Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Kembara Kuching TAG: Hari Pertama

Kembara ke Kuching kali ini adalah untuk pergi ke kenduri kahwin bekas teman sepejabat Master.Master sebenarnya tak kisah pun pasal kenduri tu tapi sebab sebelum ni Mommy ada ajak ulàng kembara ke Kuching, maka Master pun berselorohlah ajak buat kembara ni.Lagipun Master prefer kembara yang ada orang lain boleh tangkapkan gambar. Kalau selfie pasti muka Master akan tak senyum sebab duk fokus nak snap gambar tu.Tup tup menjadi pula kembara ni.Tapi itinerary untuk kembara kali ni pun sama juga macam dulu, tak cukup jelas, maka ia mungkin satu lagi edisi kembara kenali Kuching. Kembara Kuching kali ini disertai oleh 7 orang dewasa, 1 kanak-kanak, dan 1 bayi.:: Melawat Muzium Kucing ::16 Disember 2017, Sabtu.Setelah mendarat dan melepasi pemeriksaan imigresen, kami pergi mengambil kereta.Sepatutnya kami sewa Exora tapi yang datang ialah Avanza, sedih betul. Punah harapan Master nak pandu uji Exora, tambahan sekarang Exora dah digantikan dengan Ertiga.Mungkin nantilah Tedi cerita pasal Ava…

Terbang ke Kuching dengan MAS

4:30 pagiBergerak ke Stesen ERL Salak Tinggi untuk letak kereta di sana.5:00 pagiTiba di Stesen ERL Salak Tinggi, tetapi kami terlepas keretapi jam 5:00 pagi.Terpaksa tunggu tren seterusnya jam 5:25 pagi.Sepatutnya kami tiba di KLIA pada jam 5:00 pagi untuk daftar masuk.Kami menunggu di Platform 4 untuk naik tren ke KLIA. Di platform ini juga orang ramai menanti tren ke KLIA 2.Master sempat topup kad Touch 'n Go di kiosk layan diri yang disediakan di Stesen ERL Salak Tinggi.Di hadapan Stesen ERL Salak Tinggi ni dah ada Le Park Sunsuria City Kota Warisan. Tak tahulah apa benda Le Park ni, mungkin ia Taman untuk orang melepak?Di Stesen ERL Salak Tinggi ni turut ada pusat kongsi basikal Sunsuria.5:25 pagiTren sampai. Stroller Aina sangkut semasa memasuki tren kerana ada ruang antara platform dan tren.Nasib baik ada pakcik yang telah tolong angkat stroller Nor Aina.5:48Kami daftar masuk di kaunter. Terpaksa check in di kaunter sebab ada baby.Jika tidak, boleh check in guna website ata…

Cek Maybank clear berapa hari?

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kita boleh gunakan wang yang dimasukkan melalui deposit cek Maybank?Sebelum ni Tedi hanya ada pengalaman deposit cek menggunakan mesin deposit cek CIMB sahaja.Ini adalah maklumat yang Tedi perolehi daripada laman web Maybank sendiri...Lama juga ek nak masukkan duit guna cek ni? Paling awal pun keesokannya selepas jam 10 malam kalau masukkan cek sebelum jam 4 petang... ish ish ish...Kalau selepas jam 4 petang pula, hari ketiga baru boleh merasa duit tu, pun selepas jam 10 malam... huhuhuNotis untuk Deposit Cek Maybank dan Masa Kesediaan DanaDana daripada cek akan tersedia dalam akaun Maybank si penerima seperti ketetapan berikut:Masa Deposit CekMasa Dana TersediaHari Bekerja sebelum jam 4 petang.Keesokannya (hari bekerja) selepas jam 10 malam(tertakluk kepada float clearance)Hari Bekerja selepas jam 4 petang.Tiga hari bekerja selepas jam 10 malam(tertakluk kepada float clearance)
Cek yang didepositkan pada bukan Hari Bekerja (Jumaat*, Sabtu, Aha…

