Menyampah dengan Tuan Anas Mikael 5 hari beraya

Hari ini tertonton salah satu episod Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya.

Drama bersiri Tuan Anas Mikael ni bukanlah kegemaran Tedi, tapi makcik yang jadi mak kepada cik Ayu Maisarah tu comel dan kelakar. Lagi-lagi kalau dia gaduh dengan anak gadis dia.

Tapi untuk sekuel raya ni Tedi rasa menyampah, bukan sebab ceritanya tapi disebabkan barisan pelakon tambahan dalam drama ini.

Bukan seorang, ada dua orang pula tu!

Seorang pelakon tambahan wanita yang menamakan diri beliau Erra Fazira dan seorang lagi pelakon tambahan lelaki yang menamakan dirinya Hans Isaac.

Erra Fazira tidak berapa Tedi gemari sebab mulut dia cabul semasa dia menjanda dulu, komen sesuka hati mentang-mentanglah dia diva. Hans Isaac pun sama juga mulut takde insurans, tapi Tedi tak berapa ingatlah pasal dia, not worth it, kata omputeh.

Boleh dikatakan artis-artis yang Tedi banned sebab mulut takde insurans macam Rosnah Mat Aris, Rozita Che Wan dan beberapa nama lagi.

Tapi takpelah kan, senang juga kalau 2 artis yang Tedi banned memegang watak antagonis dalam drama Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya tu, tak payah Tedi pening kepala macam apabila tonton drama Korea yang watak baik dan jahat sama-sama macho dan cool. Hensem pun sama-sama hensem, kita dah pilih yang itu jadi winner, tengok-tengok yang lagi sorang pula jadi hero.

Apa-apa je lah, Tedi malas nak sambung tonton Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya tu, tak luak pun kalau tak tau ending, dah tau dah sapa "menang".

Ulasan