Rumah Usang di Kampung Kijing

Alhamdulillah, kami tiba di rumah usang arwah tokki Master di Kampung Kijing, Marang, Terengganu sebelum jam 9.00 malam tadi.

Di rumah ini Master ada banyak kenangan zaman kanak-kanak, rumah kayu yang dibina dengan kerjasama gotong-royong penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan.

Rumah usang ini kini bocor di beberapa tempat, dan lantainya juga mereput di beberapa bilik. Empat buah bilik di rumah usang ini tiada berpenghuni dan kepulangan Master dan keluarga ketika raya sesekali memenuhi ruangan yang lama sepi.

Malangnya pewaris rumah ini masing-masing tiada berharta atau mampu untuk memeliharanya. Nasib baik juga kayu yang digunakan adalah kayu balak yang tahan lama, cuma dinding, lantai dan atap sahaja yang lemah dimamah usia.

Berapa lamalah rumah ini boleh bertahan? Adakah generasi ketiga keluarga Master nanti boleh membantu memelihara rumah usang ini?

Hanya Allah sahaja yang punyai pengetahuan.

Ulasan