Al Jannah Islamic, Nature & Science School: Gaji dan Ulasan

Imej
Latar belakangAl Jannah Islamic, Nature & Science School adalah sebuah perusahaan terletak di Negara Indonesia dalam bidang pendidikan dan latihan.Ia adalah sekolah berasaskan Islam, alam sekitar dan sains.GajiPurata gaji yang ditawarkan ialah 2.4 juta Rupiah iaitu dari 1.7 juta Rupiah hingga 2.0 juta Rupiah bagi jawatan Pendidik.Ulasan kerja di Al Jannah Islamic, Nature & Science SchoolAl Jannah Islamic, Nature & Science School adalah sebuah sekolah Islam, sekolah alam dan sekolah harian penuh.Malangnya kesejahteraan untuk tenaga pendidiknya masih kurang.Salah satu sekolah terbaik dan berkualiti, dimana kualiti para guru pun sangat diperhatikan.Mengajar mengenai keislaman dan mengenal alam.Penilaian:Gaji : 1*
Keseimbangan kerja dan hidup : 2*
Perkembangan kerjaya : 2*
Nilai dan budaya : 5*
Pengurusan senior : 2*

Usah dikunci stereng kereta itu

Imej
Mommy pernah berbicara bahawa pada suatu hari ada seorang ustaz datang ke pejabat beliau dan memberi ceramah.Salah satu ayat yang diungkapkan oleh si ustaz itu adalah, "cintanya, sayangnya manusia pada kereta sehingga ke kedai pun kunci stereng, padahal kereta biasa-biasa pun".Master yang memandu kereta biasa-biasa saja berasa agak sentap.Sentap bukan kerana kata ustaz tu kena batang hidungnya iaitu stereng kereta dikunci Master walau di mana pun, sekalipun di surau atau masjid, kerana cintakan kereta itu. Tapi Master sentap kerana kata ustaz tu agak kurang tepat.Master kunci stereng kereta itu hanya sebagai usaha tambahan untuk menjaga harta yang diamanahkan kepadanya, sebelum beliau bertawakal kepada Allah.Bukankah kunci kepada tawakkal adalah usaha?Bukankah masyhur kisah bagaimana Rasulullah SAW menyuruh seorang sahabat menambat haiwan kenderaan beliau ketika sahabat itu ke masjid?Master mengunci stereng kereta itu kerana cuba mengamalkan apa yang Rasulullah SAW pernah aja…

Harga Lampin Genki

Imej
Karangan kali ini Tedi dedikasikan khusus buat merekod harga lampin Genki. Lampin Genki ini menjadi pilihan Mommy untuk dipakaikan kepada Nor Aina memandangkan harganya murah dan kualitinya tidak mengecewakan.Lampin Genki ni tidak bocor apabila Aina berak.Tedi akan susun harganya berdasarkan tarikh ia direkodkan.Lampin Genki Tape Mega S82Ini adalah lampin bersaiz S dengan kandungan 82 keping lampin10 Disember 2017, TESCO Putra Nilai, RM 29.90

Harga Minyak Hitam Pennzoil di Malaysia

Imej
Tedi telah menemani Master cari minyak hitam full synthetic untuk Tok Abah. Bajet dalam RM 150, tapi Tedi dah tahu mustahil untuk dapat harga sebegitu.Sasaran kali ini adalah TESCO Putra Nilai dan stesen minyak Petronas di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi.Kali ini ada minyak hitam Pennzoil yang menambat hati Tedi untuk merekod harganya buat rujukan pada masa akan datang. Minyak Hitam Pennzoil Platinum Blitz semi synthetic 4 Liter10 Disember 2017, di TESCO Putra Nilai, harga minyak hitam ini ialah RM 112.90.

Maksud Bunyi Beep SmartTAG

Kepada para pengguna Touch 'n Go mesti mahu tahu apa maksud bunyi beep pada alat SmartTAG mereka.Di sini Tedi kongsikan maksud bunyi beep SmartTAG supaya anda takkan sesali nasib di kemudian hari.Bunyi beep harus diteliti tetapi jika tiada disebabkan mungkin oleh masalah speaker pada reader di pondok tol, baki kad yang dipaparkan pula perlu disaksi.Perlu ada tabiat dengar bunyi beep dan juga perhati baki yang dipaparkan.SmartTAG beep 1 kaliBeep sekali adalah perkara normal dan mungkin sudah difahami seantero Malaysia ia bermaksud transaksi anda telah berjaya.Bunyi beep ini bukan sahaja pada SmartTAG tetapi juga digunapakai pada reader kad Touch 'n Go.SmartTAG berbunyi lebih 3 kali dengan cepatIni maksudnya bateri SmartTAG lemah dan perlu ditukar.Masalahnya beep 3 kali ni tak konsisten, contohnya tol MEX mungkin tak berbunyi tetapi di NPE berbunyi selalu, dan bila diperiksa pada paparan SmartTAG, adakalanya bateri masih HI.Jika anda sanggup pertaruhkan kehenseman atau kejelitaa…

Tapak Sulaiman Bernafas Melalui Apa?

