Pemilihan Pasukan Badminton Sekolah

Semalam, atau lebih tepat untuk disebut pada waktu petang semalam, lebih kurang satu jam sebelum tamat masa persekolahan, tiba-tiba sahaja presiden kelab raket minta Tedi sediakan poster untuk sesi pemilihan pemain badminton sekolah.

Sesi itu akan diadakan pada malam ini di dewan badminton The Challenger di Petaling Jaya.

Kelam-kabut Tedi dibuatnya, terpaksa mencari background sesuai melalui Google sebelum ditambah beberapa patah perkataan.

Nasib baiklah siap walaupun menerima beberapa komen. Tak kisahlah nak komen pun, Tedi tak kisah.

Ulasan