Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Rempah yang boleh elakkan kegemukan

Imej
Bentuk badan yang ramping dan cantik menjadi impian semua wanita.Tetapi bagaimana jika mereka memang montok sejak azali, dan pengorbanan mereka berulang-alik ke gimnasium disertai diet masih tidak mencukupi untuk mendapatkan bentuk badan yang didambakan?Yang paling penting - adalah jangan sesekali berputus asa!Dapatkan bantuan tambahan daripada sumber alam yang mungkin tidak kita jangkakan sama sekali, iaitu rempah-ratus!Ahli-ahli sains dan pakar pemakanan mengatakan makanan pedas lebih cepat menghilangkan rasa lapar berbanding hidangan tak berasa. Selain itu rempah mempercepatkan metabolisme dan berjaya mengurangkan simpanan lemak.Kulit Kayu Manis Dianggap rempah yang terbaik untuk mereka yang mahu berdiet. Hanya satu perempat daripada satu sudu teh kayu manis akan meningkatkan kadar metabolisme karbohidrat anda. Ia mengawal tahap gula dalam darah yang terhasil akibat lompatan.Selain itu, bau kayu manis boleh menipu selera makan anda dan memberikan ilusi kekenyangan. Rempah ini boleh …

Theomars Sang Ifrit Air

Binaan Rune untuk TheomarsTheomars amat berkuasa dalam serangan individu, binaan rune untuk pemain baru patut fokus kepada kepantasan seperti Swift/Blade(Spd/Crit D%/Atk%) untuk memperguna kuasa pemusnah yang ada pada skill pertama Theomars yang bergantung kepada kelajuan.Pemain hanya perlukan jumlah critical rate 76% yang mana akan menjadi 100% critical rate apabila Theomars menjadi ketua.Untuk pemain otai pula, Violent/Blade(Spd/Crit D%/Atk%) adalah set yang bagus. Violent proc selalunya akan mengenakan sumpahan maut ke atas monster musuh.Lebih laju Theomars bermakna lebih ganas serangannya.Substats Penting: Spd, Crit R%, Crit D%, Atk%, Acc%

10 Langkah Tangani Serangan Ransomware

Imej
Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi Tedi.Pertama kerana ada permintaan untuk menambah satu fungsi baru ke dalam Modul Akses Terlindung.Keduanya, kerana ada satu isu peningkatan trafik yang menyebabkan salah satu pengguna sistem Tedi terhalang daripada menghantar data.Apa yang membimbangkan adalah setelah disiasat, didapati bahawa ada mesin mereka yang telah diserang ransomware yang Tedi gelar perisian tebusan. Ia adalah satu perisian hasad yang akan menyulitkan fail dalam komputer anda, dan meminta anda membayar tebusan jika mahukan kandungan fail itu dinyah-sulitkan. Bagi kita semua, penting untuk kita menangkis serangan ransomware ini kerana tentunya kita tidak mahu membayar untuk fail milik kita sendiri, tambahan fail-fail itu kita perlukan dalam kehidupan kita di zaman IT ini.Untuk menangani serangan ransomware, pegawai IT dan keselamatan maklumat perlu melakukan perkara berikut:Pastikan semua aset digital dan lokasinya ditandakan dengan jelas untuk mengelakkan penjena…

Faedah Berjalan Kaki kepada Manusia

Imej
Tubuh manusia diciptakan untuk berjalan.Berjalan 30 minit sehari mengurangkan kadar menghidap diabetes lebih daripada separuh dan ia mengurangkan risiko manusia berusia lebih 60 menghidap kencing manis hampir 70 peratus.Berjalan mengurangkan risiko strok lebih daripada 25 peratus.Berjalan mengurangkan tekanan darah tinggi. Badan manusia mempunyai lebih 100,000 batu saluran darah. Saluran darah adalah lebih lembut dan sihat apabila manusia berjalan.Berjalan mengurangkan risiko barah serta diabetes dan strok.Wanita yang berjalan mempunyai kemungkinan 20 peratus lebih rendah untuk mendapat barah payudara dan risiko 31 peratus lebih rendah untuk mendapat barah usus.Wanita dengan penghidap barah payudara yang berjalan secara teratur dapat mengurangkan kadar berulangnya barah payudara tersebut dan menurunkan kadar kematian mereka lebih 50 peratus.Tubuh manusia berfungsi lebih baik apabila manusia berjalan. Badan menentang penyakit dengan lebih baik apabila manusia berjalan, dan badan sembuh…