Karangan ini adalah berkenaan cara Tapak Sulaiman bernafas.Tapak Sulaiman bukan seperti seekor ikan yang memerlukan insang untuknya bernafas.Tapak Sulaiman bernafas melalui kaki mereka.Tapak Sulaiman mempunyai kaki-kaki yang mempunyai tiub-tiub yang terdiri daripada tisu-tisu nipis yang membolehkan gas melaluinya dengan mudah.Tiub kaki dan juga papulae (lubang-lubang kecil pada seluruh bahagian badan Tapak Sulaiman) mengangkut gas oksigen daripada air laut kepada tisu-tisu, dan juga mengangkut gas karbon dioksida daripada tisu ke air laut.Papulae pula mepunyai cilia halus (struktur seperti bulu halus) di bahagian luar dan dalam yang menyebarkan air laut di atas tisu.Secara asasnya boleh dikatakan bahawa pernafasan Tapak Sulaiman berlaku melalui proses endosmosis oksigen dan exosmosis karbon dioksida melalui tisu di tiub kaki mereka yang bertindak sebagai membran separa telap.

Kembara Ekstrem Geng Serai

Imej
Geng Serai adalah satu kumpulan berbasikal orang Eropah yang ditaja dan melakukan satu ekspedisi kembara kayuhan basikal sejauh 2000 (dua ribu) kilometer dari Bangkok ke Singapura sekitar tahun 2005.Tujuan kembara mereka adalah untuk mengutip dana bagi membantu mangsa Tsunami Thailand 2004.Dari mana mereka memperolehi nama Geng Serai? Kerana serai adalah ramuan utama dalam masakan Tom Yam atau di kalangan omputeh disebut Tom Yum, jadi maksud nama Geng Serai tersebut adalah merujuk kepada kumpulan berasal dari Thailand. Mereka bukanlah orang Thailand jadi nama itu merujuk kepada di mana kumpulan itu diasaskan.Selain itu maksud Geng Serai adalah "sekumpulan manusia yang bercita-cita tinggi tetapi kekok dalam hubungan bermasyarakat".Agak pelik juga maksud nama Geng Serai tersebut memandangkan mereka boleh bersosial dengan baik. Atau adakah mungkin mereka maksudkan yang mereka ni bersosial sesama bangsa mereka sahaja?Geng Serai dianggotai oleh Tom, Sarah dan Adam serta beberapa …

Aku yang berdosa

Lagu ini dinyanyikan oleh Shahir AF8 dan dicipta oleh Shamril bin Mohd Salleh (Sham Kamikaze), seorang artis yang telah berhijrah.Tidak hairanlah lagu ini sebagai sebuah lagu ketuhanan sesuai dengan hajat Sham Kamikaze untuk menghiburkan umat sambil memberi pendidikan.Liriknya adalah straight to the point tentang rintihan seorang hamba kepada Tuhannya.Lirik Lagu Aku Yang Berdosa – ShahirSejauh mana
Langkahku di sana?
Aku melupakan-MuSeluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-MuSegalanya dusta
Gelap mengaburi kuYa Allah
Apa yang bisa ku tebus kepada-Mu atas dosaku?Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud untuk ke syurga-Mu***Segalanya dusta
Gelap mengaburi kuYa Allah
Apa yang bisa ku tebus kepada-Mu atas dosaku?Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud untuk ke syurga-MuKomen Tedi:"Apa yang bisa ku tebus kepada-Mu atas dosaku?"Ungkapan ini adalah satu persoalan kepada diri dan meminta bantuan Allah subhanahu wa ta'ala untuk berubah ke arah kebaikan dengan menjauhi dosa dan memad…

