Pejabat POS Mid Valley adalah pejabat POS yang beroperasi pada waktu yang dilanjutkan, yang bermakna ia ditutup lewat berbanding kebanyakan Pejabat POS di cawangan biasa.

Ia adalah salah sebuah pejabat POS di Malaysia yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Gambar pintu masuk Pejabat POS Mid Valley 

Alamat Pejabat POS Midvalley adalah: LG Floor, Unit AT3 Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur

Waktu operasi Pejabat POS Mid Valley adalah: 10.00 pagi sehingga 9.00 malam (Isnin hingga Sabtu, hari bekerja), dan 10.00 pagi hingga 4.00 petang (hari Ahad)

Nombor telefon Pejabat POS Mid Valley untuk dihubungi: 03 - 22831959

Pengurus cawangan Pejabat POS Mid Valley: Taufiqur Rahman Mohd Salleh

Jika anda mencarinya, lokasinya adalah berhampiran AEON di tingkat LG, iaitu di bahagian hujung.

Masa operasinya yang lebih lewat membolehkan warga kota yang sibuk bekerja di Kuala Lumpur dan sekitar Midvalley untuk melakukan urusan berkaitan di Pejabat POS Midvalley selepas waktu bekerja.

Selain itu kedudukannya di dalam pusat membeli-belah Mid Valley membolehkan para pelanggan melakukan urusan lain selain urusan di Pejabat POS Mid Valley.

20170501

Kiriman lain yang berkaitan:

Singgah di POSLaju Brickfields