Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Tonton TV melalui HyppTV Everywhere

Imej
Tonton TV melalui HyppTV EverywhereMalam ini Master nak tonton Final Piala Malaysia di antara Selangor dan Kedah yang berlangsung di Stadium Shah AlamMalangnya Mommy nak conquer TV kerana ada Gegar Vaganza, padahal siaran Gegar Vaganza tu yang tahun lepas lepas lepas pun ada ulangannya.Terpaksalah cari alternatif macam mana nak tonton TV, perlukah Master menonton siaran lansung Final Piala Malaysia itu di kedai makan?Malas pula Master nak tonton di luar kerana tidak seseronok menonton di rumah sendiriTeringat pasal HyppTV EverywhereMaster teringat pasal HyppTV Everywhere dan mula install aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar ZTE Blade, kemudian register akaun, dan kemudian login. Mudah saja.Tapi apabila nak tonton TV, duk loading sahaja tanpa ada sebarang gambar.Kemudian di rumah Master cuba pula guna web browser untuk menonton HyppTV Everywhere. Selepas beberapa kali cuba installplugin yang diperlukan dengan sedikit sumpah seranah ke atas TM akibat kesukaran yang dihadapi semasa …

Cara tewaskan formasi 4-1-4-1 Top Eleven

Imej
Cara tewaskan formasi 4-1-4-1 Top ElevenKenali Formasi 4-1-4-1Ini adalah formasi yang agak tertumpu kepada mentaliti bertahan tapi ia juga bagus untuk serangan balas, dan tumpuan utama adalah untuk mendominasi bahagian tengah padang. Susah untuk menembusi bahagian tengah formasi 4-1-4-1 ini jadi taktikal yang digunakan haruslah sesuai untuk menangani taktik serangan balas daripada pihak lawan.Formasi 4-2-2-2 HeksagonHanya mereka yang tabah dan cekal dan berani sahaja bisa menggunakan formasi sebegini kerana ia adalah formasi yang boleh dikatakan membunuh diri.Formasi 4-2-2-2 Heksagon ini adalah berbeza sedikit dengan Formasi 4-2-2-2 tradisional kerana Tedi mahukan pemain tengah (Central Midfielder) dan pemain tengah menyerang (Attacking Midfielder) tidak saling membatasi pergerakan masing-masing.Ia fokus kepada penembusan dan memerlukan pemain yang diyakini kemahirannya mengawal bola. Selain itu adalah satu bonus jika anda punyai Attacking Midfielder (pemain tengah menyerang) yang puny…

Kaedah Mudah Elak Selsema

Imej
Bersin dan kegatalan tekak, adalah satu petanda, kita akan diserang selsema. Penyakit ini mungkin paling "remeh", tapi ia juga menyeksakan. Apabila anda merasakan bahawa "musim selsema" sedang melanda, ada beberapa perkara mudah yang boleh dilakukan untuk melindungi diri daripada jangkitan selsema. Sumber gambar: http://www.chicagoparent.com/magazines/sponsored-content/2014/pediatrust-common-coldIni adalah senarai beberapa perkara "mudah" tersebut:Kerap Basuh TanganSemua benda di sekitar kita dipenuhi bakteria. Syukurlah ada sistem pertahanan badan yang bekerja keras untuk melindungi diri kita daripada jangkitan penyakit. Ia menggunakan banyak tenaga untuk melaksanakan tugas hakikinya itu.Kita boleh membantu meringankan tugas sistem imunisasi tubuh kita itu dengan selalu membasuh tangan kerana ia akan mengurangkan bilangan bakteria yang perlu dilawan oleh sistem pertahanan badan manusia.Jangan Sentuh Muka Anda!Menyentuh mata dan hidaung anda dengan tangan …

Kadar Bayaran Tempat Letak Kereta di Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang, Selangor, Malaysia

