Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Google Maps lebih bersih dan paparkan tempat-tempat menarik

Imej
Google telah mengemaskini aplikasi Google Maps until menjadikannya lebih mesra pengguna dan lebih menarik secara visual.Dalam version terbaru ini Google telah membuang beberapa elements seperti garisan luar jalan untuk memberikan Google Maps rupa yang lebih bersih.Google mendakwa perubahan itu memudahkan pengguna melihat maklumat trafik.Satu lagi ciri terbaru adalah 'areas of interest' atau tempat tumpuan yang akan memfokuskan kepada kawasan-kawasan yang sedang mempunyai banyak aktiviti, serupa seperti ciri pemberitahuan maklumat kesesakan jalan.Kawasan yang banyak aktiviti akan diwarnakan Oren (jingga) manakala kawasan selebihnya akan diwarnakan dengan warna lain.

Aston Villa kelab paling dibenci

Imej
Dengan ketiadaan Sunderland A.F.C dan Middlesbrough dalam senarai perlawanan musim depan, peminat Newcastle United F.C telah mengundi Aston Villa sebagai kelab 'yang paling dibenci' oleh mereka dalam saingan Championship League musim depan.Apa yang paling mengecewakan ialah The Magpies akan menghadapi musim dalam Championship League tanpa saingan dari Wearside iaitu Sunderland atau saingan dari Teesside iaitu Middlesbrough yang kedua-duanya bermain dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League).Pihak ChronicleLive telah melakukan tinjauan pendapat di kalangan peminat untuk melihat siapa yang pasukan yang paling dibenci yang akan dihadapi anak buah Rafa Benitez pada musim depan - dan ia tidak mengejutkan apabila keputusan tinjauan pendapat itu mendedahkan Villans terletak dalam senarai paling atas. Kedua-dua pihak penyokong sudah terjebak dalam persengketaan sejak 2009 apabila peminat Newcastle marah dengan ejekan Aston Villa ke atas penyingkiran mereka - melalui satu sepa…

Tidak boleh letak kereta semalaman di The Sphere, Bangsar South?

Imej
Semalam kami tersekat ketika keluar parking di The Sphere di Bangsar South di mana pas bermusim milik Master tidak dapat dibaca oleh reader pada penghadang (barrier) pintu keluar tempat letak kereta bermusim itu.Kemudian pengawal keselamatan yang bertugas di sana telah membenarkan kami keluar melalui kon-kon yang diletak untuk menghalang jalan masuk lori dan bas.Pagi ini Master tidak dapat masuk ke tempat letak kereta bermusim apabila barrier tersebut menunjukkan mesej "wrong presence" yang bermakna mungkin sepatutnya kami keluar tapi sebaliknya kami masuk.Jaga yang ada di sana meminta kami mengambil tiket dan pergi ke pejabat pengurusan tempat letak kereta Bangsar South.Master cuba keluar semula dari tempat letak kereta menggunakan pas bermusim (season pass) namun barrier kata kami telah melebihi tempoh yang dibenarkan maka kami perlu membuat bayaran. Ini adalah kerana semalam mungkin kami tidak direkodkan sebagai telah keluar, jadi sistem mendakwa kami telah berada di sana…

Perpecahan interpretZZ

Imej
Akhirnya waktu yang telah lama dijangkakan akhirnya tiba jua.Master telah melarang Tedi daripada menggunakan akaun beliau untuk membuat coretan dalam interpretZZ ini.InterpretZZ asalnya adalah akaun blog milik Master yang digunakan beliau untuk memuatnaik gambar-gambar yang agak biasa namun punyai nilai sejarah, di mana itulah sebabnya Master memilih nama interpretZZ sebagai mewakili perbezaan terjemahan minda manusia dalam meneliti sesuatu yang dilihat mata.Kemudian Master mengalami kesibukan dan akhirnya interpretZZ terbiar berdebu sebegitu sahaja.Sehinggalah Tedi menjejakkan kaki ke sini di mana Master meminjamkan profil blogger beliau untuk Tedi sadurkan dalam semua coretan di sini.Namun seketika tadi Master mengumumkan bahawa Tedi perlu gunakan akaun Tedi sendiri dan Master akan memadam akaun beliau daripada halaman interpretZZ.Ini adalah kerana Master mendapati bahawa Google telah menyatukan profil pengguna Google sehingga mungkin akan membuatkan orang salah sangka bahawa Tedi d…

Bagaimana kalahkan formasi 4-2-4

Imej
Formasi 5-3-1-1 untuk tewaskan formasi 4-2-4Formasi 4-2-4 adalah formasi yang agak memeningkan kepala Tedi ketika menentangnya. Formasi ini selalunya digunakan oleh pasukan yang hebat bahagian pertahanannya sehinggakan mereka sanggup untuk bertahan dengan hanya 2 atau 3 orang pertahanan ketika menyerang.Mereka yang gunakan formasi 4-2-4 ini pula selalunya akan menggunakan corak permainan pantas dan kurang mengawal bola. Apa yang penting ialah 4 orang pemain serangan mereka menerima bola dengan pantas dan tepat.Untuk mengatasi 4 penyerang yang boleh menjadi 6 jika pemain tengah mereka naik, Tedi gunakan formasi dengan asas menggunakan 5 pemain pertahanan.Pemain sayap belakang (RB/RWB/LB/LWB) akan menguruskan pemain sayap lawan, jadi pemain sayap belakang yang hebat dan cergas diperlukan.3 pertahanan tengah (Central Back, CB) anda akan berurusan dengan 2 penyerang (dua yang lain diuruskan oleh pemain sayap belakang),anda akan mempunyai pertahanan tengah tambahan yang boleh naik ke atas …

