Beza Petronas Syntium 500, 800, 1000 dan 3000

Ramai pula bertanya apa beza Petronas Syntium 800 dan 3000? Tedi kalau nak cerita dengan panjang lebar tentulah tak mampu nak buat, jadi Tedi ceritakan secara ringkas dan rasa-rasa sajalah.

Nasib baik (dan malang) juga kami pernah gunakan kesemua siri minyak enjin Petronas Syntium tersebut, maka bolehlah Tedi ceritakan serba sedikit.

Petronas Syntium 500, mineral

Kita mulakan dengan minyak hitam Petronas Syntium 500 iaitu minyak enjin mineral, semi-sintetik bukan, sintetik pun bukan. Nasihat Tedi, tak payahlah gunakan minyak enjin ni sama sekali. Kami pernah gunakan sekali sahaja semasa kami tidak berwang dan akibatnya enjin menjadi kasar bunyinya... huhu... memang satu kesilapan besar yang Tedi takkan dapat lupakan sehingga ke hari ini.

Petronas Syntium 800, semi-sintetik

Syntium 800 pula adalah minyak enjin Petronas dengan campuran semi-sintetik. Rasanya sama macam guna minyak hitam Petronas Syntium 1000, tapi ia cuma boleh digunakan untuk perjalanan 5000 kilometer sahaja.

Petronas Syntium 1000, sintetik penuh

Syntium 1000 pula adalah minyak enjin sintetik penuh (fully synthetic), yang sekarang turun pangkat ke sintetik gred bawah iaitu SAE 15W-50. Rasanya sama macam guna Syntium 800 tapi ia boleh guna sejauh 10000 kilometer.

Petronas Syntium 3000, sintetik penuh

Gambar minyak hitam Petronas Syntium 3000 sintetik penuh (fully synthetic)

Syntium 3000 juga minyak hitam sintetik penuh (fully synthetic) seperti Syntium 1000 tetapi berbeza daripada segi kelikatan (SAE 5W-40) dan secara khususnya adalah untuk kereta seperti BMW & Porsche. Rasanya bila guna minyak ni berbanding Petronas Syntium 1000 ialah kereta lebih cekap dan senang memecut.

Apakah maksud jenis mineral, semi-sintetik, dan sintetik penuh?

Itulah semua siri Petronas Syntium yang pernah kami gunakan. Petronas ada keluarkan Petronas Syntium 5000 yang dikatakan minyak pelincir paling tinggi prestasinya buat masa ini, memenuhi standard terkini termasuk ILSAC GF-4 untuk penjimatan minyak, namun kami tidak pernah mencubanya.

Selain itu berkenaan jenis-jenis minyak yang disebut mineral, semi-sintetik (semi synthetic) dan, sintetik penuh (fully synthetic) tu bermaksud bahan yang digunakan untuk pembuatan minyak enjin tersebut. Mineral bermaksud ia sepenuhnya adalah produk daripada penapisan petroleum atau minyak mentah. Sintetik pula bermaksud ia adalah minyak tiruan yang menyerupai hasil minyak mentah dan dihasilkan menggunakan kaedah kimia. Semi-sintetik atau sebahagiannya tiruan pula bermaksud campuran kedua-dua bahan. Minyak tiruan (synthetic) adalah lebih tahan lama kerana susunan molekul mereka lebih bagus, tetapi kos penghasilannya pula lebih mahal. 

Itu sahaja coretan buat masa ini, semoga penjelasan ringkas daripada Tedi berkenaan minyak enjin Petronas Syntium itu akan menjawab persoalan kawan-kawan.

Ulasan

  1. terima kasih ulasan ni...bagus setakat ni...nt update kan minyak pelincir baru petronas tu...ada 3 jenis kot yg baru dilancarkan...kalo dpt review tu baik jugak....sbb igt nk try service guna minyak baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama, kawan tanya, Tedi jawab je lah... hihi... entah betul entah tidak.

      Padam

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.