Imej
Mommy bertanya: Berapakah kadar bayaran letak kereta di Mitsui Outlet Park?Tedi dengan selamba jawab RM 4 (empat ringgit sejam), tapi setelah menyelidik melalui laman web ternyata jawapan Tedi tu tak benar, hahaha....TarikhKomenSumber2 Julai 2016Tempat letak kereta luas, kadar bayaran MYR 2 sejam (dua Ringgit Malaysia).7 April 2016Kadar bayaran letak kereta sangat munasabah dan banyak ruang letak kereta disediakanhttps://www.tripadvisor.com.my/ShowUserReviews-g298314-d8155286-r362302039-Mitsui_Outlet_Park_Klia_Sepang-Sepang_Sepang_District_Selangor.html5 April 2016Saya dikenakan caj RM 5 (lima ringgit sahaja) oleh penjaga di sana.www.facebook.com/MalaysiaParkingDirectory/18 November 2015Bayaran tempat letak kereta mahal, RM 2 sejam, dan tiada kadar maksimum.fashion-consumer.blogspot.com20 Julai 2015kadar bayaran letak kereta sangat mahal, dikenakan bayaran MYR 12 (dua belas Ringgit Malaysia) untuk tempoh 5.5 jam (lima jam setengah) di sana.4 Jun 2015Ahad ke Isnin, Cuti Umum: MYR 2.00.…

Bersama Big Boys

Imej
Newcastle United telah diundi menentang Hull City pada perlawanan Suku Akhir Piala EFL yang ditetapkan pada 29 November 2016.Penetapan itu disambut gembira oleh para penyokong Newcastle United yang yakin kela kesayangan kami itu akan membelasah Hull City.Kini Tedi boleh mengirim gambar snapshot seperti di atas kepada kawan-kawan kerana mereka pernah memperlekehkan bahawa Newcastle United hanya kelab kerdil dan tidak layak berada sama liga dengan kelab-kelab yang mereka sokong seperti Arsenal, Liverpool dan Manchester United.Nah tengok sendiri sekarang, kelab kami berada bersama-sama kelab yang kamu sokong yang kamu gelar Big Boys itu.Kita tengok sahaja nanti siapa yang akan terus mara!Tadi Tedi sempat berbual bersama seorang penyokong Liverpool dan tajuk perbualan kami berkisar kepada pencapaian Rafa Benitez. Dia berkata bahawa itu pencapaian biasa bagi Benitez walaupun bagi Newcastle ia adalah luar biasa!Benitez banyak memenangi piala dalam sejarahnya menjadi pengurus, dan adakah pen…

Dia Ditikam dari Belakang

Imej
Fuh... rasa keletihan sungguh malam ini, rasa macam nak ku lelapkan saja mata ini. Tapi Tedi gagahkan juga mata untuk mengiklan beberapa artikel daripada Laman 75. Ada 10 artikel semuanya dan Tedi harapkan setiap satu artikel itu boleh memperolehi ribuan pembaca, seterusnya menjana pendapatan buat interpretZZ.Penat juga nak kekal konsisten mengirim artikel baru,Hari ini adalah hari di mana Tedi berjaya juga habiskan ujian tekanan ke atas Projek RaFID. Esok para guru dan pentadbir sekolah meminta Tedi menyediakan kelengkapan untuk Ujian Integrasi. Rasa macam nak mengamuk pun ada! Mereka mesyuarat petang tadi dan habis mesyuarat minta Tedi siapkan kelengkapan tersebut, manakala sebelum mesyuarat pula Tedi diminta menyediakan kronologi Perjalanan Projek.Projek CaTU pula masih tertangguh dan Tedi pun tak tahulah bila nak sambung semula. Baru tadi Tedi dapat Pustaka Dinamik yang terbaru beserta beberapa fail imej yang diperlukan untuk memuatkan Modul Capaian Selamat dengan kandungan terkin…

Newcastle United belasah Preston 6-0 dalam aksi EFL Cup

Imej
Wahahaha.... ini adalah masa yang sangat bagus untuk Tedi bergembira.Newcastle United telah membelasah Preston 6-0 dan kini berada di dalam kelompok 8 pasukan akhir Piala EFL. Penyertaan kedua dalam satu dekad terakhir.Ramai pihak yang akan memperkecilkan peluang Newcastle United selepas ini kerana kita akan menghadapi pasukan-pasukan elit Liga Perdana Inggeris, tapi peduli apa kan? Nikmati kemenangan sementara masih boleh.Tapi mereka harus ingat, Newcastle United sekarang berada dalam momentum dengan 6 kemenangan berturut-turut, 13 kemenangan daripada 15 perlawanan terakhir, dan ini adalah kemenangan kedua pada musim ini dengan jaringan 6 gol oleh Newcastle United! Yeeeha...Newcastle menekan dengan perlahan tapi yakin. Isaac Hayden memberikan amaran apabila tendangannya dinafikan tiang gol, dan itu adalah percubaan pertama daripada 3 percubaan yang dinafikan tiang gol! Kalau masuk, memang meranalah Preston dengan jaringan gol lebih besar.Stadium mula bergemuruh dan seminit kemudian N…