Aina Jumpa Pakar Jantung Kanak-Kanak Hospital Serdang

Imej
Karangan ini berkenaan temujanji bayi Nor Aina dengan pakar jantung kanak-kanak di Hospital Serdang yang telah ditetapkan pada jam 9 pagi tadi.Tempat Letak Kereta TerhadMengambil Nombor PanggilanBertemu Doktor Pakar KardiologiBertolak ke Hospital SerdangKami bergerak ke Hospital Serdang dari Sepang pada jam 8 pagi.Perjalanan kami merentasi Jenderam, Jalan Md Zain, Persiaran Selatan hala Alamanda, kemudian masuk ke SKVE dan keluar di susur keluar Hospital Serdang (T).Tempat Letak Kereta TerhadPada masa itu jam baru 8.30 pagi, agak cepat kami sampai kerana sekarang adalah musim cuti sekolah, tetapi kereta-kereta telah kelihatan berderet-deret diletakkan di tepi dan di tengah jalan besar... jalan besar tau, bukan jalan kecil.Apakah semua ini? Hospital Serdang punyalah besar tapi tempat letak kereta bertingkat tiada. Secara resamnya, tempat letak kereta bertingkat pasti akan dibina nanti apabila pulangan keuntungan daripada pembinaannya adalah positif.Master turunkan Mommy dan Aina di tem…

Felda United Tidak Pernah Sambil Lewa

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Felda United menafikan bersikap sambil lewa dalam menguruskan permohonan lesen untuk beraksi dalam Liga Super musim depan, sebaliknya menegaskan mereka tidak pernah gagal mengaudit akaun serta sentiasa menjaga kebajikan pemain.Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC), Datuk Mohd. Isa Abu Kasim hari ini tampil menjelaskan kronologi mengapa mereka gagal mendapatkan lesen daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hingga terpaksa ‘turun pangkat’ beraksi dalam Liga Perdana musim depan.“Pada 26 September 2017, FAM telah memberi tanda aras bagi penyerahan dokumen kepada Felda United sebanyak 99 peratus. Baki satu peratus adalah berkaitan hal Laporan Kewangan 2016 yang beraudit dan Laporan Kewangan Interim (Pengurusan Akaun) Januari hingga Julai 2017 yang tidak diserahkan.“Mesyuarat ‘Appeals Body’ (Badan Rayuan) AB diadakan pada 28 September 2017 telah memutuskan tarikh akhir penghantaran semula semua dokumen pada 16 Oktober 2017 jam 12 tengah hari.“Feld…

Pengalaman Bekerja di The Chicken Rice Shop

Imej
Pengalaman kerja beberapa orang pekerja di The Chicken Rice Shop.Menurut bacaan Tedi di wikipedia didapati bahawa The Chicken Rice Shop ni bukan sahaja gah di Malaysia tetapi telah menjangkau ke pasaran antarabangsa. Jadi kepada mereka yang mencari kerja di luar sana, Tedi berasakan syarikat ini berpotensi untuk kembangkan kerjaya anda bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi ke luar negara juga.Jika anda asset terbaik syarikat, tidak mustahil mereka hantar untuk bantu perniagaan mereka di sana? Di bawah ini adalah senarai pengalaman beberapa orang pekerja The Chicken Rice Shop.Sangat gembira bekerja sebagai krew restoran di The Chicken Rice Shop cawangan NU Sentral. saya bekerja mengambil pesanan dan menghantar makanan kepada pelanggan. Pihak pengurusan juga sangat bagus. 28 November 2017NU SentralBekas pekerjaTempat yang seronok untuk bekerja. The Chicken Rice Shop menawarkan masa kerja fleksibel, tidak menekan dan pasukan pengurusannya sangat memahami. Setiap tahun ada sesi team buil…

Lukisan Pensil: Kereta

Imej
Kelakar pula menatap kartun kartunis LAT ni yang mengisahkan keadaan apabila kereta Proton SAGA muncul di Amerika Syarikat. Ia menggambarkan Proton SAGA sebagai kereta kecil kompak yang mungkin kini lebih sesuai dikaitkan dengan Perodua Kancil, Perodua Viva, dan Perodua Axia.Gambar lukisan pensil kereta dua dimensi (2D) dari pandangan tepi menampakkan lampu depan, bumper depan, cermin sisi, tayar, pintu, tingkap, bumbung, ekzos, dan asap kereta. Asap kereta pun termasuk juga ka?Gambar di bawah ini menunjukkan lukisan pensil yang dikatakan adalah paten kepada kereta hatchback Honda yang bocor pada tahun 2016. Kereta apakah itu ya?Lakaran kereta futuristik dengan pensil sahaja.Hahaha, memang susah nak jumpa lukisan pensel kereta Proton SAGA lama seperti kartun di bawah ini.Lakaran pensil sebuah kereta lama iaitu Proton SAGA siap dengan body kit lagi. Pasti tak lepas lalu taman Tedi ni....Lakaran pensil sebuah kereta konsep Proton iaitu Proton Tuah atau Espire. Tampak menarik juga kalau …