Borak pagi dengan Ben Ashaari: Ghostbuster launch

Imej
Pagi tadi terserempak dengan pakcik Ben Ashaari, seorang blogger profesional di Malaysia ni.Tedi kenal dia melalui Mommy, tapi uncle Ben Ashaari ni tak kenal siapa Tedi, hehe.Katanya dia nak ke Sunway Piramid sebab ada pelancaran rumah hantu Ghostbuster kalau Tedi tak silap dengar.Dia pergi dengan beberapa blogger member Kelab Blogger Ben Ashaari, katanya kalau Sunway Piramid nak ajak dia seorang saja, Sunway Piramid kena bayar, tapi kalau dia bawa team mungkin tiada bayaran dikenakan.Bagus betul pakcik Ben tu ek, ajak kekawan gi join review launching tu. Nak aje Tedi membongkar identiti dan join dia sekali, tapi malaslah, banyak hal sekolah dan kerja rumah perlu dibanteras.Pasal Ghostbuster terbaru ni khabarnya ia bersikap feminist, jadi peminat filen tersebut dikhabarkan mahu memboikot filem tersebut. Itu pun Tedi dengar dari seorang kawan yang meminati filem Ghostbuster tersebut, dia ajak Tedi boikot filem terbaru tu.Tedi tak kisah sebab Tedi bukan kaki wayang dan Tedi tak pernah p…

Bagaimana Amerika Syarikat siapkan kapal perang dalam masa sehari pada Perang Dunia Ke-2

Imej
Tiada siapa yang boleh membina sebuah kapal dalam tempoh satu hari.Itu adalah salah faham yang disebabkan oleh cara kenyataan itu diungkapkan.Kapal A mungkin mengambil masa dua bulan untuk dibina, tetapi apabila barisan pengeluaran bersedia dan berjalan, mereka menghasilkan kapal pada kadar satu hari.Jika anda masih tidak faham, kita cuba contoh ini: Katakan mereka sedang membina 60 buah kapal dan mereka mengambil masa 60 hari untuk menyiapkan sebuah kapal. Mereka akan mula membina kapal pertama pada hari pertama dan yang kedua pada hari kedua dan seterusnya. Pada akhir enam puluh hari mereka telah membina kapal pertama mereka dan keesokan harinya yang kedua selesai dan pada hari ketiga yang ketiga selesai.Jadi kapal-kapal yang dibina sedia pada kadar satu hari, tetapi mereka tidak dibina dalam sehari.Jawapan oleh Craig Weeler.

IKEA Brimnes drawer siap

Imej
Wah, mengantuk sungguh Tedi ketika ini setelah berhempas-pulas memasang drawer 4 tingkat dari siri Brimnes yang Mommy beli di IKEA Cheras pada hari Sabtu yang lepas.Ni belum siap sepenuhnya lagi kerana ada dua laci lagi belum dipasang pemegang.Kerja-kerja pemasangan kami mulakan pada malam sebelum semalam sehingga jam 4 pagi semalam, sebelum kami sambung pada malam semalam sehinggalah pagi ni.Tedi mengantuk ni pun sebab semalam tidak cukup tidur, itu je lah.Sambil tu sempat juga Tedi mengumpul monster dalam Summoners War. Dua makhluk terbaru yang sempat Tedi evolve adalah Baretta dan juga Ramira, di mana kedua-duanya adalah resepi fusion untuk satu makhluk baru.Okaylah, Tedi nak turun ke dapur untuk mencari apa makanan boleh ditelan.

Kencing kuning pekat selepas berlari 10 kilometer

Fuh, dahsyat betul. Tadi semasa buang air kecil, Tedi dapati kencing Tedi berwarna kuning pekat seperti air teh O dengan teh direndam lama, pekat sampai kecoklatan.Lama Tedi tak jumpa keadaan sebegini.Mengikut kajian Tedi, fenomena kencing kuning pekat itu mungkin disebabkan kekurangan badan dalam air setelah badan Tedi kehilangan air dalam larian TM Fan Run 2016 semalam.Semalam adalah percubaan pertama Tedi lari sejauh 10 kilometer dalam larian rasmi, semuanya kerana Tedi nak ada catatan masa rasmi menggunakan alat rekod masa pihak penganjur pertandingan secara elektronik yang hanya ada pada larian 10 kilometer dan 21 kilometer.Rasa nak mati jugalah semalam selepas sekian lama berehat dari dunia larian. Langkah atau pace Tedi pun jauh berbeza iaitu 8 minit per kilometer, di mana selalunya Tedi dapat capai bawah 8 minit.Berkenaan dengan kencing kuning pekat yang semakin pekat selepas Tedi tidur semalaman, mungkin ia adalah bahan buangan yang diproses badan Tedi semasa Tedi tidur. Namp…

Muat sepanjang 160 sentimeter

Besok ada larian jadi Tedi akan berusaha untuk lelapkan mata pada ketika ini juga. Tapi sebelum tu kenalah buat catatan baru dalam interpretZZ.Hari ini sepanjang hari kami berada di IKEA Cheras yang terletak di Jalan Cochrane yang telah menyebabkan kami sesat barat di sana. Perjalanan dari Sepang ke IKEA Cheras tak sampai sejam jika tiada kesesakan lalu lintas.

