Tips Konvoi Kereta Hari Raya

Pada hari raya yang mulia ini ramai di antara kita yang akan berkonvoi ke destinasi masing-masing.

Kami pun akan berkonvoi 3 buah kereta ke Terengganu iaitu dengan sebuah Proton Preve, sebuah Proton Iriz, dan sebuah Subaru XV STI.

Ini adalah beberapa peraturan yang kami perlu ikuti semasa berkonvoi dengan kereta:

1. Semasa berkonvoi jangan kehilangan kereta di hadapan anda, pastikan ada pasangan dalam setiap kereta untuk berhubung antara satu sama lain jika kereta di hadapan hilang dari pandangan.

2. Kekalkan kelajuan yang tetap dan sesuai untuk corak pemanduan setiap pemandu. Jangan ada yang terlalu laju atau terlalu perlahan.

3. Pastikan niat anda jelas, pasang lampu signal lebih awal untuk tukar haluan atau masuk simpang. 30 meter adalah jarak yang dicadangkan.

4. Kekal dalam konvoi setiap masa, jangan memandai nak berhenti sendiri atau tukar haluan sendiri. Berkomunikasi dahulu untuk tetapkan di mana perlu berhenti jika perlu berhenti.

5. Jika anda berasa anda memandu perlahan, anda boleh melambai atau berkomunikasi dengan kereta di belakang untuk memotong kereta anda.

6. Kekalkan jarak selamat iaitu 2 hingga 3 saat dari kereta di hadapan jika memandu pada kelajuan 100 kilometer sejam, jika lebih laju, kiralah sendiri.. hehe.. 6 saat adalah paling sesuai.

7. Jika keadaan membenarkan, tunggu di simpang hingga kereta di belakang nampak kereta anda.

8. Lantik sebuah kereta untuk menjadi kereta terakhir atau sweeper yang memastikan tiada kereta tertinggal di belakang.

9. Patuhi peraturan jalan raya. Jangan langgar lampu isyarat kerana kereta di belakang mungkin akan tersangkut kerana patuhi lampu isyarat.

10. Jila konvoi perlahan, berikan ruang di antara kereta untuk kereta lain memintas.

Itu sahaja. Selamat Hari Raya.

Ulasan