Sudah lama Master mencari tali pinggang.

Hari itu semasa kami di Bangkok pun Master tercari-cari tali pinggang yang sesuai dan tahan lama, tapi tidak ketemu. Master berasakan bahawa tali pinggang di sana sama sahaja seperti yang dijual di AEON.

Sebelum ini selalunya Master akan membeli tali pinggang di AEON dengan modal RM 30, tapi Master dah serik sebab tali pinggang itu selalu rosak.

Jadi kali ini Master mencari tali pinggang yang diperbuat daripada kulit original.

Ketika kami singgah di Johor Premium Outlet (JPO) dari kenduri di Batu Pahat, Master terus sahaja mencari tali pinggang dan kasut kerja. Akhirnya kami masuk ke butik Obermain. Hajat asalnya adalah untuk mencari kasut kerja Master namun macam tidak berbaloi.

Akhirnya Master terserempak dengan tali pinggang Obermain ni yang dipotong 60%. Master beli dalam lingkungan harga RM60 jika tidak silap. Tali pinggang itu dibuat daripada kulit di bahagian hadapan dan kulit sintetik di belakang.

Master kata tali pinggang Obermain itu terasa kukuh apabila dipakai, dan harapnya ia boleh tahan untuk 3 hingga 5 tahun.

Harga tali pinggang Obermain di Johor Premium Outlet,