Wah, mengantuk sungguh Tedi ketika ini setelah berhempas-pulas memasang drawer 4 tingkat dari siri Brimnes yang Mommy beli di IKEA Cheras pada hari Sabtu yang lepas.

Ni belum siap sepenuhnya lagi kerana ada dua laci lagi belum dipasang pemegang.

Kerja-kerja pemasangan kami mulakan pada malam sebelum semalam sehingga jam 4 pagi semalam, sebelum kami sambung pada malam semalam sehinggalah pagi ni.

Tedi mengantuk ni pun sebab semalam tidak cukup tidur, itu je lah.

Sambil tu sempat juga Tedi mengumpul monster dalam Summoners War. Dua makhluk terbaru yang sempat Tedi evolve adalah Baretta dan juga Ramira, di mana kedua-duanya adalah resepi fusion untuk satu makhluk baru.

Okaylah, Tedi nak turun ke dapur untuk mencari apa makanan boleh ditelan.