Ridiculous...

Itulah perkataan yang terlintas di benak fikiran Tedi apabila Mommy kata nak bela anak kambing.

Tidakkah Mommy tahu bahawa kambing adalah di antara haiwan yang sukar untuk dikawal kerana kedegilannya?

gambar seekor anak kambing bewarna coklat sedang duduk di atas rumput
anak kambing ini memang comel, masa balik kampong minggu lepas, anak kambing ni tidak sampai pun seminggu usianya, saiznya agak besar kerana baka maknya adalah kacukan kambing kampung dengan kambing Boer - Sweet Faraulah

Hanya mereka yang sabar sahaja boleh membela kambing, bukan hanya lihat pada kecomelan mereka, tapi juga pada perihal tabiat mereka.

Tadi pun semasa memandu pulang ke Sungai Lui, Master terpaksa perlahankan kenderaan kerana ada anak kambing yang bergurau-senda di tengah jalan raya. Ada yang dah melintas, kembali berpusing dan melintas semula. Master telah lama faham perangai kambing di tepi jalan jadi memang dia akan perlahankan kenderaan apabila ternampak kelibat kambing, kerana kambing -kambing ini tiba-tiba sahaja boleh mengubah arah tuju mereka, melompat, berlari ke sana sini.

Berbalik kepada cadangan Mommy nak bela kambing tadi, setelah difikirkan semula, tidaklah mengarut mana pun.

Para Nabi Allah subhanahu wa ta'ala pada zaman dahulu kala dididik dengan menjadi penggembala kambing. Kambing dan Nabi Allah boleh dikatakan berpisah tiada. Ia mendidik mereka dengan sifat sabar dan bertanggungjawab, selain sifat amanah.

Mungkin satu masa nanti Tedi boleh kumpulkan kisah-kisah Nabi-nabi Allah subhanahu wa ta'ala membela kambing.

Tapi kalau Mommy nak bela kambing, nak bela di mana ya?

18 Jun 2016