Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Kereta Grab Touch 'n Go perkasakan mobiliti bandar

Imej
Tadi semasa berjalan-jalan di Bangsar South, Tedi terserempak dengan tiga buah Grab Car.Biasalah kan jika bertemu dengan Grab Car di bandaraya Kuala Lumpur di Malaysia ni?Cuma kali ni Grab Car yang Tedi nampak menampakkan kelainan berbanding dengan Grab Car yang Tedi selalu nampak.

Bina Ayat Bahasa Melayu

Imej
Hai kawan Tedi yang dikasihi semua. Terima kasih kerana sudi membaca.Selain sibuk dengan lukisan, Tedi juga sedang sibuk membina ayat daripada perkataan-perkataan yang telah dipilih oleh cikgu Bahasa Melayu seperti bijirin, mengukus, memasak, menjamu selera, periuk, merebus, merenung, menanak, suntuk dan tegap.Tedi kadangkala keliru sama ada cikgu Tedi ni cikgu Bahasa Melayu atau cikgu kelas masakan? Atau siang dia ajar Bahasa Melayu dan malam dia buat tuisyen kelas masakan?Tak kisahlah, asalkan kerja sekolah Tedi siap.

Lukisan Rumah

Imej
Apabila disuruh melukis lukisan rumah, Tedi kebuntuan. Setakat rumah lidi dan orang lidi tu biasalah Tedi lukis. Lukis gambar rumah dua dimensi pun biasa juga, ada pintu, tingkap, bumbung dah memadai bagi Tedi.Tapi takkan nak melukis ala kadar sahaja ek?Nampak gaya terpaksalah Tedi melawat beberapa lukisan rumah di seantero dunia untuk mendapatkan ilham. Tutorial cara melukis gambar rumah seperti di atas boleh didapati di laman web berikut: How To Draw a House. 

Kenapa Nyamuk Aedes Suka Gigit Kaki dan Buku Lali

Imej
Nyamuk Aedes aegyptisangat mengganggu, sama ada secara tidak rasmi ataupun melalui hitungan angka-angka statistik.Nyamu Aedes sangat pakar mencari dan menghisap darah manusia, dan ini adalah masalah besar kerana gigitan kecil mereka boleh menyebabkan jangkitan virus Zika, denggi, chikungunya dan demam kuning.Serangga ini seperti nyamuk-nyamuk yang lain, akan menggigit kawasan yang manusia tidak berapa perasan seperti di buku lali, belakang lutut, dan juga belakang leher. Tidak kisalahlah bagaimana masnuia berselubung, tetap akan ada naymuk yang berjaya menggigit kawasan kulit yang terdedah walaupun sedikit.

Email dari COO

Imej
Pagi ini Master menerima email daripada pembantu COO atau Chief Operating Officer atau Ketua Pegawai Operasi syarikat beliau. Email itu menjemput Master untuk bertemu mata ke mata dengan beliau di mana pertemuan itu dijadualkan akan berlangsung hanya selama 5 (lima) minit.Chief Operating Officer (COO) adalah pegawai korporat yang memantau operasi perniagaan sesebuah syarikat. COO melapor kepada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan kebiasaannya adalah individu kedua paling berkuasa dalam sesebuah syarikat. Sehingga Januari 2017, purata gaji seorang Chief Operating Officer (COO) adalah RM 286545 setahun atau hampir RM 24000 sebulan.

Kasut Adidas Performance Ligra 4 bagus untuk badminton

Imej
Ermm... sebelum ni Tedi ada bicara pasal kasut badminton terbaik dari ASICS iaitu kasut badminton Asics Gel Rocket 7 yang memang tidak dapat disangkal kehebatannya buat para pemain yang baru nak berjinak-jinak dengan arena badminton.Kali ini Tedi nak berbicara perihal satu kasut badminton daripada ADIDAS pula yang terkenal berbaloi dengan harganya untuk mereka yang mahu berjimat sedikit atau untuk mereka yang memang minat bebenor dengan jenama ADIDAS ni. Adidas Performance Ligra 4 adalah kasut bola jaring, namun ia dikira sebagai antara kasut terbaik dalam sukan badminton.

