Watak Iron Man baru dipegang seorang gadis

Tempat Tony Stark sebagai Iron Man akan diambil alih oleh seorang gadis kulit hitam bernama Riri Williams.

Riri adalah seorang pelajar genius di MIT yang baru berusia 15 tahun. Dia telah membina sut Iron Man sendiri di universitinya menyebabkan Tony Stark tertarik kepadanya.

Gambar Iron Man baru yang mengambil alih tempat Tony Stark iaitu seorang gadis.

Riri Williams seterusnya mengambil tempat Tony Stark dalam siri komik bary bertajuk Invincible Iron Man.

Pencipta dan penulis siri Iron Man, Brian Michael Bendis menyatakan bahawa dia mahu mencipta versi moden dalam cerita superhero. Dia berasa bahawa kisah sworang gadis muda yang hidupnya dipenuhi tragedi tapi berjaya ke kolej adalah sesuatu yang memberi inspirasi.

Michael Bendis juga mahu memberikan kaum wanita lebih banyak wakil di dalam komik.

Keputusan Marvel untuk menggantikan watak Tony Stark dengan Riri Williams menyebabkan 2 kem peminat Iron Man terbentuk.

Ada yang tidak sabar dan gembira menerima kehadiran Riri Williams.

Ada juga yang mengecam kerana Riri patut menjadi Iron Woman, ada yang tak mahu Tony Stark digantikan, dan ada yang berasa umur 15 tahun adalah terlalu muda untuk gantikan Tony Stark.

Bagi Tedi, si penilis mungkin mahu hasilkan sut Iron Man yang baru supaya lebih banyak mainan dapat dijual, jadi sut Iron Man Tony Stark mungkin akan dikekalkan, dan mungkin nanti akan ada pertembungan antara 2 watak Iron Man.

Lebih banyak watak bermakna lebih banyak pulus boleh masuk.

Watak berumur 15 tahun pula bermakna fokus mereka mungkin akan lebih menjurus kepada kanak-kanak yang akan membeli mainan yang bakal mereka hasilkan.

Ini semua pastinya untuk keuntungan semata-mata dan tiada kena mengena dengan inspirasi kepada dunia.

Ulasan