Kenapa Najis Bayi Berwarna Hijau

Imej
Karangan kali ini adalah tentang si bayi Nor Aina yang warna tahinya kini berwarna hijau.Kenapakah tahi bayi boleh berwarna hijau?Berikut adalah jawapan yang Tedi perolehi melalui laman sesawang di serata dunia. Pemakanan sayuran hijau oleh bayi atau ibunya yang menyusu badanPengambilan titisan atau makanan tambahan yang kandungi zat besi.Terlalu banyak foremilk bagi bayi yang menyusu badan sahaja.Jangkitan Mungkin bayi alami jangkitan kuman dalam perutnya. Bayi perlu mengambil antibiotik untuk meredakan jangkitan kuman tersebut.Jagnkitan kuman dalam usus pun boleh sebabkan najis hijau.Jangkitan kuman selalunya disertai dengan demam.Cirit-birit Najis hijau berair dengan bau busuk adalah tanda kurangnya pergerakan dalam badan bayi disebabkan virus.Jika najis disertai lendir, lebih baik merujuk kepada doktor paedatrik.Penukaran jenis susu formula Bayi boleh membentuk tindak balas alahan terhadap jenama susu formula tertentu lantas menghasilkan najis hijau.Rujuk doktor paedatrik anda.Tumb…

Wakaf Lama vs Wakaf Baru di Hospital Putrajaya

Imej
Karangan kali ini adalah berkenaan gambar dua buah wakaf yang Tedi nampak di taman permainan Hospital Putrajaya.Ini adalah gambar yang Tedi telah ambil dan gayakan semula semoga ia nampak legend, hehe.Ini adalah hari di mana Aina dihantar ke jabatan kecemasan Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan kahak dan lendir pada saluran pernafasan.Tedi tajukkan gambar ini Wakaf Lama vs Wakaf Baru sebab ada dua buah wakaf di sana yang dibina dengan material berbeza dan mungkin pada masa berbeza.wakaf Lama tampak usang, beratapkan nipah, manakala Wakaf Baru menggunakan material pada zaman sekarang.Wakaf adalah lebih kurang maksudnya pondok tempat berehat. Ia dipanggil wakaf mungkin dengan dua sebab:Wakaf bermaksud berhenti, di mana ia tempat orang berhenti untuk berehat.Bagi harta pula ia bermaksud berhenti menjadi harta, kerana harta yang diwakafkan sudah tidak layak untuk kita kutip hasilnya.Pada zaman dahulu kala orang wakafkan pondok mereka untuk orang ramai berhenti berehat memandangkan p…

Bagaimana Tangani Suhu Tinggi pada Bayi

Bagaimana Mengurus Suhu Tinggi pada BayiMalam ini suhu Nor Aina ialah 37.5 darjah Celcius. Umurnya ialah 9 bulan. Dia sedang mengalami masalah kahak, batuk-batuk, dan muntah. alhamdulillah setakat semalam Aina tidak demam. Tetapi suhunya pada malam ini agak membimbangkan.Suasana bilik sangat sejuk, jadi agak pelik jika badan Nor Aina panas.Jadi pada malam ini Tedi mengkaji sedikit pasal suhu tinggi pada bayi, kesemuanya dalam beberapa seksyen seperti:PendahuluanPerkara yang perlu dipastikanApakah suhu yang mungkin ditunjukkan oleh bayi?Bila masa sesuai untuk ukur suhu badan bayi?Kaedah mengukur suhu badan bayi.PendahuluanSebagai ibu bapa, kita pasti bimbang dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila melihat bayi bertukar menjadi merah, badannya panas, dan berpeluh.Suhu yang tinggi boleh menjadi petunjuk tentang pelbagai kemungkinan penyakit atau masalah. Apabila bayi anda mengalami peningkatan suhu, pastikan anda tahu cara menguruskan suhu bayi yang tinggi.Ia menakutkan apabila s…

