Jom Sertai Kami

Kepada kawan-kawan warga Malaysia yang berminat untuk bekerja bolehlah sertai The Chicken Rice Shop, sebuah rangkaian restoran yang berkembang di Malaysia.

Ia mempunyai kumpulan rangkaian restoran seperti Sweet Chat, Pancake House dan Dubu Dubu.

Anda juga boleh membaca pengalaman para pekerja The Chicken Rice Shop di dalam karangan Tedi bertajuk: "Pengalaman bekerja di The Chicken Rice Shop".

Jawatan Kosong di The Chicken Rice Shop Malaysia

Berikut adalah jawatan dan gaji yang ditawarkan, jangan lepaskan peluang ini...

  1. Pengurus Restoran, pendapatan sehingga RM 3000++ (tiga ribu ringgit Malaysia ke atas) sebulan.
  2. Penolong Pengurus Restoran, pendapatan sehingga RM 2500++ (dua ribu lima ratus ringgit Malaysia ke atas) sebulan.
  3. Penyelia Restoran, pendapatan sehingga RM 1800++ (satu ribu lapan ratus Ringgit Malaysia ke atas) sebulan.
  4. Senior Krew Restoran, pendapatan sehingga RM 1500++ (satu ribu lima ratus Ringgit Malaysia ke atas) sebulan.
  5. Krew Restoran, pendapatan sehingga RM 1300++ (satu ribu tiga ratus Ringgit Malaysia ke atas) sebulan.

Faedah-faedah Bekerja di The Chicken Rice Shop

Selalunya orang akan berkata, "jangan tanya apa yang syarikat boleh bagi kamu, tapi tanya kepada diri apa yang kamu boleh berikan kepada syarikat".

Tapi tidak sedaplah kan kalau para pekerja sahaja yang perlu berkorban demi syarikat, kalau ada faedah-faedah lain yang disediakan syarikat, tentunya pekerja boleh bekerja dengan lebih gembira.

Ini adalah beberapa faedah yang bakal anda perolehi apabila bekerja dengan The Chicken Rice Shop.

  1. Elaun kehadiran
  2. Caj perkhimatan - apa ni? Takkan pekerja dikenakan caj bila bekerja? Takkan GST kot? Pandai-pandailah kalian tanya semasa temuduga nanti ya.
  3. Kemudahan perubatan
  4. Caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sebanyak 13%
  5. Bonus dan cuti tahunan
  6. Makanan disediakan - wah, ini boleh jimatkan perbelanjaan.
  7. Asrama disediakan - wah, lagi jimat kalau tak perlu sewa rumah pada masa serba-serbi mahal ni.

Cawangan Baru The Chicken Rice Shop akan dibuka di D'Pulze Cyberjaya

Jika kawan-kawan berminat boleh hubungi Encik Nasir di talian 013-6831504 atau Cik Rodiah di telefon 012-2974722

Tedi tak pasti jika mereka ni uruskan penjawatan di The Chicken Rice Shop di D'Pulze Cyberjaya sahaja atau untuk satu Malaysia, pandai-pandailah kawan-kawan tanya mereka. Tunjukkan kesungguhan dan usaha anda, insya-Allah akan beroleh pekerjaan.

Poster iklan kerja kosong The Chicken Rice Shop Malaysia pada 08 Januari 2017 lalu, cawangan baru di d'Pulze Cyberjaya Selangor Malaysia

kerja kosong dpulze