Alamak, selepas berkomentar tentang kenapa kita perlu angkat pengelap (windshield wiper) kereta, datang pula pertanyaan bertalu-talu tentang wiper kereta getah lawan wiper kereta silikon seperti bertih digoreng.

Pertama, kawan-kawan Tedi nampaknya bertanya kepada seekor beruang yang tidak mempunyai kepakaran. Tapi sebagai seekor Google berjalan, Tedi akan cuba menjawab persoalan itu.

Sama-sama kita merungkai jawapan kepada misteri tersebut.

Sebelum Tedi pergi lebih lanjut, kita perlu mengetahui perkara-perkara asas terlebih dahulu.

Apakah itu silikone?

harga wiper silikone Malaysia, pengedar dan penjual borong wiper silikone, gambar gadis mahasiswi terlampau sedang asyik berasmara

Ini adalah maksud silikone daripada wikipedia:

Silikone adalah sejenis sebatian mudah lentur yang mengandungi ikatan silikon-oksigen dan silikon-karbon; ia digunakan secara meluas dalam aplikasi seperti implan payudara buatan dan kanta lekap. Silikone juga digunakan dalam aplikasi-aplikasi lain.

Silikone vs getah

Silikone mempunyai ciri keanjalan sama seperti getah.

Silikone lebih kalis haba, kalis bahan kimia, kalis kulat, kalis ultraviolet, dan lebih tahan serangan ozon jika dibandingkan dengan getah biasa.

Silikone adalah penebat haba yang baik berbanding dengan semua jenis getah.

Silikon lebih tahan dalam kepanasan yang tinggi, manakala getah mudah koyak apabila terdedah kepada kepanasan melampau.

Wiper silikone lebih bagus?

Setelah membaca kesemua penjelasan di atas tentulah kawan-kawan sudah dapat menjawab soalan asas ini kan?

Tentulah wiper silikone lebih bagus berbanding pengelap cermin kereta yang diperbuat daripada getah.

  1. Wiper kereta berjenis silkone adalah lebih tahan lama berbanding wiper kereta daripada getah kerana silikone tahan haba dan bahan kimia.
  2. Wiper getah adalah lebih lembut, tapi jika dicari dengan betul dan mungkin beli wiper silikone yang berjenama, kita akan dapat wiper yang tahan lama walaupun lembut terhadap cermin kereta.
  3. Wiper silikone yang keras akan menghasilkan bunyi dan tersangkut-sangkut pada cermin hadapan apabila dipasang ketika cermin kering.
  4. Walaupun wiper silikone yang lembut digunakan, cermin kereta mungkin akan calar disebabkan pasir dan debu yang terkumpul pada bilah wiper silikone. Oleh itu adalah penting untuk selalu mengelap bilah wiper silikone tersebut.
  5. Wiper silikone di Malaysia boleh didapati dari lingkungan harga RM 10 sehingga RM 80. Wiper silikone RM 10 di pasar malam ada yang membawa masalah kepada pengguna, tapi ramai juga yang berpuas hati.

Pengalaman kami dengan wiper silikone

Kami pernah gunakan 3 wiper silikone pada Proton SAGA BLM kami. Wiper pertama dan ketiga berfungsi dengan baik, manakala yang kedua meninggalkan kesan kepada cermin hadapan kereta (windshield).

Harga dalam lingkungan RM 15 sebilah, dibeli di pasaraya Mydin USJ.

Jika kawan-kawan mendapati ia hasilkan bunyi dan tersekat-sekat ketika air sedikit, tukar sahajalah...

Itu sahaja dan selamat mencuba.