Formasi 5-3-2 dan 4-2-4 Watford kalahkan formasi 4-4-2 NUFC

Imej
Karangan kali ini adalah mengenai formasi bolasepak dengan fokus kepada kekalahan terakhir pasukan Newcastle United kepada pasukan Watford.Pasukan Newcastle United Football Club telah mengubah formasi mereka daripada formasi 4-2-3-1 kepada formasi 4-4-2. Mungkin ini adalah satu taktik untuk mendapatkan lebih banyak gol.Pasukan Watford pula menggunakan formasi bertahan 5-3-2 di mana lapan orang pemain mereka bertahan di hadapan gol. Keadaan ini jelas membantutkan serangan Newcastle United.Apabila Watford mendapat bola melalui pertahanan mereka, serangan balas terus dilakukan melalui hantaran bola jarak jauh.Kebanyakan serangan Watford adalah melalui bahagian sayap kiri mereka menembusi pertahanan kanan Newcastle United Football Club sebab pemain pertahanan kanan the Magpies iaitu Yedlin suka naik ke atas menyerang. Tabiat ini disedari pengurus Watford lalu menggunakannya dengan baik.Serangan balas Watford adalah menggunakan formasi serangan 4-2-4, satu formasi yang pelik tapi menjadi.M…

Tambah Nilai Touch 'n Go Online

Imej
Karangan ini adalah untuk menjawab soalan-soalan di bawah:Bolehkah reload Touch 'n Go secara online?Bagaimana topup Touch 'n Go menggunakan Maybank2u?Tidak boleh reload Touch 'n Go melalui online bankingStraight to the point kan jawapan Tedi tu? Hehe.sebenarnya pada suatu masa dahulu boleh topup Touch 'n Go menggunakan sistem perbankan atas talian. Touch 'n Go memperkenalkan produk Quik2Go untuk tujuan itu. Tedi tak pastilah sama ada ia dieja Quick2Go atau Quik2Go?Tedi pun tak pasti pada tahun bilakah produk itu diperkenalkan, namun apa yang pasti ia menemui kegagalan dan tidak diteruskan. Kenapa ia gagal? Mungkin kerana pengguna terpaksa membeli peralatan khusus untuk topup kad TNG. Atau mungkin juga teknologi internet Malaysia pada masa itu tidak canggih? Atau mungkin sahaja idea itu terlalu jauh mendahului masa?Apa-apa pun Touch 'n Go kena faham, rakyat Malaysia tak suka membayar untuk perkhidmatan yang mereka perlukan. Nak topup kad TNG kena bayar pula, apa …

Masalah VW POLO Highline

Imej
Kereta VW yang paling bermasalah di kalangan pemilik kereta VW adalah kereta VW Jetta.Namun ia diekori rapat oleh Volkswagen Polo, walaupun kereta VW Polo telah dipilih sebagai kereta terbaik dunia pada tahun  2010 (World Car of the Year).Semua pemilik kereta VW Polo Tak kiralah sama ada edisi lama 6n Polo atau 9N3 Polo classic 1.6 atau 2.0L Highline, atau kereta terbaru Polo Vivo 1.4 Trendline, atau kereta hatchback 1.4TDI Highline atau kereta sedan 1.5TDI Comfortline, atau kereta hatchback 1.2TSI Highline, atau Polo BlueMotion atau Polo GTI, atau CrossPolo, juga Polo 6R, sama ada kereta manual atau auto, pemilik kereta VW Polo akan mengalami sebahagian atau kesemua masalah yang akan Tedi senaraikan di bawah pada satu masa atau ia akan berturutan dari satu masalah ke masalah yang lain.Seorang pemilik VW Polo 2.0L Highline secara peribadi telah mengakui mengalami kebanyakan masalah tersebut dan dia mengatakannya adalah satu masalah biasa kerana dia telah menemui ramai pemilik kereta V…

