Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Kesan Buruk Surat Tunjuk Sebab

Imej
Siapa pernah dapat surat tunjuk sebab kerana lewat hadir kerja atau tidak hadir bekerja atas sebab kukuh?Master pernah.. huhuhu...Apa kesannya jika diberi surat tunjuk sebab?Apa yang Master pernah lalui ialah bonus beliau dipotong lebih separuh. Hal ini dinyatakan dalam surat makluman bonus kepada beliau.Hal ini menyebabkan Tedi tertanya-tanya, apakah kesan buruk jika seseorang pekerja menerima surat tunjuk sebab di Malaysia?Ini adalah beberapa jawapan daripada beberapa orang yang terlibat dengan sumber manusia.Anda mungkin takkan menerima kenaikan pangkat.Anda mungkin takkan menerima kenaikan gaji.Bonus yang anda terima akan dipotong.Anda akan "ditanda" oleh pengurus sumber manusia atau pihak atasan.Anda akan menerima Surat Amaran yang membolehkan anda dipecat setelah beberapa kali menerimanya.Apa patut dibuat jika terima surat tunjuk sebab?Terima, akui penerimaan, dan balas dengan sebab-sebab munasabah. Rekod anda telah tercemar apabila menerima surat tunjuk sebab. Langkah…

Iklan Kerja Kosong The Chicken Rice Shop Malaysia

Imej
Jom Sertai KamiKepada kawan-kawan warga Malaysia yang berminat untuk bekerja bolehlah sertai The Chicken Rice Shop, sebuah rangkaian restoran yang berkembang di Malaysia.Ia mempunyai kumpulan rangkaian restoran seperti Sweet Chat, Pancake House dan Dubu Dubu.Jawatan Kosong di The Chicken Rice Shop MalaysiaBerikut adalah jawatan dan gaji yang ditawarkan, jangan lepaskan peluang ini...Pengurus Restoran, pendapatan sehingga RM 3000++ (tiga ribu ringgit Malaysia ke atas) sebulan. Penolong Pengurus Restoran, pendapatan sehingga RM 2500++ (dua ribu lima ratus ringgit Malaysia ke atas) sebulan.Penyelia Restoran, pendapatan sehingga RM 1800++ (satu ribu lapan ratus Ringgit Malaysia ke atas) sebulan.Senior Krew Restoran, pendapatan sehingga RM 1500++ (satu ribu lima ratus Ringgit Malaysia ke atas) sebulan.Krew Restoran, pendapatan sehingga RM 1300++ (satu ribu tiga ratus Ringgit Malaysia ke atas) sebulan.Faedah-faedah Bekerja di The Chicken Rice ShopSelalunya orang akan berkata, "jangan t…

Komen lagu Sejati nyanyian Faizal Tahir

Imej
Kebelakangan ni Tedi rajin mengulang dengar dan mengulang tonton klip video muzik untuk lagu Sejati yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir .Jarang Tedi mengulang tonton petikan video dalam YouTube, tapi video muzik Sejati ni memang ada auranya sendiri kerana berjaya menyentuh hati Tedi.Bagi mereka yang tidak tahu maksud perkataan "sejati", ia membawa maksud: sebenarnya (tulen, asli, murni, tidak lancung, tidak ada campurannya). Sejati dalam Bahasa Inggeris bermaksud: real, original, genuine.Bicara Lirik Lagu "Sejati" nyanyian Faizal TahirPada kali pertama mendengar lagu Sejati ni Tedi dah faham dan meyakini bahawa ia adalah lagu mengenai kehambaan iaitu rintihan seorang hamba kepada Tuhan-Nya.Tapi biasalah, liriknya agak puitis boleh diterjemah secara langsung dan terkadang sukar dimengerti. Ini adalah apa yang Tedi interpretZZ-kan daripada lagu tersebut. Kau selalu adaKu tenggelam dengan duniarangkap 1 dan 2 ni menyatakan bahawa Allah itu sentiasa ada namun kita tidak …

