Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Laporan Kos Petrol Januari 2017

Imej
Ini adalah kira-kira kos belanja petrol untuk kedua-dua buah kereta yang Master bela bagi bulan kewangan Januari 2017.Kos yang ada dalam rekod bagi perbelanjaan minyak petrol bagi bulan Januari 2017 adalah RM 702.26 bermula dari 03-January-2017 sehingga 29-Januari-2017.

Summoners War: Good or Food Monster List

Imej
Bagi setiap penyeru di dalam Perperangan Penyeru (Summoners War), persoalan utama yang akan bermain di minda kita ialah sama ada sesekor raksasa itu untuk simpan atau makan (good or food)?

Master di UXChange Malaysia 2017 di Hotel Intercontinental

Imej
Hari ini kami keluar awal dari rumah ke Bangsar South, kerana Master ada kursus UXchange Malaysia 2017 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur.Kami bertolak dari Bandar Baru Salak Tinggi pada jam lebih kurang 6.40 pagi. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang sejam, maka kami tiba di Bangsar South sekitar jam 7.40 pagi. Alhamdulillah perjalanan pagi tadi kurang kesesakannya di Lebuhraya Pantai Baharu, tetapi berlaku kesesakan jalan raya yang agak teruk di Lebuhraya Maju Putrajaya hala Kuala Lumpur.

Ramai Cakap Ia Tapak Kaki Beruang

Imej
Ada laporan oleh pekebun pisang berangan di Pontian, Johor, Malaysia bahawa kebun pisang berangan mereka diserang beruang, berdasarkan saiz haiwan dan kesan cakaran tajam. Dikatakan ada kesan tapak kaki tapi sudah hilang ditelan hujan.Erm... Tedi hairan kenapa beruang nak serang kebun pisang berangan?Tapi Tedi setujulah dengan pendapat pakcik tu bahawa perlu diadakan siasatan untuk kemaslahatan umat manusia dan haiwan.Apa-apa pun jangan tuduh semberono. Hal beruang ni sensitif tau...

Hukum Lipas Jatuh dalam Makanan

Imej
Baiklah, saya sangat letih hari ini. Saya mahu menaip sesuatu dan kemudian berehat.Memandangkan tiada kiriman yang pendek akan terhasil jika Tedi yang mengarangnya, maka malam ini Tedi mahu kongsikan satu soalan. Makanan jadi najis jika lipas jatuh ke dalamnya?Soalan: "Seekor lipas terjatuh ke dalam masakan saya. Apakah masakan yang saya masak itu menjadi najis?"Jawapan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood:Sekiranya makanan yang anda masak dimasuki oleh lipas tetapi tidak menjejaskan makanan seperti jadi berbau, perkara ini dimaafkan. Kawasan yang lipas jatuh ke atasnya hendaklah dibuang sahaja. Memadai anda melakukan sedemikian tanpa membuang semua makanan tersebut.Sumber: Fekah Wanita, Majalah I

Misbun Ramdan intai peluang dalam skuad Piala Thomas

Selasa, 21 Februari 2017 @ 1:54 PMIPOH: Pemain profesional, Misbun Ramdan, mengorak langkah ke arah merebut tempat mewakili negara dalam kempen Piala Thomas 2018 apabila melayakkan diri ke undian utama Kejohanan Badminton Kebangsaan Celcom-Axiata 2017 di Hulu Kinta, sebentar tadi.Anak kepada bekas jurulatih perseorangan negara, Misbun Sidek itu berehat sepanjang dua tahun akibat kecederaan dan pembedahan, namun dia menunjukkan masih memiliki sentuhan apabila mengatasi wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chia Wei Jie 21-12, 21-19. Pemain berusia 25 tahun ini merakam kemenangan dalam tempoh 27 minit minit di pusingan akhir pusingan kelayakan itu untuk membolehkannya layak ke undian utama yang bermula esok.Semalam, Ramdan yang pernah menduduki ranking ke-43 IBF melepasi pencabar pertama di pusingan kelayakan, Goh Ting Yu dari Sabah 21-15, 21-11 dalam perlawanan di Dewan Seri Perdana Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Azlan Shah, Ulu Kinta.Pemain lain yang turut layak ke undian utama i…

Newcastle United lawan Aston Villa: Siapa Gergasi?