Petani temui 255 duit syiling era British

Imej
255 keping duit syiling zaman British dari tahun 1862 ditemui oleh seorang petani di daerah Surajpur di India ketika membajak ladangnya.Petani bernama Phuleshwar Rajwade menemui syiling dengan cetakan imej Permaisuri Elizabeth itu dalam bekas besi bersama-sama sepupunya. Mereka menceritakan penemuan itu kepada kawan-kawan dan penduduk kampung sehingga tiba ke pengetahuan pihak polis yang datang dan merampas harta tersebut.Syiling itu kini dalam jagaan polis tempatan selaras dengan undang-undang India yang menyatakan harta yang ditemui di bawah tanah atau satu kaki di bawah tanah sebagai harta negara.Hal itu menyedihkan keluarga peladang itu yang sebelum ini bercadang untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual duit syiling tersebut.Pihak polis menyatakan bahawa duit syiling itu akan diserahkan kepada pengumpul daerah selepas laporan lanjut disediakan.Jangan pula syiling itu disonglap oleh pihak lain sudahlah, dan kerajaan India patut memberi penghargaan kepada si penemu harta. Pendapa…

Pemilihan Pasukan Badminton Sekolah

Semalam, atau lebih tepat untuk disebut pada waktu petang semalam, lebih kurang satu jam sebelum tamat masa persekolahan, tiba-tiba sahaja presiden kelab raket minta Tedi sediakan poster untuk sesi pemilihan pemain badminton sekolah.Sesi itu akan diadakan pada malam ini di dewan badminton The Challenger di Petaling Jaya.Kelam-kabut Tedi dibuatnya, terpaksa mencari background sesuai melalui Google sebelum ditambah beberapa patah perkataan.Nasib baiklah siap walaupun menerima beberapa komen. Tak kisahlah nak komen pun, Tedi tak kisah.

Pecah rumah Taman Dahlia, BB Salak Tinggi

Rumah kawan sepejabat kepada jiran Master kena pecah.Lokasi di Taman Dahlia di atas bukit berhadapan dengan Sekolah Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, dan 2 buah rumah lain.Suspek pencuri berbangsa Melayu, dan mereka survey rumah untuk dirompak dengan menyamar sebagai pencuci longkang Majlis Perbandaran Sepang.

Watak Iron Man baru dipegang seorang gadis

Imej
Tempat Tony Stark sebagai Iron Man akan diambil alih oleh seorang gadis kulit hitam bernama Riri Williams.Riri adalah seorang pelajar genius di MIT yang baru berusia 15 tahun. Dia telah membina sut Iron Man sendiri di universitinya menyebabkan Tony Stark tertarik kepadanya.Riri Williams seterusnya mengambil tempat Tony Stark dalam siri komik bary bertajuk Invincible Iron Man.Pencipta dan penulis siri Iron Man, Brian Michael Bendis menyatakan bahawa dia mahu mencipta versi moden dalam cerita superhero. Dia berasa bahawa kisah sworang gadis muda yang hidupnya dipenuhi tragedi tapi berjaya ke kolej adalah sesuatu yang memberi inspirasi.Michael Bendis juga mahu memberikan kaum wanita lebih banyak wakil di dalam komik.Keputusan Marvel untuk menggantikan watak Tony Stark dengan Riri Williams menyebabkan 2 kem peminat Iron Man terbentuk.Ada yang tidak sabar dan gembira menerima kehadiran Riri Williams.Ada juga yang mengecam kerana Riri patut menjadi Iron Woman, ada yang tak mahu Tony Stark d…

Menyampah dengan Tuan Anas Mikael 5 hari beraya

Hari ini tertonton salah satu episod Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya.Drama bersiri Tuan Anas Mikael ni bukanlah kegemaran Tedi, tapi makcik yang jadi mak kepada cik Ayu Maisarah tu comel dan kelakar. Lagi-lagi kalau dia gaduh dengan anak gadis dia.Tapi untuk sekuel raya ni Tedi rasa menyampah, bukan sebab ceritanya tapi disebabkan barisan pelakon tambahan dalam drama ini.Bukan seorang, ada dua orang pula tu!Seorang pelakon tambahan wanita yang menamakan diri beliau Erra Fazira dan seorang lagi pelakon tambahan lelaki yang menamakan dirinya Hans Isaac.Erra Fazira tidak berapa Tedi gemari sebab mulut dia cabul semasa dia menjanda dulu, komen sesuka hati mentang-mentanglah dia diva. Hans Isaac pun sama juga mulut takde insurans, tapi Tedi tak berapa ingatlah pasal dia, not worth it, kata omputeh.Boleh dikatakan artis-artis yang Tedi banned sebab mulut takde insurans macam Rosnah Mat Aris, Rozita Che Wan dan beberapa nama lagi.Tapi takpelah kan, senang juga kalau 2 artis yang Tedi banned m…

