berita itu berita baik atau berita buruk.

Master menerima jemputan itu dengan separuh kerelaan, huhu.

Panggilan dari IKCM

Selain itu Master telah menerima risikan dari IKCM sama ada beliau berminat untuk menyertai bekas syarikat Master tu. Diberitakan IKCM mempunyai projek dan prospek projek serta memerlukan tenaga untuk membantu mereka menyiapkan projek tersebut.

Master agak berminat tambahan ada khabar mengatakan bahawa bekas seniornya di IKCM telah menggunapakai teknologi baru untuk menyiapkan kerja mereka. Ini adalah satu peluang yang agak bermakna buat Master.

Tedi doakan agar Master tenang dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan.