1. Pasti ramai rakyat Malaysia sudah mengetahui akan kewujudan perkhidmatan telco webe.
  2. webe adalah anak syarikat TM Berhad.
  3. TM beli syarikat telekomunikasi P1 dan kemudian menjenamakan semula P1 kepada webe.
  4. Mungkin TM tidak mahu nama buruk P1 terpalit kepada webe, di mana P1 sinonim dengan kelajuan capaian rangkaian telekomunikasi yang perlahan.
  5. Tedi beruntung kerana sempat menjadi pengguna pioneer kepada pelan webe, iaitu sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Akaun pioneer ini ditawarkan kepada pelanggan TM dan P1 yang terpilih. Bagaimana kami dipilih? Tidaklah Tedi mengetahui kaedahnya.
  6. Selepas menjadi pengguna pioneer webe ini, soalan pertama yang sering ditanyakan kepada Tedi adalah, apakah setting APN webe?
  7. Kali ini selepas pelan webe ditawarkan secara rasmi dan terbuka kepada orang ramai, soalan yang sering ditanya ialah, "Bagus ke pelan webe ni?"
  8. Ia adalah satu soalan yang mencabar untuk dijawab pada ketika ini. Jika mereka bertanyakan soalan yang sama sebelum webe ditawarkan kepada orang ramai, tentu sahaja Tedi dengan yakin akan menjawab, "sangat bagus!".
  9. Malahan, itulah jawapan Tedi kepada beberapa teman sebelum ini.

Biar sahaja gambar berbicara...

  1. Kali ini Tedi tidak mampu memberikan jawapan sedemikian lagi. Tapi Tedi bolehlah komen sedikit sebanyak secara rumusan sahaja. Selebihnya, biarlah gambar yang Tedi sertakan ini berbicara.
  2. Kita pergi kepada kelebihan webe terlebih dahulu. Ia sangat laju di kawasan tertentu, dan ia lebih laju berbanding wifi unifi di rumah kami!
  3. Ia lebih laju berbanding Celcom walaupun khabarnya ia menumpang Celcom. Master adalah pengguna Celcom First 38 dan dia berdoa bahawa rangkaian itu akan bertambah laju selepas perkhabaran bahawa Celcom sedang menambah baik perkhidmatan mereka.
  4. Menggunakan webe di kawasan statik adalah sangat memuaskan.
  5. Tapi apabila Tedi gunakan ia untuk aplikasi Waze, ia agak mengecewakan kerana kadangkala ia akan hilang capaian. Apabila gunakan Celcom, masalah itu sangat jarang dihadapi. Untuk memulihkan masalah ini, Tedi set supaya telefon tidak mencari rangkaian secara automatik, sebaliknya Tedi set kepada WCDMA sahaja.
  6. Kelajuan terpantas pernah Tedi capai menggunakan webe adalah 14.60 Mbps untuk download dan 5.43 untuk upload, iaitu di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi. Manakala kepantasan rangkaian Unifi yang Tedi langgani hanyalah 4.67 Mbps untuk download, dan 4.73 untuk upload.
  7. Setakat ini untuk bermain Summoners War ia amat pantas, download apps dan kemaskini apps pun laju.
  8. Kalau harganya RM79, memang berbaloi untuk menggunakannya, tapi kalau anda dapat harga RM 229, Tedi pun tak mahu melanggani webe.
  9. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera, tepuk poket tanya bajet.... sekian,
Gambar kelajuan capaian rangkaian telco webe.
Gambar tangkap layar yang menunjukkan kelajuan capaian rangkaian telco webe. Talian ini kemudiannya dijenamakan semula sebagai unifi mobile.

20161118