De5 Homestay, Kampung Delima, Wakaf Bharu, Kelantan

Imej
Hari ini Tedi nak promosi sebuah homestay di Wakaf Bharu. Tapi gambar mungkin tiada kerana Tedi belum sempat ngadap buku nota lagi.Harga semalaman: MYR 100 sahaja.Inap desa (homestay) di Kampung Delima, Wakaf Bharu, Kelantan di Jalan Bunut Susu - Kubang Batang.Berhadapan (seberang jalan) Masjid Mukim Delima dan kedai makan.Sebuah rumah dengan 2 bilik, 1 tandas, 1 bilik air, ruang tamu, dan dapur.Setiap bilik dan ruang tamu punyai kipas siling, tanpa penghawa dingin.Setiap bilik tidur punyai katil queen.Tempat menarik:Masjid Kampung Delima (30 meter)Klinik Delima (200 meter)Pekan Wakaf Bharu (3 km)Stesen Keretapi KTMB Wakaf Bharu (4.8 km)Masjid Diraja al-Ismaili Pasir Pekan (7.2 km)Kolej Komuniti Pasir Pekan (7 km)Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pasir Pekan (8.5 km)TESCO Kota Bharu (10.1 km)Wakaf Che Yeh (10 km)Stadium Sultan Muhammad IV (10.5 km)Pasar Siti Khadijah (10.8 km)Bazar Tok Guru (11.3 km)Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor (17 km)Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pangkalan Che…

Dari Wakaf Bharu ke Felda Sungai Lui, 17 jam

Alhamdulillah, jam 12:00 tadi rombongan Tok Ayah dan Pak Ngah Shah selamat tiba di Felda Sungai Lui di Negeri Sembilan setelah menempuh perjalanan selama 17 jam dari Kampung Delima di Wakaf Bharu.Mereka menggunakan laluan Tendong - Mulong - Machang - Kuala Krai - Kuala Lipis - Simpang Pelangai - Kemayan - Felda Sungai Lui.Perjalanan bermula pada jam 5.00 petang Sabtu sebelum mereka tersangkut di Machang selama 3 jam. Pada jam 11.00 malam mereka baru sampai ke Kuala Krai tapi kemudian mereka sangkut pula di Kuala Krai selama 8 jam.Pada jam 4.30 pagi Ahad baru mereka sampai di Gua Musang.Kawan Mommy yang bergerak pada waktu yang sama iaitu sebelum Subuh hari Ahad turut tersekat dalam kesesakan jalan raya di Machang.Nampaknya rakyat Kelantan kena cari taktik lain untuk pergerakan keluar masuk Kelantan semasa raya. Kerajaan negeri Kelantan pula wajib bina lebuhraya merentangi negeri Kelantan.Jambatan-jambatan baru juga perlu dibina menyeberangi sungai-sungai yang agak lebar di Kelantan. A…

12 jam dari Wakaf Bharu ke Gua Musang

Sekarang jam 4.30 pagi.Bermakna Tok Ayah dan rombongan sudah berada dalam kereta selama 12 jam, dan kini mereka baru berada di Gua Musang.Semalam mereka tersekat di Machang selama 5 jam.Dari Kuala Krai ke Gua Musang pula mereka tersekat selama 7 jam.Dahsyat betul pergerakan kereta semalam, nampaknya ramai memilih Sabtu untuk travel pulang ke destinasi masing-masing kerana mengejar hari bekerja pada Isnin. Ini tidak menghairankan kerana tentunya ramai yang mahu berehat pada hari Ahad.Pagi ini pula, mungkin gerombolan baru kenderaan akan memulakan pergerakan pulang ke destinasi masing-masing.Dari Gua Musang ke Felda Sungai Lui akan mengambil masa 4 jam jika tiada kesesakan. Tedi doakan perjalanan mereka lancar selepas ini.Aplikasi Google Map dan Waze pula nampak macam tidak beraksi baik pada pagi ini kerana jalan yang mereka berikan nampak tak bagus. Mungkin mesin pelayan mereka mengalami bebanan dek musim perayaan tahun ini.