Kenapa air kelapa bagus untuk kucing

Imej
Kebelakangan ini orang ramai mula gilakan kelapa terutama dalam bab kesihatan.Berbeza keadaannya sebelum ini di mana orang takut dengan santan kelapa dan memilih untuk menggunakan susu isian atau susu cair atau susu tepung.Kini lain pula apabila ia dikatakan sebagai rahsia kepada kerampingan badan, penuh nutrisi, dan khasiatnya pula berjela-jela.Air kelapa pula mula dibungkus dan kini boleh didapati di rak-rak pasaraya.Air kelapa bukan sahaja dianggap berkhasiat malah ia amat mudah untuk dinikmati, rendah kalori, dan secara semulajadinya adalah rendah kolestrol dan rendah lemak. Ia mempunyai lebih potassium berbanding empat biji pisang dan ia adalah sangat menyegarkan.Ia kini dicadangkan sebagai minuman sukan semulajadi oleh para pemasar dan juga duta-duta jualan dengan pelbagai janji-janji seperti menyegarkan, merampingkan badan, dan ada juga yang mendakwa ia boleh menyembuhkan penyakit batu karang.Tetapi, adakah kita tahu bahawa air kelapa itu juga membawa manfaat kepada kucing perli…

Lapan pemain utama Newcastle musim 2016 sudah kelihatan

Imej
Selepas kejutan daripada dua kekalahan berturut-betul pada permulaan pertempuran panjang untuk maruah dan kehormatan, Newcastle United telah memenangi sembilan daripada 11 perlawanan terakhir. Satu kebangkitan yang bagus buat masa ini.Ribut Gayle telah mencampak Newcastle United kepada puncak Everest tertinggi mereka, di mana Dwight kini menjaringkan 11 gol peribadi untuk mencetak nama sebagai pembunuh di kawasan penalti. Ipswich dan bekas pengurus Mackem, Mick McCarthy semestinya akan cuba untuk menghentikan enjin pemusnah Newcastle St James' Park esok. Adakah mereka boleh melakukannya? Lebih baik mereka tidak melakukannya kerana itu tiada dalam skrip Tedi.Mungkin Mags mempunyai ramai pemain, tetapi sistem giliran Rafa meliputi semua orang dalam kempen ini.Dalam erti kata lain tiada siapa yang selamat, walaupun kini makin terlihat ada lapan pemain kegemaran Benitez iaitu Dwight Gayle, Matt Ritchie, Jonjo Shelvey, Vurnon Anita, Paul Dummett, Jamaal Lascelles, Yoan Gouffran dan Ciar…

Mengapa Chloe berguna?

Imej
Mengantuk betul Tedi, dah taip dalam masa 45 minit tetiba komputer riba DELL ni boleh hang dan reboot pula.Sia-sia sahajalah Tedi menaip selama tu.Bercerita pasal Summoners War, Tedi kini kebuntuan kerana ketiadaan seekor healer untuk membantu Pasukan Perang Ke-2 Tedi yang kini diketuai oleh Rica dan dibantu oleh Raoq. Mereka mendapat pertolongan daripada Chasun, Belladeon, dan kadangkala daripada Colleen dalam beberapa siri peperangan sebelum ini. Sudah pasti keputusan yang diterima adalah tidak memberangsangkan.Chasun tidak boleh diserapkan ke dalam Pasukan Perang Ke-2 Tedi kerana ia adalah ahli Pasukan Perang Pertama yang dianggotai oleh Water Fairy dan Chandra. Kadangkala Tedi gunakan Konamiya untuk gantikan Chasun apabila ia membantu Pasukan Perang Kedua.Maka Tedi memeriksa barisan monster yang Tedi ada dan di sana Tedi menjumpai 3 calon yang dicadangkan orang ramai iaitu Belladeon, Chloe, dan Acasis.Bella memang telah lama ada dalam skuad perang Tedi cuma dia belum mencapai kema…

