Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Tok Ayah kemalangan

Imej
Malam semalam dalam jam 9:30 kami menerima berita bahawa Tok Ayah kemalangan di simpang Lui Barat.Kemalangan berlaku melibatkan Perodua Kembara dan sebuah kereta secara berhadapan.Tok Ayah kata dia tak apa-apa. Manakala nasib teman tok ayah dan keluarganya belum diketahui.Pak Lang Epul, Mak Lang Yan, dan Adam Irfan ke Puchong Prima untuk menjemput Mak Ngah Zira, Pak Ngah Shah, Nasrullah, Sakinah dan juga Pak Teh Judin.Master pula berhajat untuk bertolak esok pagi kerana dia tidak larat memandu.

Okay atau tak okay? KO?

Imej
Selalu kalau Mommy nak beli kain, Mommy akan tanya "pendapat" Master.Mommy: Abang, kain ni okay tak?
Master: Okay.
Mommy: Abang ni okay je, malas nak layanlah tu.
Master: ???Mommy: Abang, kain ni okay tak?
Master: Tak okay.
Mommy: Abang ni, semua saya pilih abang tak suka.
Master: ???Habis tu nak jawab apa lagi? Diam membatu je? Lagilah teruk kena nanti.Moral of the story? Layan je la. Buat tak dengar apa yang dikomen tu.

Latihan Skuad Badminton Malaysia Ketinggalan Zaman - Misbun Sidek

Imej
PETALING JAYA: Lee Chong Wei tidak boleh dipersalahkan kerana gagal untuk memenangi pingat emas buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio, menurut bekas legenda negara.Misbun Sidek, yang juga bekas jurulatih badminton negara, meletakkan kesalahan ke atas kekurangan satu sistem latihan maju dan lengkap di negara ini, lapor China Press."Itulah sebab mengapa Malaysia masih tidak dapat melahirkan atlet yang boleh memenangi pingat emas.""Lapan tahun yang lalu, saya menyuarakan masalah sistem latihan yang ketinggalan zaman di negara ini, tetapi saya tidak diendahkan," Misbun dipetik sebagai berkata oleh China Press. Satu lagi isu utama yang menjadi penghalang buat atlet negara dalam sukan itu adalah pembiayaan, tidak seperti China yang menyediakan dana yang banyak untuk melatih pemain badminton mereka, katanya."Saya dijemput oleh ketua jurulatih badminton China, Li Yongbo untuk melawat pusat latihan mereka dan saya kagum dengan saiz dan kecanggihannya."Misbun yang pern…

Padah Miliki Hempedu dan Tapak Kaki Beruang Madu

Imej
Kota Kinabalu: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menahan dua lelaki kerana memiliki tapak kaki dan hempedu beruang madu di kawasan Kompleks Asia City, di sini, semalam.Dalam kejadian 11.45 pagi itu, penahanan yang dilakukan Unit Penguat Kuasa JHL Sabah turut merampas empat tapak kaki dan satu hempedu dipercayai diambil daripada beruang madu.

Tergolek-golek di tengah malam

Imej
Tatkala jari-jemari Tedi menaip kiriman ini, Tedi masih terjaga tidak mampu melenakan mata.Ini adalah kerana Tedi sedang tergolek-golek menahan sakit perut dan rasa loya di tekak yang seolah-olah mahu memuntahkan semua isi perut Tedi yang sudah tiada apa kerana 3 kali muntah.Ironinya Tedi muntah-muntah setelah tolong urut Mommy yang sebelumnya mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Adakah sakit Mommy telah beralih kepada Tedi?Sebelum ni Tedi sering memperlekehkan sesiapa sahaja yang sendawa apabila mengurut orang lain, kononnya angin daoam badan manusia tu berpindah kepada si tukang urut.Tapi malam ni Tedi pula yang mengalaminya. Tatkala Mommy sudah terlena, Tedi pula berguling-guling menahan ketidakselesaan perut dan tekak. Baru tadi sahaja Tedi mulai cirit-birit setelah sakit perut dan loya-loya.Tapi Tedi macam tetap tak boleh terima sakit ni boleh berpindah dengan urutan. Mungkin tadi kami salah makan kesannya dialami kali pada waktu berbeza. Teori ini boleh diterima kerana hari …

Harry Potter kembali dengan jualan naskah terbaru sebanyak 2 juta salinan dalam 48 jam

Imej
Populariti budak sihir Harry Potter nampaknya tidak merosot

Tajuk karya JK Rowling yang terbaru ini mungkin tidak enak kerana ia bermaksud "Harry Potter dan Anak Sumpahan Bahagian Satu dan Dua", tetapi kisah terbaru budak lelaki sihir itu menjadi satu rahmat besar kepada para penjual buku, dengan 2 juta salinan dijual dalam tempoh 48 jam pertama selepas dilancarkan, seperti yang dimaklumkan oleh penerbit, Scholastic pada hari Rabu lalu .

Cerita ini, yang ditulis oleh pencipta watak Harry Potter, J.K. Rowling bersama-sama dengan John Tiffany dan Jack Thorne, sebenarnya bukannya sebuah buku tapi adalah skrip untuk pengeluaran teater dengan tajuk yang sama yang dipersembahkan di London. Namun, fakta itu nampaknya tidak penting kepada para peminat Harry Potter yang sanggup menunggu dalam barisan panjang dengan ramai di antara mereka memakai pakaian yang memberi penghormatan kepada watak-watak kegemaran mereka dari siri ini - untuk membeli naskah "The Cursed Child" itu ke…

Siapakah Chasun si Penari Langit Angin?

Imej
Selamat pagi semua.Pagi ni Tedi terjaga awal mungkin sebab terlena awal malam tadi. Tedi tak perasan pula bila Tedi terlena tapi rasanya semasa rancangan My Kitchen Rules sedang ke udara.Memandangkan Tedi dah terjaga ni, Tedi contenglah sedikit interpretZZ ni memandangkan dah beberapa hari Tedi abaikan ia sempena melayan jemputan ke rumah-rumah terbuka mahupun rumah-rumah yang tertutup.Tapi hari ini Tedi nak mengarut sedikit, nak ceritakan pasal satu watak yang baru sahaja Tedi perolehi dalam permainan Summoners War. Chasun versi Malam Malaysia oleh Carmenomo Wind Skydancer (Penari Langit Angin) a.k.a ChasunWind Skydancer ni Tedi baru sahaja perolehi daripada Gulungan Mistik (Mystical Scroll).Wind Skydancer ini adalah dari kelompok makhluk 4 bintang dalam Summoners War di mana ia digelar NB4 atau Nat4 yang bermaksud makhluk yang asalnya 4 bintang (natural born at 4 star). Ini adalah kerana dalam Summoners War, kita boleh sahaja naiktaraf mana-mana makhluk kepada 6 bintang secara evolusi…