Semalam dalam pengundian referendum, United Kingdom memilih untuk tinggalkan Kesatuan Eropah selepas 40 tahun menyertainya. Tentunya khabar ini meletakkan para pelabur saham dan orang ramai di seluruh dunia dalam keadaan cemas.

Gambar kisah Britain keluar dari Kesatuan Eropah

Tiadalah Tedi punyai pengetahuan mendalam mengenai ekonomi jadi tidak perluah Tedi sentuh apakah kesan undian tersebut kepada ekonomi global. Cuma Tedi nak katakan di sini bahawa Tedi tak terkejut langsung dengan langkah United Kingdom memilih untuk "Brexit."

Apa yang mengejutkan adalah penyertaaan mereka ke dalam blok Kesatuan Eropah tersebut. Sebenarnya Tedi agak prejudis bahawa Kesatuan Eropah ini akan berjaya kerana mereka punyai konflik di dalam benua mereka sendiri.

Mereka tidak pernah ada kesatuan, sebaliknya dengan kewujudan banyak kumpulan etnik, Eropah adalah sekumpulan manusia daripada pelbagai budaya dan juga pelbagai bahasa yang bekerja dengan tujuan yang saling bertentangan atau bersilangan di antara satu sama lain.

Hasilnya mereka selalu terlibat dalam perang berpanjangan di antara satu sama lain.Lihat sahaja kepada sejarah Perang Dunia  I dan II, yang telah membunuh kira-kira 70 orang.

Mereka alami ancaman daripada apa yang digelar  Pengganas Islam, juga Krisis pelarian Syria, dan juga  sentimen kebangsaan di seluruh Eropah semakin merenggangkan ikatan yang sudah sedia lemah di antara Negara Eropah. Hanya tunggu masa sebelum sebuah negara meninggalkan blok Kesatuan Eropah tersebut.

Sedangkan semasa menonton perlawanan bola sepak Euro pun mereka boleh gaduh gila babi.

Pada pendapat Tedi, nampak sangat United Kingdom ini pentingkan diri kerana apabila dalam kesusahan, mereka nak cabut lari. Tapi apa boleh buat, mereka juga perlu jaga negara dan rakyat mereka sendiri.