Kecantikan adalah faktor penting yang mempengaruhi tahap keyakinan dan personaliti seorang wanita.

Masalah kulit berminyak boleh menghadirkan masalah kulit kusam kerana kehadiran minyak pada kulit akan menarik banyak kotoran.

Tedi temui banyak produk kecantikan yang mahal harganya di pasaran, tapi tidak memberikan hasil yang memuaskan.

Gambar petua semulajadi tradisional mengatasi masalah kulit berminyak wanita muda berkemban

Mungkin kawan-kawan juga pernah mengalami nasib yang sama?

Oleh itu Tedi memilih untuk kembali kepada perkara asas dalam melawan masalah kulit berminyak.

  1. Jauhi makanan berminyak dan berkeju.
  2. Basuh muka sebanyak mungkin dengan air sejuk pada siang hari. Tak susah bagi mereka yang selalu berwudhu.
  3. Ambil jus timun dan limau kasturi dalam kuantiti yang seimbang dan sapukan pada badan. Mandi selepas 15 minit dengan air suam atau air sejuk. Amalkan selama sebulan untuk hasil yang memuaskan.
  4. Gunakan lebih banyak sabun berasaskan gliserin.

Itu sahaja petua yang boleh diamalkan, bukannya susah dan harganya pun tidaklah mahal seperti alat kosmetik di pasaran.