Menyatakan cinta melalui persamaan Matematik

Imej
Memang sukar untuk menyatakan cinta apatah lagi daripada diri seorang gadis yang pemalu.Tambahan pula cinta itu mahu dinyatakan kepada seorang jejaka yang amat serius dan obses kepada matematik.Jika anda punyai masalah sebegitu, jangan risau... Tedi ada jawapannya.Hantarkan sahaja barisan formula di bawah ini dan minta si jejaka tersebut menyalinnya ke dalam kotak teks enjin carian Google... Google sahaja tau.(sqrt(cos(x))*cos(200x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(9-x^2), -sqrt(9-x^2) from -4.5 to 4.5Jika dia tidak terpesona dengan jawapan yang diberikan Google atau tidak faham maksud jawapan tersebut, jangan tunggu lama... abaikan sahaja dirinya itu, anggap sahaja beliau tidak pernah wujud seperti embun yang meruap di pagi hari.Atau jika dia berdegil tidak mahu meng-Google, tapi sebaliknya mahu menyelesaikan persamaan matematik itu sendiri... ermmm... selamat berjaya.Bagi kawan-kawan yang agak keliru kepada gambar di atas, boleh rujuk kepada gambar di bawah ini untuk mengetahui …

Tips Kurangkan 500 Kalori Dalam Diet Harian Anda

Imej
Berikut adalah rancangan penurunan berat badan yang berkesan untuk anda!Adakah anda tahu, dengan mengurangkan 500 kalori sehari anda boleh kehilangan sehingga satu kilogram seminggu?Semak beberapa panduan berikut untuk menurunkan berat badan tanpa perlu menderita atau menyusahkan diri anda. Mengunyah makanan anda.Kajian menunjukkan bahawa jika anda mengunyah makanan anda sekurang-kurangnya 20 kali sebelum ditelan, anda mungkin akan makan sehingga 70 kalori kurang dari kebiasaannya. Ia mengambil masa 20 hingga 30 minit untuk badan untuk menyedari bahawa anda tidak lagi lapar.Makan secara mengunyah perlahan-lahan akan membantu anda berasa kenyang walaupun lebih kurang kalori diambil. Mungkin anda pernah mendengar bahawa Rasulullah S.A.W mengunyah makanan sehingga 40 kali.Dapatkan tidur yang mencukupi.Tidur kurang dari 6 jam setiap malam akan membuatkan anda makan sehingga lebih 300 kalori apabila anda terjaga kerana kurang tidur mencetuskan pengeluaran hormon lapar yang dikenali sebgai g…

Poke-Han peranti Pokemon Go terkini membantu Pokemon Master

Imej
Pokémon Go kini merebak seperti api yang liar marak membaham apa sahaja di laluannya. Tetapi ia juga menyebabkan keletihan, terutamanya di bahagian tangan kerana para Pokémon Master terpaksa memegang telefon pintar di hadapan mereka sepanjang hari. Tapi kini para Pokémon Master tidak perlu gusar lagi kerana terdapat sekumpulan manusia dari pejabat Rocketnews di Jepun yang telah mencipta satu alat yang akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para Pokémon Master di seantero dunia itu. Tambahan pula peralatan canggih itu hanya memerlukan modal yang murah dan takkan menjejaskan poket mereka. Peralatan canggih yang dikenali sebagai Poké-Han itu akan membantu para Pokémon Master menyangkut telefon pintar mereka di paras yang selesa yang menggalakkan mereka menegakkan badan dan menaikkan kepala mereka ke atas. Ia juga membantu meluaskan medan penglihatan untuk membantu para Pokémon Master selalu perihatin dengan keadaan sekeliling sekaligus mengelakkan kemalangan yan…

