AMARAN!!! Ini adalah bacaan untuk orang dewasa sahaja, diharap kanak-kanak atau para remaja mendapatkan bimbingan orang dewasa.

Gambar gadis berusia 11 tahun yang memberi nama kepada Planet Pluto
  1. Planet Pluto dinamakan oleh seorang gadis berusia 11 tahun dan hanya ia satu-satunya planet yang dinamakan oleh seorang kanak-kanak.
  2. Venetia Burney dari Oxford, England mencadangkan kepada datuknya pada tahun 1930 agar planet baru ditemui itu dinamakan sempena nama dewa Rom di alam bawah tanah.
  3. Datuknya menyampaikan cadangan itu kepada institut kajian Lowell Observatory dan nama itu terpilih.
  4. Nama bulan-bulan yang mengelilingi Pluto juga mengambil nama makhluk-makhluk bawah tanah.
    1. Charon mengambil nama seekor makhluk pendayung bot yang mengangkut roh di alam bawah tanah. Ia juga tanda hormat kepada isteri James Christy (Sharon) si penemu Charon.
    2. Nix pula nama ibu Charon yang juga dewi kegelapan dan malam.
    3. Hydra adalah nama ular berkepala 9 yang mengawal dunia bawah tanah.
    4. Kerberos dinamakan sempena nama anjing berkepala tiga daripada mitos Greek.
    5. Styx pula adalah nama sungai yang memisahkan di antara alam dunia dengan alam kematian.
  5. Apa-apa pun semua itu hanyalah mitos Barat sahaja dan tidak hairanlah mereka menamakan penemuan mereka dengan nama-nama itu.
  6. Kalau orang Malaysia yang jumpa planet baru pula bolehlah dinamakan Planet Najib mana tau boleh beroleh keuntungan di dunia fana ini.