Wajah Malaysia Harmoni di Hospital

Tedi sukakan suasana di hospital, terutamanya hospital kerajaan.Mengapa Tedi sukakan suasana di hospital? Padahal di hospital kita melihat orang kesakitan, kesusahan, dan dalam kesedihan.Ini adalah kerana di sebalik kesakitan, kesusahan, dan kesedihan itu menjelmakan satu sisi masyarakat majmuk Malaysia.Ketika warga politikus sibuk mencanang politik sempit perkauman, hospital kerajaan menyerlahkan wajah keharmonian masyarakat pelbagai kaum.Kenapa pula lebih kepada hospital kerajaan? Bagaimana pula dengan hospital swasta?Kita sedia maklum di hospital kerajaanlah warga Malaysia yang tidak berduit mengadu nasib. Lebih mudah kita boleh kata di hospital kerajaan ni orang-orang susah berkumpul.Berbeza dengan di hospital swasta di mana keselesaan diberikan sesuai dengan bayaran yang dikenakan.Pesakit berkongsi bilik di hospital kerajaan, manakala di hospital swasta mungkin sahaja duduk bilik sendiri-sendiri.Ketika berkongsi wad di hospital kerajaan para pesakit saling bertanya khabar tak kir…

Nor Aina di Jabatan Kecemasan Putrajaya kali kedua

Pagi ini Mommy dan Master memutuskan untuk membawa si bayi, Nor Aina ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.Ini adalah kerana Aina masih sukar bernafas, masih batuk-batuk, dan juga muntah-muntah.Aina juga semakin tidak aktif, mungkin kerana banyak kehilangan air dalam badan. Master telah membancuh susu cair buat Aina tetapi setiap kali dia minum, dia akan muntahkan semula.Susu cair yang Tedi maksudkan adalah bancuhan susu dengan lebih banyak air, bukannya susu isian cair yang orang guna untuk buat kek atau air Batu campur tu.Sampai sahaja di Hospital Putrajaya, Aina dibawa ke Jabatan Kecemasan Dan Trauma kerana kes asma Dan sukar bernafas dikategorikan sebagai kes kecemasan bermakna kita boleh menerima rawatan 24 jam sehari.Sekarang Nor Aina sedang menerima rawatan kabus menggunakan nebulizer dan kami masih menunggu apa kata doktor.Mommy dan Aina dalam zon separa kritikal, manakala Tedi dan Master menanti di luar.

Aina dirawat guna nebulizer kali ke-4

Imej
Malam semalam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah kami singgah ke klinik sebab Nor Aina kelihatan sukar untuk bernafas.Aina bernafas gunakan mulut, manakala kedengaran bunyi kuat daripada hidung dan paru-paru.Aina juga batuk-batuk dan muntah-muntah banyak kali. Aina diberikan rawatan kabus menggunakan nebulizer, kali ini dia tak menangis malahan dia memegang nebulizer tersebut.Doktor suruh kami datang semula ke sana untuk rawatan kabus menggunakan nebulizer pada jam 10:30 malam jika keadaan Aina berulang semula.Kos rawatan adalah RM 73 termasuk dua botol ubat radang dan asma.Pada jam 10:30 malam Aina tidur dan keadaannya nampak stabil.

Pesta Makanan Thailand-Malaysia di KIP Mall Kota Warisan

Imej
Karangan kali ini akan menceritakan pengalaman Tedi sekeluarga terjah KIP Mall Kota Warisan pada 19 November 2017, iaitu hari Ahad yang lalu.Tujuan kami ke sana adalah untuk merasai pengalaman makan makanan Thailand di Festa Makanan Thailand Malaysia yang diadakan selama seminggu di sana. Tedi tak tahu nak cerita apa kerana Tedi ada projek lain perlu disiapkan, jadi Tedi biarkan sahaja foto-foto di bawah berbicara.Kambing Bakar atau Kambing GrillKambing Bakar pun mengganas di Pesta Makanan Thailand Malaysia tersebut.Aiskrim GulungMemang nampak sungguh kepakaran abang tersebut menggulung aiskrim, tetapi pada harga MYR5 atau MYR 6, macam mahal sangatlah pula.Thailand-Malaysia Food FestPesta Makanan Thailand Malaysia ini adalah sesi jelajah Food Street yang diadakan dengan tema Sekolah Jalanan.Ia memberi peluang kepada para peniaga untuk belajar praktik niaga di jalanan.Somtam dan Tom YamAis Cream Kelapa Original ThailandPelbagai Jenis KerabuOrang Thailand memang popular dengan pelbagai …