Tabiat buruk di pejabat yang menghalang kejayaan

Imej
Kita semua tahu bahawa jika kita ingin berjaya di tempat kerja kita harus bekerja kuat dan istiqomah. Tapi jika kita mahu naik lebih tinggi, adab di tempat kerja amat penting. Ia sama ada boleh membantu perjalanan kerjaya kita atau memusnahkannya. Ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi, di samping keseriusan ketika bekerja. Ini adalah senarai tabiat di tempat kerja yang patut dielakkan kerana ia boleh menghalang kenaikan pangkat kita semua. Bermain dengan telefon anda semasa berbincang dengan bos atau semasa dalam mesyuarat Perbuatan ini jika dilakukan dengan kerap akan menunjukkan bahawa anda tidak fokus atau tidak berminat dengan perbincangan yang sedang berlangsung. Mengadu tentang bos, rakan sekerja, tempat kerja, beban kerja, kopi atau kantin di pejabat anda Mengadu tentang segala-galanya membuatkan anda menjadi seseorang yang "beracun" dalam pejabat, individu yang mahu dielakkan oleh semua orang. Sikap ini akan merosakkan repuasi an…

Sejarah Pencipta Bertih Jagung (Popcorn)

Imej
Siapakah pencipta atau penemu bertih jagung (popcorn)? Erm... kali pertama Tedi mendapat soalan ini, Tedi berasa sangat santai, sebabnya Tedi percaya bahawa jawapannya tentu sahaja mudah dan ada di mana-mana dalam ruang maya. Tapi setelah Tedi menyelidik dan membaca beberapa rujukan, Tedi mula terfikir, tiada soalan lainkah cikgu nak bagi? Rupa-rupanya bertih jagung (popcorn) mempunyai sejarah yang panjang! Makanan ringan Zaman Batu? Zaman Batu atau zaman purba adalah zaman manusia masih menetap dalam gua dan menggunakan peralatan daripada batu. Ahli arkeologi telah menemui "bebunga" jagung berusia 80000 tahun di bawah Mexico City. Rupanya amat mirip dengan bertih jagung (popcorn) pada zaman ini. Ahli arkeologi percaya bahawa bertih jagung (popcorn) telah menjadi snek manusia gua. Bertih jagung (popcorn) dipercayai wujud pertama kali di Mexico, namun ia juga telah ada di China dan India beratus tahun sebelum Columbus menemui benua Amerika. Fosil y…

Berbicara Hal Kereta Conti

Imej
Pagi ini Tedi nak melalut sedikit pasal kereta conti kerana ada dua kisah yang agak menggelikan hati Tedi apabila terdengar perkataan "kereta conti". Apakah kereta conti? Kereta conti adalah nama manja kepada kereta continental yang dihasilkan rekaannya oleh syarikat pengeluar kereta Eropah. Contoh jenama yang popular di Malaysia adalah seperti BMW, Mercedes, Ford, AUDI, VW, Renault dan Peaugeot. Kisah semasa pandu uji Mazda CX5 di Bangi. Master adalah pemandu tegar Proton SAGA BLM 1.3 MT. Suis lampu signal Proton SAGA BLM adalah terletak di sebelah kiri stereng kereta. Semasa memandu uji Mazda CX5 di Bangi, Master tersilap pasang suiz wiper yang terletak di sebelah kiri stereng. Terus jurujual Mazda CX5 itu berkata, "Owh, sekarang guna kereta conti ya." Master diam sahaja seolah-olah membenarkan kata-kata si jurujual, tetapi tiba-tiba Mommy menyampuk, "Tidaklah, sekarang kami guna Proton SAGA BLM sahaja". Hadoila.…

Hari ini 11 Oktober

Imej
Dah lewat ni, sepatutnya Tedi sudah kena masuk tidur ni... Alhamdulillah, petang tadi dekat jam 7 malam berjaya juga Tedi membuatkan proses kemaskini ID Cincin Kekunci berfungsi dengan baik. Puaslah Tedi belek dan belek, sehingga akhirnya terpaksa Tedi debug baris demi baris sebelum Tedi kenalpasti bahawa punca masalah adalah disebabkan oleh nilai yang tidak tepat pada 3 set 3 jenis Kunci Terpelihara Global Platform. Ia menyebabkan proses penulisan ke dalam Modul Capaian Terpelihara tidak dapat dilakukan kerana proses pengesahan gagal.Tedi tak faham juga kenapa 6 set pembolehubah yang berlainan yang Tedi umpukkan dengan 3 set Kunci Terpelihara yang berlainan boleh pula tiba-tiba mendapat nilai yang sama? Tidak pernah Tedi melihat perkara sebegitu. Memandangkan fungsi itu disediakan oleh pelajar lain, Tedi biarkan sahajalah, asal ia berfungsi.Tadi Mommy tanya, siapa Budak Baik? Biarlah rahsia... hehe...Tengahari tadi Tedi berbual dengan seorang pemilik Myvi. Terkejut juga Tedi apabila d…

