Borak pagi dengan Ben Ashaari: Ghostbuster launch

Pagi tadi terserempak dengan pakcik Ben Ashaari, seorang blogger profesional di Malaysia ni.

Tedi kenal dia melalui Mommy, tapi uncle Ben Ashaari ni tak kenal siapa Tedi, hehe.

Katanya dia nak ke Sunway Piramid sebab ada pelancaran rumah hantu Ghostbuster kalau Tedi tak silap dengar.

Dia pergi dengan beberapa blogger member Kelab Blogger Ben Ashaari, katanya kalau Sunway Piramid nak ajak dia seorang saja, Sunway Piramid kena bayar, tapi kalau dia bawa team mungkin tiada bayaran dikenakan.

Bagus betul pakcik Ben tu ek, ajak kekawan gi join review launching tu. Nak aje Tedi membongkar identiti dan join dia sekali, tapi malaslah, banyak hal sekolah dan kerja rumah perlu dibanteras.

Pasal Ghostbuster terbaru ni khabarnya ia bersikap feminist, jadi peminat filen tersebut dikhabarkan mahu memboikot filem tersebut. Itu pun Tedi dengar dari seorang kawan yang meminati filem Ghostbuster tersebut, dia ajak Tedi boikot filem terbaru tu.

Tedi tak kisah sebab Tedi bukan kaki wayang dan Tedi tak pernah pun tonton filem asal Ghostbuster tersebut.

Sekarang ni Tedi di Mydin USJ sedan temani Master minum Nescafe setelah dia kehausan dek pemanduan dalam kesesakan jalan selama sejam. Khabarnya pemandu kereta boleh ternyahhidrat dan hilang berat badan jika memandu berjam-jam dalam keadaan yang mencabar.

Patutlah Master slim aje.

Ulasan