Visit Pengkalan Kubor Free Duty Zone

Imej
Tajuk bahasa omputeh tu bagi gempak sikit, bukannya apa, sebab dah banyak kali terjah Pengkalan Kubor ni.Kali ni bawa Tok Mak, Tok Ayah, Mak Ngah dan family, Pak Teh, dan Pak Su dua orang (kembar).Kami semua baru sampai dari Marang, Terengganu semalam. Bermalam di rumah Tok Abah di Wakaf Bharu.Semalam kami beraya di Ketereh kalau tak silap di Kampung Tok Piah, di rumah keluarga seorang staff Tok Ayah di sana. Malam semalam pula kami terjah Wakaf Che Yeh beli permaidani harga MYR 90.Hari ni saja ke Pengkalan Kubor, mana tau mereka nak beli coklat di sini.Punyalah sesak Pengkalan Kubor sampaikan kami terpaksa parking kereta hampir 1 kilometer jauhnya disebabkan kami tak mahu beratur cari tempat letak kereta di dalam kawasan bebas cukai ni.Master nak keluarkan duit di mesin ATM BSN di sini yang satu-satunya auto teller machine di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor ni tapi mesin itu kehabisan wang pula.Mommy bawa sanak-saudara masuk Edaran Impian Suri macam biasa. Tedi duduk luar je seba…

Kamera digital pertama dunia ambil gambar 0.01 megapiksel

Kamera digital pertama dunia dicipta pada tahun 1975.Ia hanya mampu ambil gambar dengan resolusi 0.01 megapiksel berwarna hitam putih.Kamera itu mengambil masa selama 23 saat untuk menangkap 1 gambar yang kemudiannya disimpan ke dalam pita magnetik.Berat kamera digital pertama dunia itu adalah 4 kilogram.Ia dibina oleh jurutera Kodak bernama Steven Sasson dengan menggunakan barang-barang buangan daripada barisan pembuatan syarikat itu.Jenuh kalau nak bawa kamera seberat begitu ke sana ke mari, kan?Agak mengkagumkan juga kamera digital pada zaman sekarang boleh dibawa di dalam poket.

Tak pernah hayati suria terbit di pantai Terengganu

Imej
Terengganu adalah negeri yang indah dengan pesisiran pantai yang memanjang dari Kemaman sehingga Kuala Terengganu.Bertuah juga ada kampung di daerah Marang yang terletak berhampiran dengan pantai. Kuala Marang pula adalah lokasi terletaknya jeti ke Pulau Kapas dan Pulau Kerengga, dua buah pulau yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti.Bagi peminat aktiviti memancing dan mencandat sotong di lautan biru, Marang juga menjadi tumpuan mereka.Selalunya apabila kami bercuti atau melancong di kawasan pulau atau di tepi pantai, aktiviti yang akan kami kejar ialah melihat mentari terbit.Ironinya apabila kami berada di kpung yang telah mempunyai ciri-ciri yang kami kejar selama ini, tidak pula kami melakukannya.Mengejar matahari terbit di pantai Marang, Terengganu mungkin akan jadi impian Tedi selepas ini.Mungkinkah kami perlu kembali ke sini sebagai pelancong dan bukannya sebagai anak desa yang pulang ke kampung?

Rumah Usang di Kampung Kijing

Imej
Alhamdulillah, kami tiba di rumah usang arwah tokki Master di Kampung Kijing, Marang, Terengganu sebelum jam 9.00 malam tadi.Di rumah ini Master ada banyak kenangan zaman kanak-kanak, rumah kayu yang dibina dengan kerjasama gotong-royong penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan.Rumah usang ini kini bocor di beberapa tempat, dan lantainya juga mereput di beberapa bilik. Empat buah bilik di rumah usang ini tiada berpenghuni dan kepulangan Master dan keluarga ketika raya sesekali memenuhi ruangan yang lama sepi.Malangnya pewaris rumah ini masing-masing tiada berharta atau mampu untuk memeliharanya. Nasib baik juga kayu yang digunakan adalah kayu balak yang tahan lama, cuma dinding, lantai dan atap sahaja yang lemah dimamah usia.Berapa lamalah rumah ini boleh bertahan? Adakah generasi ketiga keluarga Master nanti boleh membantu memelihara rumah usang ini?Hanya Allah sahaja yang punyai pengetahuan.

Beza Petronas Syntium 500, 800, 1000 dan 3000

Imej
Ramai pula bertanya apa beza Petronas Syntium 800 dan 3000? Tedi kalau nak cerita dengan panjang lebar tentulah tak mampu nak buat, jadi Tedi ceritakan secara ringkas dan rasa-rasa sajalah.Nasib baik (dan malang) juga kami pernah gunakan kesemua siri minyak enjin Petronas Syntium tersebut, maka bolehlah Tedi ceritakan serba sedikit.Petronas Syntium 500, mineralKita mulakan dengan minyak hitam Petronas Syntium 500 iaitu minyak enjin mineral, semi-sintetik bukan, sintetik pun bukan. Nasihat Tedi, tak payahlah gunakan minyak enjin ni sama sekali. Kami pernah gunakan sekali sahaja semasa kami tidak berwang dan akibatnya enjin menjadi kasar bunyinya... huhu... memang satu kesilapan besar yang Tedi takkan dapat lupakan sehingga ke hari ini.Petronas Syntium 800, semi-sintetikSyntium 800 pula adalah minyak enjin Petronas dengan campuran semi-sintetik. Rasanya sama macam guna minyak hitam Petronas Syntium 1000, tapi ia cuma boleh digunakan untuk perjalanan 5000 kilometer sahaja.Petronas Syntiu…