Makanan Kucing Jenama Misha

Imej
Duk mencari makanan terbaik buat kucing-kucing, hari tu dah intai makanan kucing jenama Greens, kali ni nak cuba makan kucing jenama Misha pula.Misha? Adakah Misha Omar keluarkan produk makanan kucing? Nampak gaya boleh jadi artis lah kucing-kucing yang dihidangkan dengan makanan kucing jenama Misha ni?Haha, tidaklah begitu. Ini Misha makanan kucing pada jenama je lah...Baiklah, mula-mula kita lawat dulu kiriman bertajuk Makanan Camiko oleh Laman Suri, saja nak import gambar makanan kucing Misha di sana. Pada awal detik Tedi melihat gambar ni memang rasa nak gelak pun ada, tengok bahasa macam dari Indonesia.Pada bungkusan hijau tertulis Misha Meow Meow, biskut kucing yang lazat, sedap, serta suci. Jika silap faham ni boleh salah anggap pula ni adalah makanan biskut berperisa kucing. Tak ke haru tu?Suci tu bermaksud bersih, tapi mungkin dia nak beritahu kita bahawa makanan kucing jenama Misha ni adalah halal. Bungkusan makanan kucing berjenama Misha berwarna hijau ini adalah seberat 50…

1 liter minyak petrol berapa kilometer?

Imej
Ini adalah satu soalan yang subjektif kerana jawapannya akan mengikut kenderaan yang manusia gunakan.Tedi boleh menjawab soalan ini mengikut pengalaman kami menggunakan dua buah kenderaan iaitu Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual dan Subaru XV STI Transmisi Automatik Lineartronic.Proton SAGA BLMSudah lama Tedi tidak kemaskini catatan rekod penggunaan petrol untuk Proton SAGA BLM ni, jadi Tedi akan jawab ikut pengalaman lalu yang dicatatkan dalam kiriman lepas-lepas-lepas iaitu Penggunaan Purata Petrol Proton SAGA BLMPrestasi Merosot,   dan Rekod Penggunaan Bahan Api.Proton SAGA kami manggunakan minimum 5.9 liter petrol untuk setiap 100 kilometer, dan maksimum 7.1 liter petrol per 100 kilometer.Itu bermakna dengan 1 liter petrol, jarak yang boleh dicapai oleh Proton SAGA BLM ialah di antara 14 kilometer hingga 16.95 kilometer.Subaru XV STISeperti yang pernah dinukilkan dalam kiriman bertajuk "Penggunaan Petrol Subaru XV STI" sebelum ini, Subaru XV gunakan minimum 7.4 liter…

Kucing Asyik Tidur Berbanding Menonton Drama

Imej
Kebanyakan kucing tidur sekitar 16 jam sehariManakala anak kucing dan kucing tua pula tidur lebih lama berbanding tempoh enam belas jam tersebut.Kenapa kucing banyak tidur? Kerana 70% (tujuh puluh peratus) daripada kehidupan seharian mereka memang dikhususkan untuk tidur.Masa senggang kucing bukanlah digunakan oleh kucing untuk merancang strategi menangkap burung atau tikus, bukan pula menonton telenovela atau drama atau cerekarama atau wayang melalui kaca televisyen sehingga membantu mengkayakan ASTRO, dan bukan juga dengan cara melepak minum teh tarik atau mengumpat di atas tangga, tetapi masa lapang mereka dihabiskan dengan tidur, dan mereka memang cekap melakukannya!Jika ditanya kucing tidur berapa jam sehari, jawablah dengan yakin, kucing tidur 16 jam sehari.Tidur adalah lumrah kehidupan keluarga kucingKita perhatikan sahaja kucing yang hidup liar seperti Harimau Malaya dan juga Kucing Hutan, mereka memburu untuk mengisi perut mereka, di mana aktiviti memburu ini memerlukan banya…

Adakah Kucing Kentut?