Fakta Sukan Olimpik yang Tedi tak tahu

Imej
Sejak penubuhannya di Greece purba, Sukan Olimpik telah menjadi pencapaian tertinggi dalam olahraga.Pada setiap Sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk, atlet berusaha untuk untuk mengalahkan satu sama lain, kadang-kadang melebihi jangkaan.Ini adalah koleksi fakta-fakta yang mungkin kita tidak pernah tahu berkenaan Sukan Olimpik sama ada pada zaman moden atau zaman purba (sukan olimpik pada zaman Yunani).1. Dalam bulan sebelum Sukan Olimpik purba, tiada peperangan dibenarkan untuk membolehkan penonton mengembara dengan aman di seluruh Greece. Sukan Olimpik moden telah diilhamkan oleh Sukan Olimpik purba, yang telah diadakan di Olympia, Greece, dari abad ke-8 Sebelum Masihi hingga abad ke-4. Utusan akan dihantar untuk mengiklankan temasya tersebut di seluruh Yunani. Satu gencatan senjata dipersetujui, di mana tiada peperangan selama sebulan dan tiada halangan mengganggu perjalanan penonton. Pada abad-abad berikutnya, tempoh gencatan senjata itu dilanjutkan kepada tiga bulan.2. Dalam S…

Umur sesuai pisahkan anak kucing dari ibunya

Imej
8 minggu adalah umur minimum untuk anak kucing dipisahkan daripada ibunya.Ada negara yang mengenakan undang-undang sekurang-kurangnya anak kucing berusia 12 minggu baru boleh dipisahkan anak kucing daripada ibunya.Memisahkan mereka pada usia yang terlampau muda akan menyebabkan ibu kucing sangat berdukacita kerana dia tahu anaknya itu belum mampu hidup berdikari, malah dia belum sempat mengajar anaknya gaya hidup sebagai seekor kucing sejati.Jika dipisahkan anak kucing daripada ibu kucing pada usia anak kucing 3 hingga 4 bulan, ibu kucing akan kurang sedih kerana dia mungkin dah bersedia membebaskan anaknya ke dunia luar.4 bulan pertama adalah sangat penting kepada seekor anak kucing kerana pada tempoh itu ia membina jati diri sebagai seekor kucing, iaitu ia belajar bagaimana cari makan, bagaimana bersosial dengan kucing-kucing lain, dan juga membina imunisasi dirinya melalui susu ibunya.Anak kucing yang dipisahkan terlalu awal juga ditakuti akan menyebabkan mereka tiada pengetahuan b…

Kompilasi penakluk Giant's Keep B8 - Raksasa Angin

Imej
Baiklah hari ini Tedi nak buat sedikit catatan tentang Giant Dungeon yang baru sahaja Tedi berjaya takluki setelah mencuba beberapa kombinasi raksasa yang ada dalam koleksi Tedi.Giant Dungeon yang paling tinggi Tedi takluki setakat ini adalah B8 iaitu Wind Giant (Raksasa Angin).Secara teorinya untuk menewaskan Wind Giant di B8 tentunya memerlukan makhluk berunsur Api.Malangnya Tedi tidak punyai ramai makhluk api yang bagus tapi nasib baik Tedi ada 2 ekor makhluk api dari kategori NB5 dan NB4.Kompilasi makhluk yang Tedi gunakan untuk menewaskan Giant B8 adalah - Sekhmet 5*, Raoq 6*, Chasun 6*, Fire Occult Girl 5*, dan Belladeon 5*.Sekhmet 5* Tedi pilih Sekhmet sebagai ketua kerana dia boleh menaikkan HP rakan seperjuangan sebanyak 33%. Dia ni belum hebat lagi kerana Tedi belum habis build barisan rune miliknya disebabkan kekurangan mana stone. Tapi Tedi suka 1 skill dia yang boleh mencuri buff pihak lawan dan digunakan pada dirinya sendiri. Sungguh awesome kan? Skill itu bukan sahaja me…

Eksperimentasi Jalan 2: Kota Bharu - Felda Sungai Lui

Imej
Sumber: Highway Karak sesak: pengundi balik kampungAlhamdulillah kami baru sahaja tiba dari Wakaf Bharu (Kelantan).Perjalanan kali ini memakan masa lebih kurang 9 jam untuk jarak 505 kilometer.Tempoh itu termasuklah masa yang kami ambil untuk bersarapan di Sarapan @ Roundabout Sungai Merab.Kereta agak banyak pada awal perjalanan terutama di Jalan Kota Bharu - Gua Musang, namun perjalanan jadi lebih lancar selepas Petronas Gua Musang kerana kebanyakan kereta mula berhenti.Kebanyakan pemandu memilih untuk berhenti melelapkan mata di sepanjang jalan di antara Gua Musang ke Gombak.Nasib baiklah Lebuhraya Karak tidak sesak, maka Master dapat menggunakannya sebagai pilihan utama untuk kami lalui.Jika tidak, tentunya Master akan memilih untuk melalui jalan lama Karak - Kuala Lumpur.Sebenarnya sebelum Master memilih masa perjalanan untuk pulang dan pilihan jalan alternatif pada Hari Raya Aidil Adha kali ini, kami telah pun melakukan eksperimen pada Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.Eksperimen i…