Formasi Kedah 2017

Imej
Ini adalah analisa formasi bolasepak yang digunakan oleh Persatuan Bolasepak Kedah yang dikenali juga sebagai Helang Merah bagi tahun 2017.

Kenapa Air Laut Masin?

Imej
Telah lama Tedi berfikir kenapa air laut boleh menjadi masin?Pada mulanya Tedi berasakan bahawa ada banyak bangkai haiwan laut tenggelam di dasar laut menyebabkan ia masin (mungkin ia sedikit benar?). Tapi setelah membaca beberapa artikel barulah Tedi faham bahawa sangkaan Tedi itu adalah propaganda semata, tapi tak semestinya tak betul kan?Ini adalah penjelasan kenapa air laut itu boleh menjadi masin.

HR Street Cafe di Salak Tinggi di Sepang di Malaysia

Imej
Pada 26 Feb 2017 yang lalu, sebelum kami bertolak ke IKEA Cheras untuk mencari rak buku putih siri Billy, kami telah terlebih dahulu merayau di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi di dalam daerah Sepang di Selangor di Malaysia untuk mencari beberapa suap sarapan pagi atau makanan tengahari.

Harga Susu Cair Tesco KB Malaysia #QB11

Imej
Misi mencari harga susu cair di TESCO Kota Bharu Malaysia diteruskan namun Tedi kehampaan kerana tiada susu cair di sana, yang ada hanyalah susu sejat dan krimer sejat.Tiba-tiba Tedi terfikir, adakah orang Malaysia memanggil susu cair itu sebagai susu sejat atau krimer sejat? Adakah susu cair yang dicari itu sebenarnya adalah susu sejat atau krimer sejat? Mungkin benar kerana susu sejat atau krimer sejat memanglah cair...

Taman Kenangan

Imej
Ku amati jingga mentari,
Ianya akan sirna sebentar nanti,
Begitulah pertemuan kita ini, akhirnya berpisah. Sumber foto: Karena Nya

Kenapa Tunggang Motosikal?

Imej
Pada petang tadi, ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, Tedi ternampak seorang lelaki dewasa membawa dua kanak-kanak sekolah rendah membonceng motosikal yang dikendarainya.Adik yang di belakang sekali tu sedang sedap minum air milo ais bungkus. Wajahnya gembira, tiada apa yang dirisaukan. Sumber foto: Lebih 200 ahli Kelab Vespa Malaysia berhimpun dalam program ‘The Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur 2014’

Makan di ThreePlates Cafe, Shah Alam

Imej
Pada hari Sabtu yang lalu iaitu pada tarikh 4 Julai 2017, Mommy dan Master telah berkunjung ke sebuah restoran yang dinamakan threeplates cafe. Mereka meninggalkan Tedi ke-seekor-an di rumah kerana Mommy kata Tedi perlu berdiet.Inilah cerita kembara mereka makan-makan jalan-jalan... Tedi ambil masa hampir 4 jam menyiapkan kiriman ini... moga bermanfaat.

Kebaikan Muzik ke atas Jantung, Otak, dan Kesihatan Manusia

Imej
Alhamdulillah, setelah mengambil masa selama lebih kurang tiga hari tiga malam untuk menyiapkan kiriman ini, akhirnya ia berjaya juga disudahkan. Tersengguk-sengguk jugalah Tedi dibuatnya kerana ia memerlukan beberapa pembacaan yang agak berat. Sumber foto: Mainkan musik cadas.. gadis berjilbab ini jadi perbincangan di ranah musik metal dunia.