Imej
Tedi sebenarnya tiada masa nak menaip malam ni, jadi Tedi nak ambil masa dalam setengah jam sahajalah.Malas malam ni Tedi nak mengkaji hal sumber manusia mahupun hal perniagaan, Tedi nak relax dan borak santai. Kawan-kawan pun mungkin dah penat baca tulisan serius kan?Itupun nak bercerita pasal bolasepak Liga Kejuaraan di antara kelab kesayangan Master iaitu Newcastle United (Kota Bharu Bersatu) menentang Aston Villa.Perlawanan Liga Kejuaraan (Championship League) Liga Perdana Inggeris itu akan berlangsung pada pagi nanti, 22-Februari 2017  iaitu tepat pada jam 4 pagi.Khabarnya Skysports akan menayangkan perlawanan tersebut secara langsung, boleh ditonton melalui Unifi, ada internet, ada bola... babai lah Astro, kalau langgan sukan pun bukan nak tunjuk game Newcastle... bayar je mahal.

Harga Minyak Enjin Tesco Putra Nilai

Tadi semasa merayau di Tesco Putra Nilai di Bandar Baru Nilai, Tedi perasan ada empat (4) jenis minyak pelincir enjin kereta a.k.a minyak hitam kereta a.k.a minyak enjin kereta di sana daripada jenama Shell, Mobile, dan juga Castrol.Berikut adalah harga minyak-minyak hitam tersebut:

Contoh Surat Rasmi Penjelasan Lewat Hadir Bertugas

Imej
Ini adalah contoh surat rasmi penjelasan lewat hadir bertugas daripada majikan kepada pekerja.Pekerja perlu membalas surat ini dengan menggunakan Surat Tunjuk Sebab dalam tempoh beberapa hari yang diberikan oleh majikan bermula dari tarikh dia menandatangani Surat Akuan Terima.

Senarai Susu Tanpa Laktosa di Malaysia

Imej
Pada masa kini manusia di Malaysia sudah sedar akan harga kesihatan, sehinggakan minum susu yang dianggap bagus tu pun kini ditapis juga.Kebelakangan kini manusia di Malaysia mula mencari susu tanpa laktosa. Kenapa mahukan susu tanpa laktosa sama ada susu formula tanpa laktosa ataupun tidak?Ini adalah beberapa jenama susu tanpa laktosa di Malaysia yang Tedi kenal pasti.

Maksud Aisya

Imej
Mungkin kawan-kawan pernah membaca komen Tedi ke atas lirik nasyid Aisya Humaira yang dinyanyikan oleh kumpulan munsyid UNIC sebelum ini.Terima kasih kerana sudi membaca dan terima kasih kerana sudi bertanya, apakah maksud Aisya?Ramaikah manusia yang menggunakan nama Aisya? Adakah di Malaysia sahaja atau di merata dunia?

Niat Solat Jenazah Dewasa, Kanak-Kanak, dan Ramai

Imej
Koleksi niat solat jenazah dalam tulisan rumi dan jawi untuk panduan kita semua.Niat Solat Jenazah Kanak-kanak Lelaki"Sengaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (lelaki) ini empat takbir fardhu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Ta'ala"

Hargai Perpaduan Dalam Pelbagai Kaum

Imej
REMBAU, 3 Ogos 2015 – Rakyat negara ini perlu menghargai perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang sedang dinikmati sekaligus menjadikannya sebagai asas pembinaan negara bangsa bagi kelangsungan ge­nerasi akan datang.Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perpaduan tersebut perlu dihargai menerusi sambutan hari-hari kebesaran agama yang disambut dengan meriah dalam suasana harmoni.

Masalah biasa volkswagen Polo 81TSI

Imej
Volkswagen Polo 81 TSI adalah sebuah kereta yang comel.Namun banyak berita kurang enak yang Tedi dengar pasal kereta ini.Apakah masalah biasa pada Volkswagen Polo 81TSI manual hatchback Comfortline 1.2-liter yang menjadi buah mulut dan kritikan ramai?Adakah masalah kereta Volkswagen Polo ni pada timing belt atau chain? Atau adakah masalahnya pada kekurangan ruang simpan barang (boot space) walaupun kerusi penumpang dilipat?Apakah pula keuntungannya jika beli kereta Volkswagen Polo ni?