Imej
Ada kawan yang bertanya, adakah seseekor kucing itu kentut?Jawapannya, ya, kucing juga kentut!Kucing adalah haiwan karnivor yang kebanyakan makanannya adalah kaya protein.Protein akan menghasilkan gas berbau busuk kerana protein diketahui mengandungi sulfur dalam jumlah yang banyak. Sulfur adalah sejenis bahan kimia yang mempunyai bau.Kentut kucing selalunya senyap tidak berbunyi. Tapi bau kentut kucing adalah sungguh dahsyat!Jarang kucing kentut berbunyi kerana gas yang mereka hasilkan adalah sedikit, tetapi tumpat dan pekat.Kucing mempunyai tekanan dalam yang rendah pada sistem gastrointestinal mereka, jadi kentut mereka keluar perlahan-lahan dan secara konsisten.Otot-otot pada bontot mereka tidak tertutup seketat bontot manusia, jadi kentut kucing kurang berbunyi.Apa yang lebih menarik untuk manusia tahu ialah, kucing lebih tenang semasa mereka melepaskan kentut mereka kerana bagi kaum kucing, kentut adalah perkara normal dan tidak dianggap perkara yang memalukan.Menurut ahli veter…

Piala Sumbangsih 2017: JDT vs Kedah

Imej
Malam ini jam 8.30 malam akan berlangsung perlawanan Piala Sumbangsih Malaysia 2017 di antara Johor Darul Takzim dan Kedah FA.Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Larkin. Siaran lansung pula boleh ditonton di TV3.Tedi doakan semoga pasukan kesayangan Master itu akan memperolehi kemenangan pada malam ini.Di samping itu telah berlaku perang saraf di antara pasukan JDT dan Kedah. Di bawah ini adalah poster yang amat cool oleh seorang penyokong Kedah bernama Budak Merbok. Sungguh win suntingan beliau ini.Di bawah ini pula adalah poster dari penyokong Kedah, Bandar Baharu Kedah Selatan dan Padang Serai.Di bawah ini adalah Piala Subangsih yang bakal dimenangi oleh mana-mana pasukan yang menang pada malam ini.Kedah menang !!!Tahniah kepada Kedah FA kerana memenangi Piala Sumbangsih. Walaupun agak terkilan kerana Kedah hanya seri dan mendapat satu mata untuk Liga Super Malaysia, namun sedikit terubat kerana menang piala.Seronok Tedi tengok gol jaringan Badrol Bakhtiar, memang tahap inte…

Cahaya-Cahaya Aneh di Gunung Tahan

Imej
Tadi berbual dengan abang CK pasal pengalaman dia mendaki Gunung Tahan puluhan tahun dahulu.Tibalah pada satu bahagian ceritanya mengisahkan dia dan kawan-kawannya melihat cahaya-cahaya aneh menuju ke arah mereka.Pada waktu itu mereka sudah berada di bahagian tinggi Gunung Tahan, mereka sudah memasang khemah dan menyalakan unggun api. Mereka berkumpul di sekitar unggun api sambil berbual-bual dan minum teh.Jam pada malam itu menunjukkan jam 9 malam.Pada masa itulah mereka melihat ada cahaya di kaki gunung sedang mendaki naik menuju ke arah mereka. Mereka menyangkakan bahawa cahaya itu adalah daripada kumpulan pendaki yang baru sampai.Cahaya itu ada lima semuanya, dan ia bergerak dengan jelas ke arah mereka. Cahaya itu bukan cahaya torch light, ianya berada di kejauhan, tetapi ia besar.Mereka mula menyedari bahawa cahaya-cahaya itu bukan dari pendaki Gunung Tahan, kerana kelajuan pergerakan cahaya itu adalah pada kadar kepantasan yang mustahil untuk kumpulan pendaki menurutinya.Mereka …

