Perpecahan interpretZZ

Akhirnya waktu yang telah lama dijangkakan akhirnya tiba jua.

Master telah melarang Tedi daripada menggunakan akaun beliau untuk membuat coretan dalam interpretZZ ini.

InterpretZZ asalnya adalah akaun blog milik Master yang digunakan beliau untuk memuatnaik gambar-gambar yang agak biasa namun punyai nilai sejarah, di mana itulah sebabnya Master memilih nama interpretZZ sebagai mewakili perbezaan terjemahan minda manusia dalam meneliti sesuatu yang dilihat mata.

Kemudian Master mengalami kesibukan dan akhirnya interpretZZ terbiar berdebu sebegitu sahaja.

gambar cara-cara melukis rumah dan panduan mewarna untuk kanak-kanak

Sehinggalah Tedi menjejakkan kaki ke sini di mana Master meminjamkan profil blogger beliau untuk Tedi sadurkan dalam semua coretan di sini.

Namun seketika tadi Master mengumumkan bahawa Tedi perlu gunakan akaun Tedi sendiri dan Master akan memadam akaun beliau daripada halaman interpretZZ.

Ini adalah kerana Master mendapati bahawa Google telah menyatukan profil pengguna Google sehingga mungkin akan membuatkan orang salah sangka bahawa Tedi dan Master adalah makhluk yang sama.

Selepas ini interpretZZ akan jadi milik Tedi seekor sahaja, dan selamat jalan diucapkan kepada Master.

jodoh kita tidak lama, kita tidak lagi bersama, ku ucapkan selamat jalan kepadamu sahabatku

Semoga Master tidak melihat ini sebagai suatu bentuk pengkhianatan tetapi menerima ia dengan redha sebagai satu bentuk ketentuan.

Hidup kita setiap makhluk sama ada insan mahupun haiwan, manusia mahupun beruang comel sudah ada pelan rencananya masing-masing. Mungkin inilah rencana yang terbaik buat kita.

Tetapi kepada kawan-kawan di luar sana, janganlah pula kalian mengucapkan selamat jalan kepada diri Tedi ini kerana Tedi masih memerlukan kalian untuk menatap apa jua kiriman Tedi dalam interpretZZ ini sama ada ia berbentuk karutan atau carutan. Lagi bagus jika ada yang sudi menderma dengan mengklik sebarang iklan yang ada.

Akhir kalam, walaupun kita pada jalan yang berbeza, semoga kita akan bersua lagi, kerana bumi Allah ini walaupun bulat, ianya terbentang luas untuk kita kembara dan kenali antara satu sama lain.

Ulasan