Carik-Carik Bulu Ayam, Lama-lama Bercantum Juga

Imej
Tadi Mommy bertanya bagaimanakah rupanya bulu ayam dicarik-carik itu? Tedi akan huraikan satu-persatu tentang peribahasa tersebut mengikut pemahaman Tedi. Jika anda memerlukan pemahaman lanjut sila bertanya kepada para professor.Jika mahu argue pendapat Tedi ni, silalah komen di ruangan sepatutnya.

Susu Sejat Carnation

Imej
Pengenalan kepada Krimer Sejat Carnation®Krimer Sejat Carnation® adalah produk keluaran F&N Dairies Sdn Bhd.Ia adalah susu sejat cair yang kualitinya diyakini sejak 1899. Pada awalnya ia dikenali sebagai Krim Disteril Carnation (Carnation Sterilized Cream), sebelum ditukar kepada Susu Sejat Carnation (Carnation Evaporated Milk).Nestlé telah memiliki Carnation Company pada 1985 sekaligus memiliki jenama Carnation tersebut. Mereka kemudiannya melesenkan jenama Carnation kepada F&N yang telah disambung buat 22 tahun pada tahun 2015. Ini adalah kesinambungan dari tahun 2006, di mana Nestlé telah menjual perniagaan susu cecair di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand, kepada F&N. Ini termasuklah jenama Carnation.Susu cair F&N Carnation® diiklankan sebagai krimer minuman terbaik untuk menambah rasa krim dan aroma kepada minuman kita.Krimer Sejat Carnation® adalah topping terbaik untuk Ais Kacang atau pencuci mulut (dessert) atau apa-apa sahaja hidangan anda.Ia boleh juga …

Kedah 4-1 Pahang

Imej
Kedah FA has surged to the top of the Malaysia Super League table after a comprehensive 4-1 victory over Pahang FA at the Darul Aman Stadium.

Pengguna Komen Minyak Enjin Liqui Moly

Imej
Minyak Enjin Mos2 leichtlauf 10w40 Semi SintetikWarnanya tidak jernih seperti minyak pelincir enjin yang lain, berwarna kelabu gelap dan keruh.Pertama kali selepas mengisinya, enjin senyap semasa dihidupkan.Enjin berasa licin semasa dipandu dan tidak bergegar apabila minyak ditekan kuat.Kereta terasa lebih ringan semasa memecut, dan lebih licin semasa cruise.Dapat lebih penjimatan petrol.

Nan Extra Cheese di RSMY Bangi

Imej
Malam ini Tedi mahu bersantai - tidak mahu mencaci dan mencarut.Jadi Tedi nak kongsikan pengalaman kami makan Roti Nan Cheese Leleh Extra Cheese di restoran RSMY BANGI BEST CHEESE NAAN yang terletak di alamat G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.Pada mulanya kami nak ke Restoran Barra, tapi setelah mendapat review yang biasa-biasa sahaja, kami bertukar destinasi ke RSMY Bangi.

Mereka itu bangsat

Imej
Sesiapa sahaja yang melalui Jalan Pintasan Dengkil (Dengkil Bypass) pasti biasa tersangkut di lampu isyarat persimpangan Dengkil, yang terletaknya kedai Cendol Bakar @Dengkil tu.Sesiapa sahaja yang melalui Jalan Pintasan Dengkil tersebut dari Cyberjaya menghala ke Kota Warisan, pasti juga biasa melakukan pusingan-U di jalan Dengkil-Bangi yang terletak di simpang kiri di lampu isyarat persimpangan Dengkil tersebut.Sumber foto: Paya Indah Wetlands (PIW)

Apakah Arti Ceneh?

Imej
Erti perkataan "ceneh"Ceneh boleh disimpulkan sebagai seseorang yang gedik, keanak-anakan, cerewet, dan mengada-ngada. Ia digunakan untuk menggambarkan seseorang yang kita tidak suka, namun kadangkala digunakan untuk menggambarkan diri sendiri sebagai seseorang yang happy go lucky dan tidak endahkan persekitaran.Ia berasal daripada kata gaul Indonesia, tetapi perkataan ceneh juga digunakan di Malaysia sebagai nama tempat. Ironinya perkataan ceneh atau cheneh tiada dalam kamus Bahasa Malaysia walaupun nama tempat itu digunakan di Malaysia.Lebih mengejutkan perkataan ceneh ini digunakan dalam bahasa hebrew Bible untuk menggambarkan "sesuatu yang berduri". Latar Belakang KajianPenat betul memikirkan dan mencari jawapan bagi soalan tersebut. Setelah merujuk kepada beberapa buah kamus terkemuka pun tiada maksud bagi perkataan "ceneh" secara rasminya.Ini adalah mungkin jawapan terhampir kepada soalan "Apa arti Ceneh?" tersebut.Perkataan yang dikaitkan …