Kenapa Jepun serang Pearl Harbor

Imej
Ramai yang tahu bahawa Jepun pernah serang Pearl Harbor, satu perlabuhan tentera Amerika Syarikat di Hawaii. Serangan ini terkenal kerana Jepun berjaya serang Pearl Harbor secara mengejut dan menerima hanya sedikit tentangan.Tapi Tedi kurang arif mengapa Jepun perlu serang Pearl Harbour? Kenapa Jepun mahu serang perlabuhan Pearl Harbor tersebut?Serangan Jepun ke atas Pearl Harbor adalah kerana beberapa sebab.Menghancurkan armada laut Amerika di Pasifik (Pacific Fleet)Jepun mahu memusnahkan aset penting armada perang Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Pacific Fleet sebagai langkah mengelakkan Amerika Syarikat daripada masuk campur atau menghalang Jepun menjajah Belanda India Timur dan juga Tanah Melayu.Selain itu kemusnahan kepada Pacific Fleet akan membolehkan Jepun menjajah Asia Tenggara dengan mudahKetika itu, Jepun mahu meluaskan tanah jajahannya kerana mereka kekurangan sumber untuk menyokong pertumbuhan industri mereka.Memberi masa kepada Jepun menguatkan armada perangnyaAmer…

Era Master berkasut Nautifit

Imej
Akhirnya Master memilih pasangan baru...Pasangan apa tu? Pasangan kasut daa... Tarikh 6-Januari-2017 menjadi titik noktah bermulanya kehidupan baru Master berkasutkan sepasang kasut baru untuk ke tempat kerja.Kasut kerja itu Master beli di AEON Mall Kota Bharu pada 1-Januari-2017 yang lalu. Itupun setelah terpaksa......Kasut yang Master pilih kali ini adalah daripada jenama Nautifit, bukan kerana Master seorang yang naughty, tapi kerana beberapa faktor yang akan diceritakan sebentar sahaja lagi, itupun jika kawan-kawan sudi scroll ke bawah.Perkara pertama yang Master akan pandang pada sepasang kasut (ataupun sebelah kasut) adalah tapaknya. Kenapa tapaknya? Kerana ia adalah nadi kepada keberkesanan sepasang kasut. Master akan memilih tapak kasut yang mencengkam, tahan lasak, dan mudah lentur (flexible).Master akan pergi ke semua kasut, dan dengan pantas meneliti tapak kasut setiap kasut tu satu-persatu, jika tidak sesuai terus sahaja Master reject. Jika bunga tapaknya tu dah menepati c…

Harga Lada dan Cili di TESCO Putra Nilai

Imej
Semalam selepas sahaja kami bergerak pulang dari kenduri di Kampung Parit Sidang Seman di Sungai Rambai dalam daerah Jasin di Melaka, kami singgah di TESCO Putra Nilai di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan untuk membeli bahan masakan bagi memenuhi keperluan nutrisi diet Mommy.Senarai Harga Pelbagai Jenis Lada di TESCO Putra NilaiItemHargaLada Benggala Merah (Red Capsicum)RM 15.99Lada Benggala Kuning (Yellow Capsicum)RM 15.99Cili Besar MerahRM 13.99Cili Besar MerahRM 11.99Cili Padi MerahRM 24.89Cili Padi KampungRM 18.99Cili Padi ThailandRM 9.99Produk yang Tedi survey kali ini adalah harga pelbagai jenis lada atau cili yang terdapat di Tesco Nilai tersebut. Tedi memang peminat lada dan cili kerana kepedasan mereka.Lada Benggala pula mungkin tidak berapa pedas, tapi ia mempunyai aroma wangi dan ada rasa manis, selalunya dimasak dalam pasta.Lada besar pula selalu digunakan untuk masakan sambal, rasanya pedas sederhana, manakala yang hijau agak kurang pedas. Rahsia kepedasannya adalah pa…