Minyak Proton SAGA BLM dari KL ke Sepang

Imej
Tadi Tedi duk perati sahaja tolok minyak kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT dari Bangsar South sehinggalah Bandar Baru Salak Tinggi Selalunya jika meter minyak menunjukkan 2 takuk (bar), Master akan segera mengisi petrol demi mengelakkan tragedi kehabisan minyak di tengah jalan.Tapi tadi Tedi sengaja ja menghalang Master daripada berbuat demikian, tambahan pula memang tiada stesen minyak yang ada pada haluan kami pulang. Jika ada pun, kami akan terpaksa membuat pusingan-U.Terkadang terfikir juga kenapa tiada stesen minyak dibuka di Lebuhraya MEX menghala ke Putrajaya? Jika ada, rasanya memang akan jadi tumpuan ramai kerana keadaan di lebuhraya itu agak kurang sesak dan selesa, jadi tidak serabut untuk pemandu berhenti.Kali ini kami memandu pulang dalam keadaan yang kurang sesak mungkin kerana telah lewat, dan Master pula memandu di sekitar 3000 RPM (pusingan enjin seminit). Proton SAGA BLM 1.3 MT pada 3000 RPM pada asasnya bergerak pada kelajuan minimum 80 kilometer sejam, dan kami boleh ce…

Tukar Kad Touch 'n Go tamat tempoh

Imej
Kad yang telah berusia 10 tahun itu tersungkur di Lebuhraya MEX...Setelah seminggu Tedi mendiamkan diri dek penangan demam yang belum kebah, malam ini Tedi akan usahakan untuk mencoret dalam masa 15 minit.Pertamanya, Tedi ingin mengucapkan syukur setelah petang tadi Tedi dimaklumkan bahawa rangkaian komputer PLUS sudah semakin stabil. Alhamdulillah, Tedi bergembira mendengar usaha Master selama berminggu-minggu mengkaji dan mencari di mana cacat-cela yang menyesakkan laluan trafik syarikat itu telah membuahkan hasil. Tidak lupa juga buat rakan taulan Master yang sangat membantu.Tapi cerita itu hanya sampingan sahaja. Malam ini Tedi ingin berkongsi kisah kami sekeluarga yang ditimpa bencana apabila palang penghadang di lorong SmartTAG di Plaza Tol Putrajaya di Lebuhraya MEX tiba-tiba sahaja tidak mahu menaikkan dirinya.Apa yang Master sedar ketika itu adalah paparan maklumat menyatakan bahawa kad Touch 'n Go kami telah tamat tempoh!Tetapi tiba-tiba juga penghadang yang hampir menim…

Budak Baik - Cinta Pertamaku

Imej
Budak baik, cinta pertamaku, insan yang mengajarku erti cinta
Takkan lupakanmu
Aku ingatimu
Hanya dirimu yang ada dalam ingatanku

Aku mahu kau perhatikanku
Maka ku pilih pakaian yang dikau suka

Tudung yang melitupi rambutku
Ku gayakan dengan cara yang dikau suka

Ku lintasi jalan yang selalu kau tempuhi
Sengaja ku pilih jalan yang jauh
Harapan temui dirimu di sana

Nombor telefon yang sama masih ku gunakan bertahun lamanya
Alamat rumah juga tidak pernah ku tukar
Bimbang kau mencari diriku

Aku tau kita masih mengingati
Sejujurnya aku merinduimu
Amat rindu sehingga gila diriku dibuatnya
Aku akan sentiasa menanti dirimu
Mungkin dengan penantian ini, kau akan menerima diriku

Kau budak baik
Kau yang pertama mengajarku erti cinta

Mungkin kau lemah apabila bersua denganku?
Mungkin kau tidak mahu mengaku perasaanmu?

Kau saja mengambil jalan jauh, kerana kau mengelakkan diriku?
Kau tukar nombor telefonmu
Kau berpindah tanpa memberitahuku

Aku akan bermula semula
Aku katakan, walau tidak menemuimu, aku akan tetap ingatimu

Se…