Iron Baju Susah Nak Iron

Imej
Baru sahaja balik dari berlari di Dataran Nilai.Menghadap komputer riba (laptop) berjenama DELL sebentar untuk mengemaskini interpretZZ yang telah lama dibiarkan bersawang.Apabila disemak secara rawak pada kiriman ke 5 di halaman ke 12, Tedi terserempak dengan draft yang kandungi sekeping foto seperti di bawah ini.Ini adalah foto sehelai baju yang diperbuat daripada kain kapas yang amat sukar untuk digosok.Kain seperti ini selalunya memerlukan bantuan seterika berwap air (steam iron) untuk digosok.Malangnya ketika itu kami berada di rumah Mak Long di Sungai Besar di mana seterikanya telah lama tidak gunakan wap air kerana Mak Long lebih suka gunakan penyembur.Ketika inilah bala mula menimpa kerana beberapa faktor iaitu (a) jenis kain yang sukar digosok (b) seterika yang Tedi tiada pengalaman menggunakannya (c) sterika yang telah lama tidak dicuci.Mungkin kawan-kawan hairan dengan kenyataan (7c) di atas... bagaimana seterika boleh dicuci?Sterika wap sebenarnya boleh dicuci dengan mengg…

Hantaran RaFID

Hari ini adalah hari yang agak mendebarkan kerana hari ini adalah hari di mana semua kod dan dokumentasi perlu diserahkan kepada semua pihak ketiga.PM sudah tentu panas punggung jika tidak dapat dipenuhi kehendak mereka pada hari ini kerana mereka telah menabur janji-janji yang tidak pasti dan harap-harapnya bukan janji dicapati.Kod sudah selesai cuma ada satu aplikasi contoh yang belum dapat disulitkan kandungannya. Hal ini adalah kritikal tatkala tiada siapa yang berpengalaman dalam menangani ralat-ralat yang terhasil apabila pustaka untuk pihak ketiga itu disulitkan. Ia telah berjaya disulitkan namun ia tidak dapat digunakan ketika proses pembangunan.Seorang rakan mencadangkan ujian unit dilaksanakan ke atas pustaka tersebut, dan Tedi mula menggaru kepala kerana tidak berapa fasih menggunakan teknologi ujian unit.Selain itu Tedi juga sepatutnya menguji kandungan modul akses terlindung yang dijana sebelum diserahkan kepada PM.Oh sedapnya kalian meminta dan memberi arahan pada masa T…

Teruskan Hidup... RaFID, CaTU, dan POSCon

Imej
Hari semalam adalah hari yang agak menekan jiwa kerana permainan tuduh dan menyalahkan orang lain telah bermula.Ini adalah hal biasa apabila ada insan yang mahu melindungi diri mereka dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka tidak terjejas.Mereka rela memusnahkan masa depan, periuk nasi dan juga maruah pihak lain demi menjaga kepentingan diri.Nasib baiklah GM memberi motivasi kepada kami semua dengan ungkapan, "kita tidak mahu melindungi diri kita, kita tidak mahu menyalahkan pihak lain, kita cuma teruskan dan memberikan penyelesaian".Tedi bertungkus-lumus menyiapkan kod untuk RaFID semalam dan alhamdulillah berjaya menyudahkannya.Tapi pada masa yang sama muncul pula persoalan tentang CaTU, bila masanya projek itu akan mula diuji?Dan pada waktu petangnya muncul pula persoalan tentang penggunaan bandwith oleh POSCon daripada satu client di luar. Ironinya bandwidth itu menghala ke satu server yang telah lama ditinggalkan.Persoalan demi persoalan, dan Tedi tidak tahu apa…

Perbaharui cukai jalan SAGA BLM tahun 2016 di Takaful Ikhlas Bangsar South

Imej
Hari ini Master perbaharui cukai jalan (renew roadtax) bagi kereta Proton SAGA BLM H-Line 1.3 IAFM transmisi manual.Aktiviti beli insurans dan perbaharui cukai jalan itu berlaku di Takaful Ikhlas Berhad di Bangsar South.Untuk kereta Proton SAGA yang dah berusia 7 tahun itu, harga lindungan ialah RM 16,000 dan harga sumbangan asas ialah RM 663.80.Ditolak dengan kadar NCD sebanyak 55% atau RM 365.09.Ditambah dengan insurans cermin sebanyak RM 75.Menjadikan jumlah kasar sepatutnya dibayar ialah RM 373.31.Kami dapat pula diskaun 10%, atau berjumlah RM 37.37, menjadikan sumbangan selepas diskaun ialah RM 336.34.Tapi kami dikenakan pula Cukai Perkhidmatan dan Jualan atau lebih terkenal dengan panggilan GST, sebanyak 6% atau RM 20.18.Dan untuk melengkapkan pembelian cukai jalan itu kami dikenakan Stamp Duty sebanyak RM 10.Jumlah kami kena bayar ialah RM 366.52.Tetapi urusan itu tidak hanya habis di situ! Rupa-rupanya kami kena bayar lagi bayaran Lesen Kenderaan Motor sebanyak RM 70 dan tamba…