Hasil daripada kiriman Tedi perihal pengalaman kami menjamu selera di "Chef Belanga Merecik", hadir pula seorang kawan bertanya contoh ayat yang boleh dibina daripada perkataan "periuk".

Apa punya soalankah itu? Hehe...

Namun setelah lama berfikir, merenung... Tedi terpanggil untuk menjawab soalan itu. Semoga ada betul pandangan Tedi ni, dan jangan ditiru bulat-bulat lah ya.

pictures of pan and pot washing tips

Sumber gambar: Petua Cuci Kuali dan Periuk

Mari Tedi simpulkan perihal periuk ni.

  1. Periuk amat sinonim dengan perbuatan memasak. Tapi bukan semua perbuatan memasak itu sesuai menggunakan periuk.
  2. Periuk sesuai digunakan untuk memasak sesuatu yang berkuah atau menggunakan air iaitu sama ada melalui cara "menanak", "merebus", dan juga "mengukus".
  3. Menanak secara umumnya bermaksud "memasak nasi (dalam periuk, dengan direbus saja tidak dikukus)". Ia memang digunakan untuk memasak nasi, dan Tedi tak pernah jumpa pula penggunaan kata kerja "menanak" untuk bahan-bahan lain.
  4. Merebus secara umumnya bermaksud "mengolah bahan makanan dengan merendam bahan atau masakan ke dalam air yang panas", dalam English disebut "boil".
  5. Mengukus secara umumnya membawa makna "memasak menggunakan wap air", dalam English disebut "steam".
  6. Belanga adalah "saudara-mara" kepada periuk, cuma rupanya berbeza sedikit dan selalunya diperbuat daripada tanah liat.
  7. Perkataan "periuk belanga" selalu juga digunakan untuk menggambarkan kewujudan banyak periuk.
  8. Periuk diperbuat daripada sejenis metal, mungkin alumunium atau besi stainless. Tedi baru tahu bahawa kuali juga adalah sejenis periuk. Benarkah itu?
  9. Periuk disebut "pot" dalam English. Tapi "teapot" pula bermaksud teko dalam Bahasa Melayu.

Sumber gambar: Nostalgia Belanga Tembaga

Contoh ayat daripada "periuk"

Okay, setelah disimpulkan perihal periuk, bolehlah kita membina ayat menggunakan perkataan "periuk" tersebut.

  1. Ibu menanak nasi lemak menggunakan periuk nasi elektrik berjenama Toshiba.
  2. Nenek merebus ubi kayu itu di dalam sebuah periuk yang besar.
  3. Jamilah mengukus kuih pau itu di atas tudung periuk yang dilubangkan dan diletakkan di atas sebuah periuk berisi air.
  4. Yusof Haslam membantu Jamal Abdillah mencuci periuk belanga yang bersusun-susun di kenduri kahwin anak Safee Sali itu.
  5. Hingar bunyi berdetung-detang di dapur apabila anak-anak Mak Su Fatimah mengetuk periuk di dapur.

Label: menanak bina ayat, bina ayat menanak, contoh ayat menanak, periuk apa bina ayat, merebus bina ayat, mengukus bina ayat.

20161210