Grant Hanley tetap mahu sertai Newcastle manakala Blackburn Rovers bertegas dengan mahukan yuran perpindahan yang tinggi.

Grant Hanley dijangka akan meminta penjelasan tentang kedudukannya di Blackburn Rovers kelab itu menolak dua tawaran pembeliannya oleh Magpies.

Gambar Grant Hanley. Jersi Blackburn Rovers biru putih.

Dipercayai bahawa Hanley berkeinginan untuk berpindah ke Tyneside tetapi Rovers tampak enggan melepaskan kapten mereka itu.

Tawaran £3.5 juta dan £4.5 juta setakat ini ditolak tatkala Blackburn meminta jumlah di sekitar £6 juta.

Kelab itu mempunyai kedudukan kuat dalam perbincangan ini kerana kontrak Grant Hanley masih berbaki dua tahun.

Hanley pula berasa dia telah berkhidmat dengan baik selama 8 tahun dan mahu mencari pengalaman baru.

Penolakan tawaran pembelian oleh Blackburn Rovers adalah halangan pertama dalam siri pembelian pra-musim buat Newcastle United setelah pembelian lancar beberapa pemain iaitu Matz Sels, Jesus Gamez, Dwight Gayle, Matt Ritchie and Issac Hayden.

Newcastle United dikhabarkan masih mahu membeli seorang penyerang dan seorang pemain sayap sebelum jendela perpindahan ditutup.

Walaupun Newcastle United berjaya mendapatkan Hanley, mereka patut terus berusaha mendapatkan lebih ramai pemain pertahanan.

20171011