Giant Keep B10 in 3 minutes

Imej
Lama Tedi tidak mencatat pasal Summoners War.Malam ni Tedi nak rekodkan pasal pasukan Giant's Keep B10 milik Tedi yang kini berjaya mencapai kelajuan perang 3 minit.Monster yang Tedi gunakan mengikut susunan adalah Veromos 6*, Theomars 6*, Chasun 6*, Belladeon 6* dan Bernard 5*.

Peribahasa Buat Baik Dibalas Baik

Imej
Lecehlah cikgu ni, minta Tedi buat karangan peribahasa pasal berbuat baik dibalas baik. Mana Tedi nak cari ilham?Selalunya ungkapan yang Tedi dengar ialah, "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat", tetapi pada pendapat peribadi Tedi ia tidak seperti sejenis peribahasa sebab terlalu direct. Nampak macam pantun pun ada.Setelah melakukan beberapa penyelidikan untuk menyiapkan karangan peribahasa tersebut, Tedi yakin yang Tedi telah menemui 3 peribahasa yang amat bersesuaian, malahan ada peribahasa dalam Bahasa Inggeris lagi.Berkenaan karangan yang perlu dibuat pula, Tedi rasa Tedi dah ada jalan ceritanya, yang mungkin berkaitan dengan hukum karma, malahan pernah Tedi ceritakan dalam kiriman Tedi sebelum ini. Peribahasa #1: Tepuk berbalas, alang berjawabMaksud peribahasa: Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik.Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kitaMaksud bagi perkataan "alang" ialah pemberia…

Senarai Kafe di Bangi Sentral

Imej
Bangi adalah syurga makan-makan bagi mereka yang berduit dan tidak berdiet, hehehe. Salah satu lokasi makan-makan di Bangi tentunya di sekitar Bangi Sentral. Apa kata kita terjah beberapa kafe yang ada di Bangi Sentral ni...Heart & Soul Cafe  Alamat: 3-25-1, Jalan Medan Pusat Bandar 8A Bangi Sentral, SelangorTelefon: 017-620 4243Sebelum menjamu selera di sana boleh juga jamu mata terlebih dahulu di instagram Heart & Soul Cafe:https://instagram.com/heartandsoul.cafe/Waktu operasi Heart & Soul Cafe adalah dari 11 pagi sehingga 12 tengah malam. Ia ditutup pada hari Isnin.Heart & Soul Cafe sesuai bagi mereka yang mahu mencuba lobster, makanan barat (western), dan juga menu masakan tempatan. Ia adalah restoran halal.Ada pelanggan kata: "Cafe ini menerapkan ciri kontemporari, menghidangkan makanan yang hebat, perkhidmatan yang pantas, dan para pekerjanya juga peramah." dan "nasi goreng lobsternya sedap, saya suka"Ada juga yang komen: "Makanannya biasa…

Harimau dibunuh kerana serang penceroboh sarangnya

Imej
Seekor harimau telah ditembak mati di sebuah zoo di China selepas ia menyerang seorang lelaki yang menceroboh ke dalam zoo tersebut dengan memanjat pagar semata-mata untuk mengelakkan membayar tiket masuk. Malangnya lelaki itu tersilap kawasan pendaratan setelah dia termasuk ke dalam kandang harimau tersebut.Para pegawai pelancongan tempatan menyatakan bahawa lelaki itu, yang namanya masih belum didedahkan, sedang melawat Youngor Zoo di Ningbo bersama isterinya, dua anak dan satu lagi pasangan pada hari Ahad lalu, apabila dia memutuskan untuk memanjat dua dinding untuk memasuki zoo tersebut bagi mengelakkan bayaran masuk, seperti yang dilaporkan BBC.Polis Tembak Mati Sang HarimauLelaki itu melepasi dua tembok 10 kaki termasuk dinding yang memisahkan sarang harimau tersebut. Dia diserang setelah terjatuh ke dalam sarang harimau tersebut sebelum meninggal dunia di hospital.BBC melaporkan bahawa harimau itu kemudiannya dibunuh oleh polis tempatan. Kematian harimau itu telah menyebabkan m…