Fakta Menarik 170303

Imej
Hari ini Tedi nak berkongsi beberapa fakta yang selama ini Tedi tiada pengetahuan mengenainya. Perbuatan menghantukkan kepala anda ke dinding boleh membakar 150 kalori sejam.Seekor kutu boleh melompat sejauh 350 kali panjang badannya. Ia adalah seperti seorang manusia melompat sejauh padang bola!Ikan Keli mempunyai lebih 27000 deria rasa.Rama-rama merasa menggunakan kakinya.Otot terkuat pada tubuh badan manusia adalah lidah.Pengguna tangan kanan secara puratanya hidup 9 tahun lebih lama berbanding orang kidal.Gajah adalah satu-satunya haiwan yang diketahui tidak boleh melompat. Kalau gajah boleh melompat, tak tahulah apa jadi...Kencing kucing akan berkilau di bawah cahaya lampu hitam.Mata Burung Unta atau Burung Kasawari adalah lebih besar berbanding otaknya.Tapak Sulaiman tidak mempunyai otak.Beruang Kutub adalah haiwan kidal.Jika seorang manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan dan 6 hari, dia boleh menghasilkan tenaga bunyi yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.Jika manusia kentut…

Tapak Sulaiman makan apa?

Imej
Tapak Sulaiman adalah pemburu yang kuat.Makanan utama Tapak Sulaiman adalah moluska.

Terlebih Panjang Pula Rak Buku IKEA Billy ni...

Imej
Erm... hajatnya nak beli Billy Bookcase dari IKEA.Tapi panjang rak buku tersebut dalam bungkusan ialah 205 cm.Manakala kereta kami Subaru XV STI 2015 cuma boleh memuatkan barang sepanjang 160 sentimeter.Takkan nak kena sewa lori pula?

Huddle YES 4G: prestasi di Kelantan dan Gerik.

Imej
Ramai bertanya macam mana aksi YES 4G di Kelantan?Apa pula tanya Tedi? Tanyalah para penjual YES 4G di cawangan yang berdekatan.Hehehe.Menjawab soalan itu tentunya agak sukar dan bias kerana ia bersifat umum. Namun Tedi beritahu jugalah pengalaman Tedi menggunakannya di kampung Mommy itu pada Hari Raya Puasa 2013 yang lalu.Prestasi baik di Wakaf Bharu.Semasa di Wakaf Bharu, pada awal percutian, aksi YES 4G sangat memuaskan apabila huddle YES 4G mempamerkan warna hijau. LED warna hijau ini nak dapat di Desa Mentari pun susah tau. Kalau di Sepang pula, selalunya warna kuning.Namun kemudian apabila mulanya raya, LED mula bewarna kuning dan kadangkala merah.Tiada network di sekitar Rantau Panjang dan Panglima Bayu.Ketika di sekitar kawasan ini, LED berkelip warna merah.Nampaknya memang tiada rangkaian YES 4G di kawasan ini?Tiada network di sekitar Lebuhraya Timur BaratKetika dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik, memang tiada network terus. Tapi tak tahulah di kawasan Bandar Gerik.

Kelly La Rue: Apakah Kesan Tembakan Peluru Kapal Perang ke atas Kereta Kebal

Imej
Peluru bersaiz 16" akan mewujudkan kawah 50 kaki lebar dan 20 kaki dalam di mana jarak tembakan adalah tidak relevan.Sebagai contoh peluru MK. 8 APC (Armor-Piercing, Capped) mempunyai berat 2700 lb dan telah direka untuk menembusi perisai keluli keras yang dipasang pada kapal perang asing.

Kasut Badminton Asics GEL-Rocket 7

Imej
Jika dibandingkan dengan pesaing lain, kasut Asics GEL-Rocket 7 menawarkan lebih keselesaan, kehangatan, kusyen, melancarkan pergerakan, dan cengkaman.Kasut badminton Asics GEL-Rocket 7 akan semakin selesa dipakai apabila semakin lama anda memakainya.