Raya di RSA 2 Gambang Timur di LPT

Imej
14:50Kami dalam perjalanan ke Terengganu dari Temerloh. Kami masuk ke Lebuhraya Pantai Timur tadi dari plaza tol Chenor.Singgah di RSA 2 Gambang Timur, nasib baik kali ni ada gerai makanan dan minuman Muslim yang buka pada hari raya kali ni.Kalau dulu memang tutup habis gerai di sini tambahan dulu kami tidak membawa sebarang bekalan makan minum.Kali ni kami dah bersedia dengan nasi impit dan rendang tetapi ada gerai yang buka, maka makan nasi lemak je la.Di sini ada seorang perempuan pakai jubah melekap di punggung, nak teur kami segan la pulak kalau dia segan nanti. Hopefully adalah kaum keluarga dia yang tegur.Di sini ramai kanak-kanak yang membantu ibu bapa mereka berniaga mungkin kerana kakitangan yang sebenar pulang beraya di kampung halaman.Masa lalu plaza tol tadi Master sempat ucap Selamat Hari Raya kepada toll gate boy yang bertugas di dalamnya. Dia hanya tersenyum sahaja.

Tejas sertai Tentera Udara India

Imej
Dua buah Pesawat Tempur Ringan Tejas sertai Tentera Udara India mulai Jumaat lepas.Mereka adalah sebahagian daripada Squadron 45 "Flying Daggers" yang turut akan menerima 18 buah pesawat Tejas lagi termasuk 4 buah pesawat latihan pada 2018.Pesawat itu dinamakan Tejas daripada Bahasa Sanskrit yang bermaksud radiance oleh bekas Perdana Menteri India, Atal Bihari Vajpayee.Pesawat Tempur Ringan (LCA) milik India adalah pesawat terkecil dan paling ringan dalam kelas Pesawat Tempur Supersonik Pelbagai Fungsi.Pesawat pejuang Tejas adalah pesawat pejuang satu enjin, guna sayap kompaun delta, tiada ekor yang direka Tentera Udara India dan Tentera Laut India.Setiap skuadron pesawat tempur Tejas akan kandungi 20 buah pesawat, termasuk 4 buah pesawat simpanan.Barisan pesawat tempur ringan baru India dibina untuk menggantikan cabang pesawat ringan Tentera Udara India yang kebanyakannya dibarisi oleh MIG-21 dan Mirage 2000. Teknologi Tejas jauh lebih hebat berbanding MIG-21 yang dibina pa…

Tips Konvoi Kereta Hari Raya

Pada hari raya yang mulia ini ramai di antara kita yang akan berkonvoi ke destinasi masing-masing.Kami pun akan berkonvoi 3 buah kereta ke Terengganu iaitu dengan sebuah Proton Preve, sebuah Proton Iriz, dan sebuah Subaru XV STI.Ini adalah beberapa peraturan yang kami perlu ikuti semasa berkonvoi dengan kereta:1. Semasa berkonvoi jangan kehilangan kereta di hadapan anda, pastikan ada pasangan dalam setiap kereta untuk berhubung antara satu sama lain jika kereta di hadapan hilang dari pandangan.2. Kekalkan kelajuan yang tetap dan sesuai untuk corak pemanduan setiap pemandu. Jangan ada yang terlalu laju atau terlalu perlahan.3. Pastikan niat anda jelas, pasang lampu signal lebih awal untuk tukar haluan atau masuk simpang. 30 meter adalah jarak yang dicadangkan.4. Kekal dalam konvoi setiap masa, jangan memandai nak berhenti sendiri atau tukar haluan sendiri. Berkomunikasi dahulu untuk tetapkan di mana perlu berhenti jika perlu berhenti.5. Jika anda berasa anda memandu perlahan, anda bole…

Felda Sungai Lui pra-raya 2016

Alhamdulillah, kami sudah sampai ke rumah Tok Ayah di Felda Sungai Lui pada waktu Maghrib tadi.Perjalanan dari Sepang ke Felda Sungai Lui melalui Lebuhraya LEKAS dan Kuala Pilah tadi agak terganggu oleh pergerakan trafik yang perlahan dari Ulu Bendul ke pekan Kuala Pilah. Tedi tidak pasti sama ada Kuala Pilah ini sebuah bandar atau pekan, tapi macam best je disebut pekan... hehe..Di kiri kanan jalan ke Kuala Pilah agak unik sebab anda boleh melihat ramai peniaga menjual itik-itik salai yang digantung di gerai masing-masing. Kebiasaannya ada juga peniaga yang jual daging salai, tapi Tedi macam tak nampak pula tadi. Lemang turut menjadi produk popular yang dijual di kawasan yang sama.Di rumah Tok Ayah kami berbuka dengan nasi putih berlaukkan Sup Tulang dan Rendang Dagin, dua hidangan yang kaya dengan kolestrol.Kemudian pada jam 11 malam tadi, Tedi bantai pula Nasi Impit berkuah kacang. Bulat sudah perut Tedi yang sudah mengempis hasil puasa tahun ini.Esok kami akan bergerak konvoi tiga…

