Kepada para pengguna Maju Expressway (MEX) atau Lebuhraya KL Putrajaya yang dalam perjalanan pulang kerja dari Kuala Lumpur ke Putrajaya boleh menarik nafas lega kerana ada kedai masakan Pantai Timur yang menyediakan tempahan makanan pada bulan puasa 2016 nanti.

Hentian Rehat RNR Seri Kembangan di Lebuhraya MEX

Tempahan boleh dibuat melalui nombor telefon 013-3212244 (puan Majdiah) dan 013-6785060 (Encik Zailani).

Kedai masakan Pantai Timur yang tiada berpapan tanda itu akan mula beroperasi jam 3:00 petang pada bulan Ramadhan 2016 nanti.

Tedi sudah beberapa kali singgah makan di sini dan mereka ada sediakan makanan yang menjadi kegemaran orang Pantai Timur seperti nasi dagang, masak tempoyak, dan tidak lupa juga gulai kawah. Rasanya nasi kerabu ada juga cuma Tedi tidak pernah memesannya.

Nasi dagang di sini cuma RM 6.00 sahaja.

Tidaklah Tedi tahu sampai jam berapa kedai ini akan beroperasi pada bulan puasa nanti.

Kedai ini terletak di sebelah kiri sekali di belakang Pondok BIT Polis Bantuan MEX Highway.