Hari ini hari ke-4 kami melancong ke Bangkok dalam Travelog Bangkok T16K. Salah satu aktiviti pada hari ini adalah pergi ke Pasar Minggu Chatuchak (Chatuchak Weekend Market) iaitu katanya pasar terbuka terbesar di Bangkok. Tetapi sempena tajuk kiriman ini, Tedi akan fokuskan kepada gambar perabot kayu yang Tedi perasan di sekitar pasar minggu tersebut.

Google StreetView menunjukkan salah satu suasana di sekitar Pasar Minggu Chatuchak

Gambar pada jam 14:31 dan bertarikh 27 November 2016 di bawah ini adalah 3 keping gambar yang Tedi sempat ambil semasa kami mengejar teksi untuk pulang ke kawasan hotel setelah membeli-belah dan menjelajah Pasar Minggu Chatuchak di bandaraya Bangkok di negara Thailand.

Gambar kerusi bar kayu di depan sebuah kedai perabot di Chatuchak Thailand # 20161127 #

Gambar meja bar kayu ini diambil di sebuah kedai di seberang jalan bertentangan dengan Chatuchak JJ Mall.

Hajatnya, Mommy berkenan nak tempah perabot seperti ini untuk diletakkan di dapur supaya ada tempat untuk kami duduk makan jika tidak ramai orang di rumah.

Selain itu ia sesuai menjadi tempat duduk untuk bergosip di dapur.

Master sudah bertanya kepada kawannya jika perabot sebegini boleh ditempah. Suami kawan Master tu bersedia menerima tempahan dan akan mengemukakan rekaan, ukuran dan sebut harga tidak lama lagi.