Kenapa air kelapa bagus untuk kucing

Kebelakangan ini orang ramai mula gilakan kelapa terutama dalam bab kesihatan.

Berbeza keadaannya sebelum ini di mana orang takut dengan santan kelapa dan memilih untuk menggunakan susu isian atau susu cair atau susu tepung.

Kini lain pula apabila ia dikatakan sebagai rahsia kepada kerampingan badan, penuh nutrisi, dan khasiatnya pula berjela-jela.

Air kelapa pula mula dibungkus dan kini boleh didapati di rak-rak pasaraya.

Air kelapa bukan sahaja dianggap berkhasiat malah ia amat mudah untuk dinikmati, rendah kalori, dan secara semulajadinya adalah rendah kolestrol dan rendah lemak.

Gambar segelas air kelapa muda dan kelapa yang dibelah nampak isinya

 

Ia mempunyai lebih potassium berbanding empat biji pisang dan ia adalah sangat menyegarkan.

Ia kini dicadangkan sebagai minuman sukan semulajadi oleh para pemasar dan juga duta-duta jualan dengan pelbagai janji-janji seperti menyegarkan, merampingkan badan, dan ada juga yang mendakwa ia boleh menyembuhkan penyakit batu karang.

Tetapi, adakah kita tahu bahawa air kelapa itu juga membawa manfaat kepada kucing perliharaan?

Khasiat air kelapa kepada kucing

Air kelapa bukan sahaja selamat untuk diminum oleh kucing tetapi ia juga bagus untuk kucing.

Air kelapa adalah sumber cecair semulajadi dan elektrolit dan juga mengandungi vitamin-vitamin dan garam galian.

Ia mengelakkan kucing daripada mengalami kekurangan air dan pada masa yang sama memberi kucing banyak khasiat.

Apabila air kelapa diberi kepada kucing, terdapat pemerhatian yang menunjukkan ia membersihkan kulit dan juga bulu, membantu penghadaman, menggantikan kehilangan cecair badan, mengurangkan arthritis (keradangan dan sakit sendi), dan mengurangkan dementia (kehilangan memori atau keupayaan membuat keputusan).

Air kelapa juga adalah pengganti kepada susu ibu kucing kerana ia mengandungi semua vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang diperlukan untuk membesar.

Keburukan air kelapa kepada kucing

Tetapi semua makanan dan minuman ada manfaat dan keburukannya, begitu juga air kelapa. Ia mengandungi gula dan juga potasium.

Terlebih gula sudah pasti dikaitkan dengan obesiti dan diabetes. Manakala terlebih potassium pula boleh menyumbang kepada penyakit batu karang kepada kucing kesyangan manusia.

Ulasan

  1. Sebab tu dalam bab makanan, kena seimbang.. Untuk kesihatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. kalo terlebih karbo boleh diabetes, terlebih protein boleh sakit jantung, terlebih garam boleh kena darah tinggi... makan masa lapar... berhenti makan sbelum kenyang

      Padam
  2. Oh! bagus ya untuk kucing nanti nak cubalah kucing nak tak minum. Tapi air kelapa mudah masam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah.. Mungkin sebab ia teroksida apabila terdedah kepada udara.

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Trending