Tukar minyak gear dan baiki brek Proton SAGA BLM

Sepatutnya kereta Proton SAGA BLM milik Mommy diservis major pada hari ini.

Gambar spyshot Proton SAGA BLM R3
Kereta Konsep Proton SAGA BLM R3?


Tapi sampai di bengkel sana mereka suruh tunggu sampai  perbatuan kereta itu cecah perbatuan minyak hitam yang baru ditukar iaitu 5000 kilometer.

Tapi Master suruh tukar minyak gear juga sebab dah lama tak tukar.

Selain itu mereka turut periksa masalah brek yang Master ajukan. Selepas diperiksa mereka mendapati macam-macam masalah pada brek, patutlah Master kata kereta tu macam susah nak berhenti.

Masalah yang wujud adalah:

  • Pam brek belakang sudah rosak.
  • Dram brek belakang calar, perlu dilicinkan (skim)
  • Bearing perlu ditukar sepasang kerana semasa skim brek, bearing terpaksa dibuka, jika dipasang semula takut rosak.
  • Cakera brek depan sebelah kanan juga perlu dilicinkan.

Selepas melalui proses perbincangan yang panjang, dapatlah harga RM 750 (tujuh ratus lima puluh ringgit sahaja). Master tak pandai menawar, tapi muka Master yang kelat itu mungkin menyebabkan si tauke tu berasa kasihan.

Ini adalah harga yang Master terpaksa bayar untuk baiki Proton SAGA BLM tu:

  1. Brake & Cluct Fluid DOT4 (cecair brek dan klac) = RM 17.45 x 2 = RM 34.90
  2. Skim Disc = RM 80 x 1 = RM 80
  3. Labour Charge (upah buruh) = RM 60
  4. Labour Charge Skim Drum (upah buruh skim drum) = RM 50 x 2 = RM 100
  5. Manual Transmission Oil (minyak gear manual) = RM 42 x 2 = RM 84
  6. Bearing Kit = RM 95 x 2 = RM 190
  7. Pad Set Front Brake (set pad brek depan) = RM 141
  8. Brake Pump (pam brek) = RM 30 x 2 = RM 60
gambar resit harga tukar bearing tayar belakang Proton SAGA BLM
 

Tak nak baiki, Master dah lama agak ada masalah dengan tayar kereta tu. Baikilah sementara boleh. Nanti tak boleh pula hantar Tedi ke sekolah kalau kereta tu rosak.

Lagi 4000 (empat ribu) kilometer, kereta tu perlu diservis. Tapi pada masa tu tak perlu dah tukar minyak gear (20000 kilometer) dan minyak brek.

Lupa pula nak tanya minyak brek perlu ditukar setiap berapa kilometer?

Nampak gaya Master kena buat tabung khas untuk kereta Mommy tu....

Ulasan

Trending