PANDUAN DAN JALAN ALTERNATIF MENUJU KE KELANTAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN AIDILFIRI 2016.
BAHAGIAN 1 ( KUALA LUMPUR KE KELANTAN)-

Sebarkan kepada perantauan.

1) Kuala Lumpur ke Gua Musang melalui Lebuhraya Karak, Bentong, Raub, K.ipis, Gua Musang.

→ Sebagai laluan utama dengan jarak 456KM.

→Sangat sesak pada musim perayaan.

→Alternatif ialah :

● Bypass Bandar Bentong – Selepas Tol Bentong, jangan exit ke Bentong Barat, sebaliknya teruskan ke Kg Sertik, Kg Cinta Manis atau Mempaga.

●Ambil susur keluar ke kiri dan teruskan perjalanan melalui Felda Mempaga, Kg Lebu dan tembus semula ke jalan utama Bentong-Raub.

●Bypass Bandar Bentong dan Raub-Selepas melepasi Felda Mempaga, susur ke kanan melalui papan tanda ‘Jalan Alternatif ke Gua Musang’.

→ Anda akan merentasi Felda Krau, Felda Lembah Klau, dan Ulu Gali.

→Akhir sekali, anda akan keluar di sebelah Sek Men Sains Tengku Abdullah(SEMESTA) dan masuk ke laluan utama Raub-Lipis.

●Alternatif dari Bandar Raub ke Sungai Koyan

→selepas memasuki bandar, pilih laluan ke Jalan Cheroh dan sampai di simpang Sg Koyan, ambil laluan kanan.

→Anda akan sampai ke laluan utama di Padang Tengku.

_______________________________

2) Kuala Lumpur ke Gua Musang melalui Simpang Pulai, Cameron Highland, Lojing.

→ Jarak perjalanan ialah 536KM

→ Sesuai bagi perjalanan yang santai sambil menikmati pemandangan.

→ Melalui PLUS-Ipoh-Simpang Pulai sehingga ke simpang tiga Kg Raja, Cameron Highland.
Sampai di Kg Raja, ambil laluan ke Gua Musang melalui Lojing.
Jarak yang agak sedikit jauh dan bertol.

_______________________________

3) Kuala Lumpur ke Kelantan melalui Karak, LPT 1 dan LPT 2
Jarak perjalanan 575KM

→ Dari KL, terus memasuki LPT 1, dan LPT 2 sehingga sampai di Tol Jabor.

→ Teruskan pemanduan sehingga persimpangan Gemuruh di K.Terengganu.

→ Isi minyak penuh tangki dan sediakan wang untuk membayar Tol.

KESIMPULAN  LALUAN :

●Lebuhraya  Utara Selatan(PLUS)

●Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1&2.

●Jalan Persekutuan FT008( Bentong-Gua Musang-Kota Bharu)

●Jalan Persekutuan FT185( Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang)

☎SENARAI NOMBOR TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK MAKLUMAT TRAFIK.☎

✔Lembaga Lebuhraya Malaysia (1-800-88-7752)
✔IPD Bentong (09 222222)
✔IPD Raub (09-3562003)
✔IPD Gua Musang (09-9125428)
#hp3310@com.my