Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Tukar Thailand Baht di Malaysia atau Thailand?

Imej
Ketika kami berkira-kira untuk melancong ke negara Thailand yang juga dikenali dengan negara Gajah Putih itu, perkara pertama yang bermain di benak fikiran adalah di manakah harus kami tukarkan matawang Malaysia kepada duit Thailand Baht.Ringgit Malaysia semakin menjunam pada masa itu. Kami terfikir, adakah lebih bagus jika kami tukarkan matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Thailand Baht (THB) di Malaysia, atau sebaliknya?Pengalaman kami ketika melancong ke Vietnam pada suatu masa dahulu mengajar kami adalah lebih baik untuk kami menukar matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada matawang Vietnam di negara Vietnam sahaja. Malahan peniaga Vietnam turut menerima matawang Ringgit Malaysia dalam urusan jual beli.Tapi kini, adakah formula yang sama terpakai untuk matawang Thailand? Lebih-lebih lagi pada saat matawang negara Malaysia jatuh merudum?Tedi mendapatkan beberapa pendapat, di antaranya:Lebih baik tukarkan Ringgit Malaysia kepada Thailand Baht di Malaysia kerana nilainya lebih mahal.…

Atasi Masalah Muka Berminyak

Imej
Kecantikan adalah faktor penting yang mempengaruhi tahap keyakinan dan personaliti seorang wanita.Masalah kulitberminyak boleh menghadirkan masalah kulit kusam kerana kehadiran minyakpada kulit akan menarik banyak kotoran.Tedi temui banyak produk kecantikan yang mahal harganya di pasaran, tapi tidak memberikan hasil yang memuaskan.Mungkin kawan-kawan juga pernah mengalami nasib yang sama?Oleh itu Tedi memilih untuk kembali kepada perkara asas dalam melawan masalah kulit berminyak.Jauhi makanan berminyak dan berkeju.Basuh muka sebanyak mungkin dengan air sejuk pada siang hari. Tak susah bagi mereka yang selalu berwudhu.Ambil jus timun dan limau kasturi dalam kuantiti yang seimbang dan sapukan pada badan. Mandi selepas 15 minit dengan air suam atau air sejuk. Amalkan selama sebulan untuk hasil yang memuaskan.Gunakan lebih banyak sabun berasaskan gliserin.Itu sahaja petua yang boleh diamalkan, bukannya susah dan harganya pun tidaklah mahal seperti alat kosmetik di pasaran.

Hanya

Imej
Baru sahaja sampai dari percutian di Bangkok, Thailand. Sejurus sahaja mendarat, dikejutkan pula dengan isu di sekolah yang agak menekan jiwa. Isu yang seharusnya kecil tetapi menjadi besar dek kerana kurangnya rasa kekitaan dan lebihnya rasa keakuan.Peel yang tidak berapa molek ini tentunya akan menjahanamkan perjalanan sesebuah pasukan atau organisasi.KronologiApa-apa pun pada pagi esok harus jua menghadap guru kelas dengan kronologi yang diperlukan. Apa itu kronologi? Kronologi apa? Kronologi percutian Tedi di Bangkok?Hanya...Tenangkan hati kejap dengan menggodek lagu Hanya daripada filem Ada Apa Dengan Cinta.Tedi suka filem ini kerana watak Rangga di dalamnya sungguh cool dan macho! Dia susah senyum dan dia tak pandang gadis-gadis. Dia suka puisi dan bercakap sendiri. Mungkin ramai yang tidak faham apa yang diperkatakannya, tapi ada dia kisah? Ermmm... macam pernah Tedi kenal je seseorang dengan peel seperti itu.... siapa ya?Tedi tidak pernah menonton filem Ada Apa Dengan Cinta ni…

Kenapa angkat wiper kereta?