Saiz Iklan Paling Bagus untuk Mobile

Imej
Apakah Saiz Iklan Paling Sesuai untuk Mobile?Tedi telah lama berusaha untuk menambahkan pendapatan melalui Google Adsense ni namun masih belum membuahkan hasil. Jadi kalau kawan-kawan rajin, bolehlah tolong menabung di interpretZZ ni yaaa... hehe.Salah satu persoalan yang bermain di benak fikiran Tedi adalah apakah saiz yang paling sesuai untuk iklan Adsense di mobile seperti telefon pintar atau tablet?Tujuan utama adalah untuk meletakkan iklan tapi tidak beratkan laman blog mobile kepunyaan Tedi.Pada tahun 2014 saiz iklan mobile paling menarik bilangan CTR tertinggi adalah 320x100.Tetapi pada suku ketiga tahun 2014, saiz iklan 320x50 dan 300x50 lebih banyak menarik pelanggan di atas telefon pintar, manakala saiz iklan 728x90 paling banyak dicapai di atas tablet.Saiz iklan yang lebih lebar adalah lebih cenderung menjana pendapatan berbanding iklan yang tinggi.Walau apa pun, saiz iklan terbaik adalah saiz iklan yang sesuai dengan laman anda.

Air Kopi O Kuih Koci

Imej
Ermm... hajatnya tadi nak melawat beberapa blog ikutan interpretZZ, tapi laman yang sepatutnya menyenaraikan blog yang Tedi ikuti tu kosong pula dah.Nak investigate apa masalahnya, dah malam benar ni. Tedi nak tidur, esok nak pergi sekolah, kalau boleh pada awal-awal pagi.Tapi sebelum tidur tu nak share satu gambar di bawah ni, iaitu gambar air kopi O segelas bersama kuih koci.Ia adalah gambar yang Tedi ambil semasa di sebuah kenduri kahwin yang kami hadiri di Kampung Parit Sidang Seman (jika tidak silap nama) di Sungai Rambai di dalam Daerah Jasin di negeri Melaka di Negara Malaysia.Perkahwinan ini adalah di antara adik perempuan makcik Aishah dan pasangannya yang berasal dari kampung yang sama. Makcik Aishah kata mereka ni dijodohkan oleh ibu masing-masing.Menyebut tentang air kopi O tersebut, Master kalau kenduri kahwin memang akan mencari air panas, selalunya teh tarik, tapi kali ni air kopi O yang dihidangkan. Selalunya kalau di kenduri kahwin, ia akan dihidangkan lewat selepas s…

Penggunaan Petrol Subaru XV STI

Imej
Semalam macam biasa tiba sahaja dari pejabat, Master akan cari makan malam.Kami tiba di rumah agak lewat, dalam lingkungan jam 9 malam, sebabnya kami bertolak lewat dari pejabat Master di Bangsar South kerana jalan yang sesak selepas hujan pada hari Jumaat. Lazimnya hari Jumaat memang akan sesak sebab bermulanya hari minggu di mana ramai manusia mencari tempat untuk berlibur, dan ramai juga yang memulakan perjalan keluar dari Kuala Lumpur untuk mencari tempat berehat.Master hantar Mommy ke rumah dulu kerana Mommy diet gula dan garam, manakala Master memerlukan makanan untuk mengisi perut yang agak kekosongan.Pada mulanya Master ke Gerbang Selatan untuk mencari sesuap nasi, tetapi kedai makan tersebut tutuplah pula. Akhirnya Master ke Nija untuk makan Roti Nan.Hendak dijadikan cerita, di situ Master terserempak dengan seorang pemilik XV STI.Berapa minyak XV kau pakai?Itu adalah soalan yang diajukan oleh pakcik tersebut kepada Master. Sambil itu dia memaklumkan bahawa XV milik beliau me…

Bicara Faiz Subri Menang PUSKAS

Imej
Tahniah diucapkan kepada Mohd Faiz Subri yang memenangi anugerah Puskas bagi gol terbaik di dunia pada tahun 2015.Setelah ditonton berkali-kali, memang pencabar yang lain kelihatan takkan mampu mencabar gol beliau itu, dan ia terbukti apabila peratus undian diperolehinya adalah 60%.Beliau telah menerima anugerah itu daripada Ronaldo dan Faiz Subri telah berucap menggunakan Bahasa Inggeris walaupun tidak fasih. Dia kemudiannya menyatakan bahawa dia dilarang menggunakan Bahasa Malaysia kerana tiada penterjemah.Kelakar pula membaca komen para manusia di Malaysia ini pasal penguasaan Bahasa Inggeris yang tidak fasih oleh Faiz Subri. Ia tidaklah menghairankan kerana orang Malaysia lebih omputeh daripada omputeh tu sendiri.Para pemain lain yang berucap menggunakan Bahasa Sepanyol atau Bahasa France tu sama juga tidak mampu berbahasa Inggeris, tapi tiada masalah bagi mereka. Kita ni pula yang lebih sudu daripada kuah.Jose Mourinho semasa mula-mula datang melatih kelab Chelsea pun Bahasa Ingg…

