Pasti ramai yang kenali Android. Ia adalah sistem operasi untuk telefon pintar yang dibangunkan di atas bahasa aturcara Java.

Gambar comel Android. Sistem operasi ini asalanya dibina untuk kamera dan bukannya telefon pintar.

Sistem operasi untuk telefon pintar keluaran Apple pula adalah iOS, manakala Microsoft juga cuba perkenalkan sistem operasi mereka iaitu Windows yang Tedi kenal sebagai Windows CT sebelum Windows 7 RT dan kini Windows 10.

Sistem operasi bagi sesiapa yang tak tahu adalah satu sistem yang hubungkan apps pada telefon dengan perkakasan telefon itu sendiri.

Menariknya adalah sistem operasi Android itu dikatakan dibangunkan untuk kamera. Perkara ini dikhabarkan sendiri oleh Andy Rubin iaitu pengasas bersama Android pada tahun 2013.

Namun apabila telefon pintar mula memasuki pasaran, mereka mula merasakan bahawa pasaran untuk lamera adalah tidak meluas, jadi mereka ubahsuai Android supaya boleh digunakan pada telefon pintar.

Langkah yang mereka ambil itu amat bijak kerana kini orang ramai dah tak berapa guna kamera digital untuk menangkap gambar.

Android telah dibeli oleh Google pada tahun 2015 dengan harga USD$ 50 juta.

*** 27 Jun 2016 ***