Imej
Ini adalah soalan ayang sering berlegar di minda Tedi, apabila melihat manusia mengangkat wiper kereta mereka apabila mereka meletakkannya di tempat letak kereta, lebih-lebih lagi apabila mereka meninggalkan kereta mereka untuk satu tempoh yang panjang.Apabila kereta diletakkan di tempat panas, dalam keadaan tertutup, suhunya boleh mencecah 70 darjah Celcius.Itu adalah suhu cermin hadapan yang tentunya akan memanaskan juga getah pada pengelap cermin hadapan kereta (windshield wiper).Pengelap cermin kereta yang kepanasan itu pula akan menyejuk pada waktu malam, ataupun apabila digunakan bersama air.Kitaran proses pemanasan dan penyejukan yang berulangan ini akan menyebabkan getah pada pengelap cermin kereta (windshield wiper) hilang daya elastiknya sekaligus menjadi keras dan rapuh.Elastik adalah sifat pada bahan yang menyebabkan ia kembali dengan segera kepada bentuk asalnya apabila ia diregang, atau ditarik. Contoh bahan yang mempunyai daya elastik yang tinggi adalah getah dan kain y…

Kekurangan Iodin Boleh Jadikan Bayi Anda OKU

Imej
Sejenis garam mineral yang sering terlepas pandang oleh ibu mengandung adalah Iodin. Kajian oleh Web MD menunjukkan bahawa ibu mengandung dan ibu yang menyusu badan sering kekurangan Iodin.Apakah faktor berlakunya kekurangan iodin pada ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak?Para pengkaji di American Academy of Pediatrics yakin bahawa kekerapan mengambil makanan telah diproses memainkan peranan, kerana kandungan garam dalam makanan telah diproses tidak di-iodin-kan.Satu kaji selidik yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition yang melibatkan 1026 wanita di seluruh United Kingdom yang sedang mengandung atau mempunyai anak yang berumur sehingga 36 bulan, menunjukkan bahawa ibu yang sedang hamil tidak mengambil makanan kaya iodin seperti susu dan keju, telah membantutkan perkembangan otak anak mereka.Iodin diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid yang penting untuk perkembangan fetus (janin).96% ibu mengandung yang diselidik sedar tentang zat umum yang dicadangkan buat mer…

Baguskah pelan webe?

Imej
Pasti ramai rakyat Malaysia sudah mengetahui akan kewujudan perkhidmatan telco webe.webe adalah anak syarikat TM Berhad.TM beli syarikat telekomunikasi P1 dan kemudian menjenamakan semula P1 kepada webe.Mungkin TM tidak mahu nama buruk P1 terpalit kepada webe, di mana P1 sinonim dengan kelajuan capaian rangkaian telekomunikasi yang perlahan.Tedi beruntung kerana sempat menjadi pengguna pioneer kepada pelan webe, iaitu sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Akaun pioneer ini ditawarkan kepada pelanggan TM dan P1 yang terpilih. Bagaimana kami dipilih? Tidaklah Tedi mengetahui kaedahnya.Selepas menjadi pengguna pioneer webe ini, soalan pertama yang sering ditanyakan kepada Tedi adalah, apakah setting APN webe?Kali ini selepas pelan webe ditawarkan secara rasmi dan terbuka kepada orang ramai, soalan yang sering ditanya ialah, "Bagus ke pelan webe ni?"Ia adalah satu soalan yang mencabar untuk dijawab pada ketika ini. Jika mereka bertanyakan soalan yang sama sebelum webe ditawarkan …

Ke manakah penguin mati pergi?

Imej
Manusia tentunya tahu ada ramai penguin di Antartika.Tapi pernahkah manusia bertanya, kenapa manusia tidak pernah menemukan bangkai penguin di atas ais di Antartika.Sedangkan jika mengikut logik nisbah bilangan penguin dan habitatnya, tentulah akan dapat ditemukan bangkai penguin di mana-mana di atas muka bumi kiub ais itu.Ke manakah kesemua bangkai penguin itu pergi?Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa penguin adalah haiwan yang penuh ritual yang hidup dalam keadaan yang tersusun dan penuh kompleks.Penguin sangat pentingkan keluarga dan akan berpasangan untuk seumur hidupnya.Jika ada seekor penguin ditemui mati di atas permukaan ais oleh masyarakat penguin, ahli keluarganya dan rakan sosialnya akan menggali lubang di dalam ais menggunakan kepak dan paruh mereka.Apabila lubang itu cukup dalam, penguin yang mati akan digulingkan ke dalamnya dan kemudian ditanam.