Raya di RSA 2 Gambang Timur di LPT

14:50

Kami dalam perjalanan ke Terengganu dari Temerloh. Kami masuk ke Lebuhraya Pantai Timur tadi dari plaza tol Chenor.

Singgah di RSA 2 Gambang Timur, nasib baik kali ni ada gerai makanan dan minuman Muslim yang buka pada hari raya kali ni.

Kalau dulu memang tutup habis gerai di sini tambahan dulu kami tidak membawa sebarang bekalan makan minum.

Kali ni kami dah bersedia dengan nasi impit dan rendang tetapi ada gerai yang buka, maka makan nasi lemak je la.

Di sini ada seorang perempuan pakai jubah melekap di punggung, nak teur kami segan la pulak kalau dia segan nanti. Hopefully adalah kaum keluarga dia yang tegur.

Di sini ramai kanak-kanak yang membantu ibu bapa mereka berniaga mungkin kerana kakitangan yang sebenar pulang beraya di kampung halaman.

Masa lalu plaza tol tadi Master sempat ucap Selamat Hari Raya kepada toll gate boy yang bertugas di dalamnya. Dia hanya tersenyum sahaja.

Ulasan