Anime: Prince of Tennis (Putera Tennis)

Imej
Tedi amat menyukai anime dari Jepun yang bertajuk Prince of Tennis (Putera Tennis). Ia mengisahkan tentang pemain tennis muda Jepun terutamanya watak utama Echizen Ryoma dan sekolahnya Seigaku.Kalau nak tonton anime Prince of Tennis ni, Tedi pergi ke YouTube sahaja, tapi tidaklah Tedi tonton habis sekaligus. Ada masanya Tedi akan tinggalkan ia buat beberapa lama sebelum Tedi sambung tonton semula. Ini adalah catatan episod yang Tedi dah tonton.Ada episod yang menarik terutama bab pertandingan, tapi ada masanya juga muncul episod selingan yang agak membosankan. Disertakan link buat kesenangan Tedi untuk tonton semua episod lepas.EpisodTajukSinopsisURL di YouTube141Seigaku berpecah-belah sejak pemergian jurulatih merekaTezuka kembali ke Jepun untuk menjadi jurulatih pengganti buat Seigaku, namun dicabar oleh beberapa pelatih untuk berlawan bagi membuktikan kredibilitinya sebagai seorang jurulatih di Kem Jemputan RemajaNyanyian khas oleh Seigaku sempena kehadiran TezukaAtobe versus Sanad…

Tuntut Insurans Selepas Bunuh Ibu

Imej
Kira-kira seminggu sebelum Krismas pada tahun 2015, Michael Gallagher hidup di bawah delusi bahawa apartment di Minneapolis yang didiami ibunya yang berusia 89 tahun dipenuhi pepijat. Ketika itu dia percaya bahawa ibunya menderita dan satu-satunya penyelesaian untuk mengusir penderitaan ibunya itu, seperti apa yang dimaklumkannya kepada pihak berkuasa, adalah dengan "menghantar ibunya ke syurga."Jadi dia membunuh Patricia Gallagher dengan memukul dan melemaskan ibunya di apartment tersebut.Ironinya, sekarang dia membuat tuntutan wang insurans hayat mendiang ibunya.Biasanya ia tidak akan berhasil.Di bawah undang-undang Minnesota berusia 41 tahun yang secara tidak rasmi dikenali sebagai "pembunuh statut," waris yang masih hidup dan "sengaja membunuh" seseorang tidak berhak kepada manfaat kematian. Apa-apa wang atau harta akan pergi kepada mangsa lain.Tetapi ini bukan kes biasa. Pada bulan Julai, hakim mendapati Gallagher, 63, tidak bersalah membunuh ibunya …

Tukar Bearing dan Minyak Hitam Saga BLM

Imej
Petang tadi Master balik lambat kerana ada penilaian prestasi kerja tahunan atau dalam bahasa Inggeris disebut appraisal.Terpaksalah Mommy dan Tedi menunggu Master di lobi pejabat beliau di Bangsar South. Jam 8 malam barulah Master menunjukkan batang hidung beliau yang mancung bak seludang tu kepada kami berdua.Sampai sahaja di lobby Master memaklumkan bahawa kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM yang semalam kami hantar kepada Pak Lang telah siap dibaiki, dan kami boleh menjemputnya di Batang Benar.Ganti Bearing Tayar Belakang KananKali ini Master meminta Pak Lang menggantikan bearing tayar sebelah kiri yang disyaki rosak, tetapi sebaliknya bearing yang rosak dan menghasilkan bunyi bising itu adalah bearing tayar belakang sebelah kanan kereta Proton SAGA BLM tersebut.Kos untuk satu unit rear wheel bearing tersebut cuma RM 55, jauh berbeza harganya berbanding di bengkel yang selalu kami singgah, iaitu RM 95.Jenama bearing yang kami gunakan kali ini ialah SKF dari Sepanyo…