N untuk Nougat

Imej
Android N - versi seterusnya untuk sistem operasi Android yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Google pada musim panas nanti telah diberi nama: Android 7.0 Nougat.Sebelum ini Google memilih sendiri nama untuk Android OS, tetapi kali ini mereka serahkan kepada orang ramai untuk memilih nama yang sesuai, namun Google menyatakan mereka berhak untuk memutuskan nama yang sesuai.Nougat disebut nu:ga:. Orang Amerika menambah huruf 't' di belakang perkataan itu dan ia juga disebut n-u-gut.Mengikut kamus Oxford, nougat adalah manisan daripada gula atau madu, kacang-kacang dan putih telur. Ia dikatakan berasal dari Itali beberapa kurun yang lalu.Bar coklat Toblerone dari Swiss adalah sejenis nougat, jika kawan-kawan tak boleh bayangkan bagaiman rupa nougat. Tetapi nougat boleh ditemui dalam pelbagai rupa dan jenis.Sebenarnya ramai peminat Android lebih gemari nama Nutella, tetapi ia mungkin tidak dipilih oleh Google kerana nanti Google akan terpaksa membayar royalti kepada Ferrero Ro…

Maklumat peribadi 150000 pengguna Muslim Match bocor

Maklumat peribadi 150,000 pengguna dan 7,000,000 mesej peribadi di antara ahli Muslim Match dilaporkan telah dikirim ke dalam internet setelah laman temujanji (dating)  itu didakwa telah digodam (hack). Laman web Muslim Match mengeluarkan kenyataan yang berbunyi,  "Kami telah dimaklumkan mengenai dakwaan kebocoran keselamatan dan kami sedang memeriksa sistem kami di samping memperbaiki keadaan dan mengetatkan tahap keselamatan sistem kami".

NASA Juno masuki orbit Planet Jupiter

Imej
Kapal angkasa Juno milik NASA yang bernilai USD$ 1.1 billion telah berjaya memasuki orbit Planet Jupiter hari ini. Planet Jupiter adalah planet terbesar dalam sistem suria.Juno mula dilancarkan pada 5 tahun lepas.Kapal angkasa itu akan mengkaji komposisi planet Jupiter, graviti, medan magnet, dan sebarang pentunjuk kepada pembentukan planet tersebut.Juno adalah kapal angkasa kedua yang mengorbit planet Jupiter selepas Galileo melakukannya pada 1995 hingga 2003.

Belarus buang 4 kosong daripada matawang

1 Julai 2016 - Belarus telah membuang empat angka kosong daripada matawang ruble, mengubah semula matawangnya untuk kali ketiga sejak 1992.Nilai baru 1 Belarusian Ruble adalah bersamaan dengan 10000 Belarusian Ruble lama.Keputusan itu diumumkan pada tahun lepas lagi apabila Belarus dilanda krisis ekonomi yang memaksa negara itu mengurangkan nilai rasmi matawangnya berbanding matawang dunia yang lain.

Spotify kecam Apple kerana sekat versi baru aplikasinya

Imej
App Store telah menyekat kemaskini terbaru aplikasi Spotify untuk iOS atas alasan Spotify melanggar peraturan model perniagaan. Mengikut peraturan tersebut, Spotify perlu menggunakan sistem bil Apple jika ia mahu mengenakan langganan dalam aplikasi mereka, tetapi Spotify tidak mahu gunakannya sebaliknya menggalakkan pelanggan mereka melanggan melalui web.Ini adalah kerana Apple mengenakan cukai 30% ke atas setiap langganan sehingga menyebablan harga langganan aplikasi Spotify lebih mahal USD$ 3 berbanding langganan Apple Music (USD$ 10) jika gunakan sistem bil Apple.Hal ini menyebabkan Spotify tuduh Apple cuba membunuh persaingan dengan menggunakan Apple Store, dan peguam Spotify telah menghantar surat rasmi kepada pihak Apple.Apple pula menuduh Spotify manja dan mahukan Apple mengutamakan mereka, dan mereka tidak membunuh persaingan kerana semua pembangun aplikasi iOS yang lain tertakluk kepada peraturan yang sama.Pada Tedi ini adalah satu bentuk monopoli, namun mungkin kerana Apple p…

NESTLÉ CORN FLAKES pupus di pasaraya

Imej
Semalam selepas kami bergerak pulang dari kedai bakery Yummie di Bangi, kami segera menuju ke TESCO Hypermarket Bandar Baru Nilai.Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli emping jagung (NESTLÉ CORN FLAKES) yang bakal menjadi ramuan penting dalam resepi Cornflakes Madu yang Mommy ingin buat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.Malangnya hajat kami ke sana tidak tercapai kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini sudah kehabisan stok.Maka kami merayau pula ke beberapa buah pasaraya yang agak terkenal di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, namun hasilnya masih hampa kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini tetap juga belum ditemui.Akhirnya kami berjaya mendapatkannya di sebuah kedai runcit yang terletak di hadapan Empress Hotel dengan harga yang agak mahal iaitu MYR 12.90 (dua belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja), selalunya kami beli dalam lingkungan harga MYR 8 (lapan Ringgit Malaysia sahaja) ke bawah.Hebat sungguh teknik pemasaran NESTLÉ Corn Flakes Malaysia Melih…

