Pokémon Go kini merebak seperti api yang liar marak membaham apa sahaja di laluannya. Tetapi ia juga menyebabkan keletihan, terutamanya di bahagian tangan kerana para Pokémon Master terpaksa memegang telefon pintar di hadapan mereka sepanjang hari.

Tapi kini para Pokémon Master tidak perlu gusar lagi kerana terdapat sekumpulan manusia dari pejabat Rocketnews di Jepun yang telah mencipta satu alat yang akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para Pokémon Master di seantero dunia itu. Tambahan pula peralatan canggih itu hanya memerlukan modal yang murah dan takkan menjejaskan poket mereka.

Peralatan canggih yang dikenali sebagai Poké-Han itu akan membantu para Pokémon Master menyangkut telefon pintar mereka di paras yang selesa yang menggalakkan mereka menegakkan badan dan menaikkan kepala mereka ke atas. Ia juga membantu meluaskan medan penglihatan untuk membantu para Pokémon Master selalu perihatin dengan keadaan sekeliling sekaligus mengelakkan kemalangan yang sia-sia.

Apa yang para Pokémon Master perlukan untuk menggunakan alat canggih itu hanyalah satu penyangkut baju, sedikit gelang getah, dan muka yang tebal. Perasaan malu akan menggagalkan keseluruhan operasi, sebaliknya para Pokémon Master haruslah berbangga apabila menggunakan Poké-Han itu.

Oh ya... maksud nama Poké-Han ialah Pokémon Hanger.

Saksikan sahaja kehebatan melalui koleksi foto di bawah.

 

Gambar tiga Pokemon Master sedia memburu Pokemon menggunakan Poke-Han
Gambar menunjukkan bagaimana Poke-Han membantu memberikan keselesaan dan visual yang luas.
Poke-Han membolehkan para Pokemon Master memburu Pokemon dengan sihat, selese, selamat, dan bergaya!
Poke-Han memang bagus sekali!