Tali Pinggang Kulit Obermain

Imej
Sudah lama Master mencari tali pinggang.Hari itu semasa kami di Bangkok pun Master tercari-cari tali pinggang yang sesuai dan tahan lama, tapi tidak ketemu. Master berasakan bahawa tali pinggang di sana sama sahaja seperti yang dijual di AEON.Sebelum ini selalunya Master akan membeli tali pinggang di AEON dengan modal RM 30, tapi Master dah serik sebab tali pinggang itu selalu rosak.Jadi kali ini Master mencari tali pinggang yang diperbuat daripada kulit original.Ketika kami singgah di Johor Premium Outlet (JPO) dari kenduri di Batu Pahat, Master terus sahaja mencari tali pinggang dan kasut kerja. Akhirnya kami masuk ke butik Obermain. Hajat asalnya adalah untuk mencari kasut kerja Master namun macam tidak berbaloi.Akhirnya Master terserempak dengan tali pinggang Obermain ni yang dipotong 60%. Master beli dalam lingkungan harga RM60 jika tidak silap. Tali pinggang itu dibuat daripada kulit di bahagian hadapan dan kulit sintetik di belakang.Master kata tali pinggang Obermain itu terasa…

Kelemahan formasi 5-3-2 NUFC vs Birmingham

Imej
Rafael Benitez telah menggunakan formasi taktikal 5-3-2 menggantikan formasi 4-2-3-1 yang biasa digunakannya.Formasi 5-3-2 yang digunakan itu adalah amat janggal namun Rafa Benitez menegaskan bahawa dia perlu melindungi para pemain yang telah lama tidak bermain.Ini adalah kerana dia kehilangan Jonjo Shelvey yang telah digantung dan beberapa pemain yang bermain di Piala Negara-Negara Afrika.Dalam formasi 5-3-2 yang digunakannya itu dia meletakkan Achraf Lazaar dan DeAndre Yedlin sebagai pemain pertahanan-sayap, manakala Massadio Haidara diletakkan bersama Grant Hanley dan Jamaal Lascelles sebagai pemain pertahanan tengah tiga serangkai.Cheick Tiote, Jack Colback dan Vurnon Anita, diletakkan sebagai pemain tengah - di mana Tiote berperanan untuk memegang bola.Formasi 5-3-2 itu kelihatan berjaya pada 30 minit pertama apabila Daryl Murphy yang digandingkan bersama Aleksandar Mitrovic sebagai penyerang telah berjaya menjaringkan gol seawal 5 minit pertama.Namun formasi 5-3-2 itu mula goyah…

Merayau di Pasar Malam Taman Seroja

Imej
09-01-2016: Mencari Buah di Taman SerojaMalam ini Mommy ajak singgah ke Pasar Malam Taman Seroja.Ini adalah malam pertama kami singgah ke pasar malam tersebut pada tahun 2017 ini.Pada mulanya Master macam tak percaya Mommy ajak ke pasar malam yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi tu kerana Mommy kata dia nak diet dan masak makanan sendiri tanpa gula dan garam. Tapi apabila Mommy kata dia nak beli buah-buahan, Master terus membawa kami ke sana.Kali ini kami singgah ke gerai buah-buahan, gerai ikan dan makanan laut, gerai sayur, dan juga gerai makanan.Master beli laksa sebagai santapan pada malam ini. Mommy pula makan roti sahaja.Berikut adalah beberapa gambar yang Tedi sempat ambil menggunakan Huawei Honor:Harga Ketam Tempatan di Pasar Malam Taman Seroja, Rm 29.Harga ikan kerisi adalah RM 15Harga sayur-sayuran pula adalah dari RM 2 sehingga RM 10 mengikut jumlah bakul. Lebih berbaloi berbanding beli di TESCO.Di Pasar Malam Seroja juga tidak seukar mendapatkan rempah-ratus dan ulam-…