Bagaimana kalahkan formasi 4-2-4

Formasi 5-3-1-1 untuk tewaskan formasi 4-2-4

Formasi 4-2-4 adalah formasi yang agak memeningkan kepala Tedi ketika menentangnya. Formasi ini selalunya digunakan oleh pasukan yang hebat bahagian pertahanannya sehinggakan mereka sanggup untuk bertahan dengan hanya 2 atau 3 orang pertahanan ketika menyerang.

Mereka yang gunakan formasi 4-2-4 ini pula selalunya akan menggunakan corak permainan pantas dan kurang mengawal bola. Apa yang penting ialah 4 orang pemain serangan mereka menerima bola dengan pantas dan tepat.

Untuk mengatasi 4 penyerang yang boleh menjadi 6 jika pemain tengah mereka naik, Tedi gunakan formasi dengan asas menggunakan 5 pemain pertahanan.

  1. Pemain sayap belakang (RB/RWB/LB/LWB) akan menguruskan pemain sayap lawan, jadi pemain sayap belakang yang hebat dan cergas diperlukan.
  2. 3 pertahanan tengah (Central Back, CB) anda akan berurusan dengan 2 penyerang (dua yang lain diuruskan oleh pemain sayap belakang),
  3. anda akan mempunyai pertahanan tengah tambahan yang boleh naik ke atas untuk memberi tekanan kepada bahagian tengah.
  4. 3 pemain tengah anda boleh berurusan dengan dua pemain tengah (Central Midfielder, CM) mereka
  5. Seorang pemain tengah (CM) anda boleh menjadi mempunyai Pertahanan Tengah (Central Back, CB) tambahan apabila dalam tekanan.
  6. Pemain tengah menyerang (Attacking Midfielder, AM) pula boleh ke hadapan untuk membantu penyerang (Striker) ketika menyerang, dan turun ke bawah membantu CM yang lain apabila dalam tekanan.
  7. Jika salah seorang pertahanan tengah lawan (CB) naik ke atas untuk menyerang, pemain tengah (CM) anda masih cukup untuk berdepan dengan 3 orang pemainan lawan, manakala pemain tengah menyerang anda boleh naik ke atas untuk menggugat 3 pemain pertahanan mereka yang tinggal.
  8. Ketika menyerang, apabila pemain sayap belakang (RB/RWB/LB/LWB) membuat hantaran ke hadapan, 2 pemain tengah boleh membuat larian ke hadapan manakala seorang pemain tengah boleh menunggu, manakala pemain tengah menyerang (AM) harus menjadi pencipta permainan (playmaker)
  9. Ini bermakna setiap serangan melibatkan 4 hingga 5 orang pemain sekaligus membebankan pertahanan lawan.

 

ST

AM

CM   CM   CM

LWB                RWB

CB   CB   CB

 

Taktik ini digunakan oleh para pengurus dalam perlawanan bola sepak sebenar dan ia boleh digunakan dalam permainan seperti Winning Eleven, Top Eleven, Total Club Manager dan FIFA Football Manager.

 

Gambar formasi 5-3-1-1 untuk kalahkan formasi 4-2-4

Ulasan