Para penyelidik Jepun telah menemui jawapan bagaimana petir boleh terhasil pada awanan debu Gunung berapi.

Melalui penggunaan kamera berkelajuan tinggi dan alatan penderia akustik, mereka mendapati bahawa petir awan volkanik hanya terdapat berdekatan lohong kawah gunung berapi sahaja.

Ini adalah kerana apabila debu volkanik itu dilepaskan, lahar gunung berapi (magma) akan mencaskan cas elektrostatik pada debu itu.

Apabila debu itu menjauhi lohong gunung berapi tersebut, cas elektrostatik yang terkumpul pada debu itu akan mengalami proses nyah-cas melalui penghasilan petir.