Petani temui 255 duit syiling era British

255 keping duit syiling zaman British dari tahun 1862 ditemui oleh seorang petani di daerah Surajpur di India ketika membajak ladangnya.

Petani bernama Phuleshwar Rajwade menemui syiling dengan cetakan imej Permaisuri Elizabeth itu dalam bekas besi bersama-sama sepupunya. Mereka menceritakan penemuan itu kepada kawan-kawan dan penduduk kampung sehingga tiba ke pengetahuan pihak polis yang datang dan merampas harta tersebut.

Syiling itu kini dalam jagaan polis tempatan selaras dengan undang-undang India yang menyatakan harta yang ditemui di bawah tanah atau satu kaki di bawah tanah sebagai harta negara.

Hal itu menyedihkan keluarga peladang itu yang sebelum ini bercadang untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual duit syiling tersebut.

Pihak polis menyatakan bahawa duit syiling itu akan diserahkan kepada pengumpul daerah selepas laporan lanjut disediakan.

Jangan pula syiling itu disonglap oleh pihak lain sudahlah, dan kerajaan India patut memberi penghargaan kepada si penemu harta. Pendapat Tedi ini dikongsi oleh seorang penduduk India yang berpendapat bahawa harta itu akan disimpan, takkan direkodkan, dan akan disonglap para pegawai.

Duit syiling lama British tahun 1862 dengan gambar Queen Elizabeth

Ulasan

  1. Kalau ade gambar.. Sedap sikit tengok hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogger ni ada masalah kalau guna phone tak boleh attach photo. Nak attach gambar kena buka notebook, huhu.

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.