Android 1.0 dan 1.1 tidak guna nama dessert

Imej
Tidak seperti tradisi Google yang menamakan versi Android berdasarkan nama dessert dalam susunan abjad, dua versi pertama Android hanya dipanggil Android 1.0 dan Android 1.1. Android pertama yang mendapat nama timangan berasaskan nama dessert ialah Android 1.5 yang dipanggil Cupcake.Ia seterusnya diikuti oleh Donut, Eclair, Froyo, Gingerbread, Honeycomb, Ice Cream Sandwich, Jelly Bean, Kitkat, Marshmallow, dan yang terbaru dipanggil Nougat.Android adalah OS atau system operasi bagi telefon pintar yang dibeli Google. Ia berasaskan Java yang dibeli Oracle menyebabkan Oracle cuba menyaman Google dengan dakwaan melanggar akta hakcipta.Walaubagainapun, Oracle kalah dalam percubaan saman tersebut kerana Android menggunakan sumber terbuka.

Singgah di Az-Zahrah dan Yummie

Imej
Pagi ni kami ke Hospital Az-Zahrah, melawat kawan Master yang baru selesai pembedahan tulang belakang.Pembedahan itu adalah untuk buang cakera tulang belakang beliau yang telah pecah dan menekan saraf tulang belakangnya.Pada mulanya beliau memang ada sedikit masalah tulang belakang, jadi beliau solat tarawikh gunakan kerusi. Entah bagaimana pada suatu hari ada budak lelaki yang tarik kerusi tu semasa beliau sedang solat tarawikh sehingga jatuh terduduk beliau dibuatnya.Moga ibu bapa lebih mengawal anak-anak mereka di Masjid atau surau mana tahu kes sebegini terjadi lagi.Alhamdulillah, uncle tu nampak okay dan dah boleh berjalan. Rasa macam kagum pula sebab baru lepas bedah dah boleh jalan dalam sehari sedangkan sebelum ni begitu seksa beliau berjalan.Uncle tu turut memberi beberapa tips penjagaan tulang belakang kepada Master kerana Master turut mengalami lenguh tulang belakang dek pemanduan yang lama setiap hari.Selepas selesai melawat kawan Master, kami  ke kedai pembekal bahan bake…

Cerita Semalam - 1 Julai 2016

Imej
Ke KLIA2 pada jam 6.30 pagiCerita semalam bermula dengan kami sekeluarga menghantar Mak Long Ili, Mak Lang Izati dan kawannya Makcik Aisyah ke KLIA2 sempena penerbangan mereka ke Kelantan.Jalan dari Nilai ke Banting punyalah sesak walaupun jam baru 6:45 pagi. Jadi sesiapa yang mahu hantar orang ke KLIA atau KLIA2 selepas jam 6 pagi haruslah gerak awal. Sebelum ni kami selalu hantar orang sebelum 6 pagi, memang jalan tiada kereta.Master terpaksa menyelit di belah kiri sekali sebab dua lorong kanan sesak dengan kereta yang nak ke Cyberjaya atau Dengkil atau Kota Warisan.Laluan kontra di Lebuhraya MEXSelepas hantar mereka, seperti biasa Master dan Mommy ke pejabat masing-masing. Lebuhraya MEX sesak gila sehingga dibuka laluan kontra. Pertama kali Tedi tengok MEX membuka laluan kontra iaitu selepas persimpangan Bukit Jalil dan masuk semula sebelum persimpangan Kuchai Lama.Selepas itu jalan melalui Lebuhraya Pantai Baharu agak lancar.Master ambil alih tugas rakan sekerjaSemalam adalah hari…

Dari mana datangnya nama Jalan Ma'arof , Bangsar

Alfatihah..Dari mana datangnya nama Jalan Ma'arof , Bangsar . . . En Ma'arof ialah bapa kepada seniman veteran Datuk Mustap
ha Ma'arof : - Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung Dalam HutanOrang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia. Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria.Jalan MaarofBagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli beli Bangsar.Siapa MaarofSiapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan. Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pen…

Selamat bersahur daripada Irfan

Imej
Hai semua, Irfan ucapkan selamat bersahur.Sahur jangan makan banyak-banyak sangat, jangan banyak makan makanan bergoreng nanti haus, kurangkan juga minuman berkafein dan minuman manis.\(^^,)/

Facebook tunjuk kawan dulu

Imej
Facebook telah mengumumkan kemaskini terbaru pada sistem Suapan Berita mereka pada hari Rabu lepas.Kemaskini itu akan membuatkan para pengguna Facebook ditunjukkan lebih banyak kiriman daripada keluarga dan kawan-kawan mereka berbanding kiriman para penerbit. Facebook berkata bahawa mereka bukannya memilih apa yang patut dibaca oleh pengguna, sebaliknya mereka mahu hubungkan para manusia dan juga idea mereka.Facebook juga menyatakan bahawa kemaskini itu akan menyebabkan beberapa Laman penerbit akan kehilangan trafik.Tedi rasa bagus juga kemaskini sebegini diadakan mungkin Facebook mahu kembali ke asas di mana pada suatu masa dulu Facebook adalah tempat manusia berkongsi kiriman dan idea, bukan tempat iklan.Lagipun Facebook mungkin sedar bahawa mereka kini punyai ramai pesaing.Kalaulah ASTRO ada ramai pesaing... huhuhu...